Klik banner untuk sertai.
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)
Aimie Diyanna empunya gerangan
http://imedianna.blogspot.com/ blog kesayangan
1994 tahun kelahiran
Moga berjaya dalam apa jua lapangan.
Hadiah menarik menjadi rebutan
Sungguh menarik buatku tertawan
Mudah-mudahan ada kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh mengujakan..:)
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu hadiahnya buat semua teruja
Terlalu menarik menawan jiwa
Moga-moga ada rezekikulah hendaknya
Untuk miliki hadiah yang sungguh menggoda..:)
Inilah antara wajah-wajah seorang isteri buat suaminya dan seorang ibu buat tiga permata hatinya. Gambar yang dirakam oleh suami tercinta...
Gambar di atas diambil di Botany Garden, mengapa gambar ini dipilih lantaran aku suka warna asli daripada cahaya matahari. Ketika gambar ini diambil, puas aku menahan silau daripada panahan mentari ke muka.
Kedua-dua gambar di atas diambil ketika kami sekeluarga pergi memetik buah strawberry di ladang strawberry. Punyalah agak sedikit 'jakun', maklumlah buah-buah yang ada di sini sangat besar dan manis, tu yang aku berposing sakan di tengah-tengah ladang bersama buah strawberry yang habis ku makan itu..hehe..
Gambar di atas antara gambar kesukaanku, bergambar di dalam hutan menyebabkan aku terasa seolah-olah berada dalam cerita Robinhood. Jadi dah alang-alang terasa berada dalam filem Robinhood, tu yang aksi tanganku begitu..hehe.
Gambar beraksi ala-ala ratu England konon-kononnya. Tak dapat bergambar secara real di sebelah beliau, dapat bergambar tepi gambar pun jadilah...:). Kenapa aku suka gambar ni sebab bukan senang nak abadikan kenangan bergambar disebelah wajahnya...
Gambar happy terlajak sebab dapat pergi ke salah satu lokasi penggambaran Filem Narnia iaitu di Cathedral Cove. Untuk sampai ke sini kami terpaksa menapak selama satu jam (sehala). Penat tak usah nak ceritalah.. tapi bila dah sampai mata terus terpana melihat keindahan pantainya.. Subhanallah, cantik sesangat.
Gambar model pencen..hehe. Dah alang-alang bawa anak keluar ke pantai, setelah puas cik suami mengambil gambar anak-anak, aku pun berkata "Ambillah gambar ibu pula..."..hehe. Jadi try ler beraksi walaupun nampak sangat keras...hehe. Gambar ini diambil mengadap matahari, jadi terhasillah gambar sedemikian.
Bergambar dengan bunga yang aku tak tahu namanya..hehe. Kenapa aku suka gambar ni, sebab mukaku nampak ikhlas sesangat bergambar dengan bunga tu. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan, kedua-duanya punya satu persamaan iaitu kecantikan tersendiri.
Antara koleksi "best photo" yang ku ada, aku suka gambar ini kerana ia kreatif, wajahku yang nampak tenang serta senyuman ikhlas yang terukir di bibir buat tatapan semua pembaca.
Ku selit madah entri ku gubah
Khas buat Aimie Diyanna tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.
Kak Nida selitkan juga mutiara kata
Bagi Aimie Diyanna untuk hayati
Dalam asyik mengejar cecita
Pasti banyak halangan menanti.
Lagu ini Kak Nida sertakan
Moga membangkitkan semangat motivasi
Sudilah kiranya Aimie Diyanna dengarkan
Sebagai halwa telinga untuk didengari.
Warna-warna yang ceria dan merah jambu sebagai warna dominan yang melatari blog Aimie sangat cantik dan secara tak langsung akan membangkitkan keceriaan pembaca untuk membaca blog Aimie.
Selain itu Kak Nida suka olahan dan susun atur blog Aimie, kemas, simple, ringan dan memudahkan untuk "loading".
Header blog Aimie, simple dan kemas. Kak Nida suka header yang simple-simple ni sebab tak serabut mata memandang.
Namun pendapat Kak Nida warna pada tulisan yang digunakan agak kurang sesuai, kerana ianya senada dengan warna latar blog Aimie, jadi tulisan pada header kurang terserlah. Cadangan Kak Nida mungkin warna tulisan boleh ditukar ke warna merah atau warna yang sedikit gelap disebabkan warna latar blog Aimie sudah cerah warnanya.
Kak Nida rasa feedjit ini amat perlu diletakkan, ianya dapat membantu mengesan pengunjung datangnya dari mana dan entri yang dilihat oleh pengunjung juga dapat diketahui.
Namun pendapat Kak Nida feedjit ini lebih kepada kegunaan Aimie, jadi kedudukannya di tengah-tengah sidebar blog adalah kurang sesuai. cadangan Kak Nida andai gadget ini boleh diletakkan di bawah ruangan "Cool Peeps".
Kak Nida amat tertarik dengan "Shout Here" dan "FB Fanpage" milik Aimie. Sangat kemas ia digayakan, dan blog pun nampak tak serabut.
Mungkin Aimie juga boleh letakkan di tepi blog seperti contoh di bawah:
Klik sini untuk melihat tutorialnya.
dan
Klik di sini untuk tutorialnya.
Kak Nida juga suka pada gadget follower yang diletakkan dikawasan bahagian atas sidebar, alasannya kerana ini akan memudahkan pembaca untuk menjadi follower blog Aimie.
Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Panting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.
(sumber Kak Nida ambil dari sini)
Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida. Mungkin lain orang lain pendapat dan cadangannya..:)
Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubariku
Hadiah menarik buruanku kini
Buat keluarga itulah niatku.
Tersalah bicara ampun ku pinta
Sekadar mencuba apa yang termampu
Ku edit entri, tutorial tak lupa
Moga ianya dapat membantu.
Akhir sekali salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat Aimie moga ukhuwah berpanjangan
Menambah rakan dan juga kenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.
Tag:
No comments:
Post a Comment