AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 25 January 2012

HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY 2012

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN
1) Ada belog
2) Buat 1 entry mengenai 'HAPPY BIRTHDAY GIVEAWAY 2012' ni. Just a simple one.
3) Wish HAPPY BIRTHDAY.
4) sertakan juga 'SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU'
5) Yang dah follow, TQSM. Yang belum follow terpulanglah nak follow atau tidak BELOGKDGUNGU danRIZQINSHOPPE. Tiada paksaan ye.
6) Dah buat entry sila link dan bagi komen pada entry ini semula ye.
7) Pemenang dipilih melalui undian bersama MUHAMMAD AISY RIZQIN..:-)
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2012. Sebarang rayuan selepas tarikh itu tidak akan dilayan.

HADIAH 


1) Tudung Exclusive Bernilai RM 35, Kupon Diskaun 25% Rizqinshoppe/shaklee

2) Shawl Bernilai RM 18, Kupon Diskaun 20% Rizqinshoppe/shaklee
3) Tudung Bernilai RM 15, Kupon Diskaun 15% Rizqinshoppe/Shaklee

**With extra freegift



Ku tinta madah yang bernama puisi ikhlas dariku  sempena ulang tahun kelahiranmu, mamarizqin, sudi-sudikanlah.........


(¯`•´¯)...............。☆。*。☆。
`•.,(¯`•´¯)..........★。\|/。★
(¯`•´¯).•´♥♥ Selamat Hari Lahir ! ♥♥
..` •.•´(¯`•´¯).....★。/|\。★
☺☺☺Selamat Ulang Tahun Kelahiran Diucapkan☺☺☺




♥♥♥PANTUN DARIKU♥♥♥

Bismillah kata Kak Nida mulai
Selamat Hari Lahir Kak Nida ucapkan
Dipanjangkan umur oleh Ilahi
Dalam beribadat kepada Tuhan..:)

Andai dugaan datang menerpa
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Moga tercapai segala cecita
Terus melangkah janganlah jemu..:)

Doa Kak Nida agar dirimu berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Moga harimu sentiasa ceria
Berjaya dalam apa jua lapangan..:)

♥♥♥SAJAK DARIKU♥♥♥

Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.

Selamat ulangtahun ikhlas dariku,
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah,
moga kebahagiaan menjadi milikmu,
lestari berzaman kekal abadi..

♥♥♥SYAIR DARIKU♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Ku doakan hidupmu moga ceria selalu

Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Kudoakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

Dakilah kepuncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha

Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Bayangan silam dikenang usah
Andai ianya mengundang gundah

♥♥♥LAGU BUATMU♥♥♥


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

(Artis: Saujana)

♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸☼ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday Dear  mamarizqin  ♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You!♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪



SAYA SOKONG PENYUSUAN SUSU IBU


Kelebihan Susu Ibu

1)  Susu ibu lebih mudah dihadamkan.
2)  Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia.  Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!
3)  Susu ibu menjimatkan kos & masa.  Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad.  Dengan susu ibu, tiada masalah!  Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan.  Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh
4)  Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara.  Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002).  So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda :)
5)  Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.  Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).
6)  Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!
7)  Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.
8)  Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 
9)  Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!
10)  Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi.  Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini :)
11)  Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat kronik.  Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.
12)  Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

1 comment:

++Kerudung Ungu++ said...

Assalam,

mamarizqin jenguk sini..;-) good luck, TQ for joining and support breastfeeding!:-)

My Blog List