AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 4 January 2012

contest picture by intan and bunga

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh intan dan bunga

PERATURAN
  • Malaysian blogger only
  • Jika peserta kurang dari 15 blog maka terbatal lah contest ini.
  • Buat satu entry yang bertajuk "contest picture by intan and bunga".
  • Terbuka kepada blogger perempuan sahaja
  • Tempekkan banner ni kat blog korang  dan gmbr korang and linkkan ke blog intan ataubunga
  • Tag dua orang atau pun lebih. Jangan kurang dari dua okay..makesure dorang tahu k ye..inform kat dorang.
  • Masukkan link entry contest anda tu ke dalam ruangan comment intan  ATAU bunga (jika dari blog intan sila masukkan dalam ruangan comment blog intan, jika dari blog bunga sila masukkan dalam ruangan comment bunga)
  • gambar korang mesti berdua atau selebihnya ,family ke kengkwan..
  • paling comand korang boleh hantar 2 saje picture sweet korang.


Di sini Kak Nida sertakan gambar-gambar menarik dari Kak Nida ketika kami bercuti ke New Zealand bersama-sama keluarga tersayang... moga gambar-gambar ini menawan juri.. dan moga Kak Nida beroleh rezeki... ameeeeeenennn


Tarikh:
25 Disember 2009

Peristiwa:
Percutian tanpa gambar ibarat lagu tanpa irama. Jadi sempena percutian kami ke Shakespear Regional Park, maka sudah tentulah kami tidak akan melepaskan peluang bergambar dan berposing, ditambah pula pemandangan persekitaran yang sungguh cantik dan indah.. Subhanallah, Maha Besar Allah, langit yang membiru, alam yang menghijau dan lautan yang terbentang luas sungguh menyejukkan mata yang melihat dan menenangkan jiwa yang menghayati.

Jika dilihat gambar di atas pelbagai gaya dan cara dapat disaksikan dan pelbagai memek muka boleh dilihat. Apabila aku melihat gambar ini kembali, pasti senyuman akan menguntum dibibirku. Setiap satu punya cerita yang berbeza, Kakak Mizah memang suka menonton America's Next Top Model, tu yang bila bergambar gaya pun dah macam supermodel. Anak keduaku pula ni sebenarnya takut jatuh, tu yang peluk sakan si abahnya, yang paling lucu suamiku le, ada ke bergambar kaki tersangkut ke bawah..hehe, alkisahnya suamiku ini gayat orangnya, tu yang bergambar tak berdiri dan kaki memang sengaja dijuntaikan ke bawah.. ala-ala penakut juga macam Akak Azi, kemudian gambar Anis, ni menurun dari genetik suamiku, jenis gayat.. tu yang menangis bila kena berdiri atas palang... "nak turun... nak turun.. Anis takut.uwaaa." begitulah ayatnya ketika itu, dan yang terakhir ialah aku, gaya top supermodel yang dah pencen. Jika diamati betul-betul, hanya anak pertama yang menurun bakaku, selebihnya ikut baka si abah..hehe.. :)



 Tarikh: 
12 Jun 2011

Peristiwa:
Gambar yang dirakam ketika kami melawat ke ladang kiwi di Kiwi 360, Tauranga. Ladang ini memang sangat luas di samping itu juga kami turut melawat kilang membungkus buah kiwi untuk dieksport ke luar negara. Satu pengalaman yang sungguh manis, dapat melihat pokok buah kiwi di depan mata sendiri.
Tarikh:
13 Jun 2011

Peristiwa:
Ketika sedang asyik menghayati keindahan Di Lake Taupo, New Zealand, datang dua ekor itik yang sangat jinak. Apalagi, kami pun terus merakam gambar bersama itik-itik ini. Untuk pengetahuan semua, di New Zealand kita akan dapat lihat banyak itik-itik liar yang berkeliaran di sini, dan membunuh binatang ini adalah satu kesalahan.
 Tarikh:
13 Jun 2011

Peristiwa:
Ini pula gambar ketika kami berhenti untuk solat, gambar di Redwood Forest, Rotorua. Kalau nak tahu patung ini dibuat dari batang kayu "redwood". Pemandangan dalam hutan ini sangat mengagumkan, udaranya yang bersih serta kita akan terasa seolah-olah berada di lokasi penggambaran filem "Robin Hood"..:)

Tarikh:
12 Februari 2011

Peristiwa:
Subhanallah, indahnya ciptaan Allah, hanya itulah yang hanya mampu terungkap di bibir kami tatkala berada di puncak bukit melihat keindahan bandar Queenstown dari atas. Tasik Whakatipu memang sangat mendamaikan, ibarat berada di syurga dunia.

Tarikh:
13 Februari 2011

Peristiwa:
Tasik Tekapo menjadi saksi bicara cinta kita. Berlatarbelakangkan gunung ganang dan air tasik yang tenang, suamiku mengungkap bait-bait cinta kepadaku.. oh, alangkah indahnya pelancongan kami ketika ini..:)



Tarikh:
13 Disember 2011

Peristiwa:
Bersama-sama keluarga menyelongkar dunia penggambaran cerita Narnia. Gambar yang diambil di Cathedral Cove, Coromandel. Laut yang biru dan amat mendamaikan..:)


Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Moga gambar menawan juri
Harap impian menjadi realiti






1 comment:

Unknown said...

cantik2 nya gambar..

suka gambar yg 1st & patng redwood tu... ;)

My Blog List