AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 14 December 2011

Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com

Give Away ini dianjurkan oleh http://www.eyriqazz.com/.
Klik sini untuk sertainya.

Dimana-mana sekarang ini orang sibuk memperkatakan tentang filem Ombak Rindu. Di blog-blog terdapat ramai bloggers yang turut sama membuat ulasan tentang filem ini. Malah ada juga yang membuat "give away" yang berkaitan dengan filem ini... contohnya seperti give away yang aku sertai kini. Jadi bagi mereka yang turut sama dilanda demam Ombak Rindu, marilah kita ramai-ramai menyertai give away yang dianjurkan oleh saudara Eyriqazz ini.

ENTRI KEGEMARAN


Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah http://www.eyriqazz.com/2011/02/they-are-something-money-cant-buy.html  kerana walaupun tanpa ayat yang berjela untuk menghuraikan segala cukup hanya gambar dan "caption" yang menerangkan, namun entri ini amat berbekas di hati saya lantaran kebenarannya amat nyata. Kini ku punya anak tiga, dan pada masa yang sama diriku juga seorang berkerjaya, namun apalah gunanya andai ruang yang ada hanya untuk mengejar harta bertimbun sedangkan waktu senggang itu adalah lebih bermakna andai dapat diisi bersama anak-anak dan suami. Gunakanlah sebaik-baik masa yang ada bersama keluarga kerana masa yang berlalu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, luangkanlah masa yang berharga ini bersama mereka selagi jasad masih dikandung badan.... Insya Allah.

Keluargalah segalanya-galanya yang terlalu berharga dalam hidup ini. Dikala kita menangis merekalah yang akan menyapu airmata yang tumpah di pipi, dikala kita gembira merekalah yang turut berkongsi kejayaan bersama.. dikala kita sakit merekalah penawar yang paling mujarab dan dikala kita resah gelisah merekalah penenang pada jiwa yang rawan.



Sekian dari kami:



4 comments:

Joel Leslie said...

setiap kali cikgu nida sertai giveaway yang berkaitan dengan entry terbaik, mesti terjatuh harapan nak menang because cikgu punya entry memang marvelous and undeniably awesome. memang guarantee cikgu nida akn menang. hurmm.. apa-apa pun, keep it up cikgu :')

AJ said...

thanks join....ooh, tuhla, kadang2 rasa teringin untuk berhenti kerja dan bekerja sendiri so can spend more time with family...bilala agaknya, dapat lari dari rat race macam robert koyisaki tu?

Nida said...

Alangkah bestnya andai dapat meluangkan masa bersama keluarga sepenuhnya.....

p/s: joel.. Kak Nida mencuba setakat yg termampu

AJ said...

tahniah,anda salah seorang pemenang

http://www.eyriqazz.com/2012/01/pemenang-novel-ombak-rindu.html

My Blog List