AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 9 January 2012

My 4th Blog anniversary GiveAway

Klik banner untuk sertai.

4 Entri Best:

 i - City Wild side Discovery


Alasan: Sebabnya diriku belum pernah sampai ke sini lagi, jadi melalui info yang diberi sekurang-kurangnya dapatlah gambaran tentang tempat ini...:)

Sayangi Bibir Anda


Alasan: Kulit Nida ni jenis yang kering, kalau bibir tu selalu mengelupas kerana kering walaupun sudah diletak dengan lip balm. Jadi melalui info yang diberikan ini banyak maklumat yang dapat diketahui terutama tips penjagaan bibir. Terima kasih kerana berkongsi maklumat :).

A to Z


Alasan: Sesekali merehatkan fikiran dengan membaca entri bercorak santai begini. Walaupun simple namun tersirat pelbagai kata motivasi di dalamnya.... Setidak-tidaknya pun kita boleh belajar Bahasa Inggeris... thanks for sharing :)


Alasan: Walaupun berita kemenangan ini sudah lama, namun kesannya sampai sekarang terasa. Bangga menjadi rakyat Malaysia dan tahniah buat mereka atas usaha dan penat lelah mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia... TAHNIAH!!!!!


Blog Elly kemas susun atur gadgetnya.


Sebenarnya pada pandangan Nida blog Elly sangat kemas, nak loading pun senang dan tak serabut mata memandang. Namun mungkin ada beberapa perkara yang mungkin boleh ditambahbaik. Ini sekadar pandangan dari Nida...

HEADER DAN WARNA LATAR BELAKANG BLOG



Header Elly sangat cantik, sesuai gambar gajah tu. Teringat anak Nida selalu baca poem "Elly Elephant Eat The Lemonade".

Namun Nida rasa warna background tu macam tak sesuai dengan warna header yang ceria milik Elly. Mungkin Elly boleh tukar ke warna hijau lembut atau kuning lembut, baru nampak naik seri header Elly... :)

RUANGAN SHOUTBOX



Gadget yang memang wajib ada bagi memudahkan pembaca meninggalkan pesanan.

Pada pendapat Nida warna shoutbox ini pun tak sesuai dengan warna background (kelabu). Andai Elly ingin  mengekalkan warna background, pendapat Nida mungkin warna shoutbox boleh ditukar ke warna putih. Namun andai warna hijau shoutbox nak dikekalkan, mungkin warna blog boleh ditukar ke warna hijau lembut atau kuning lembut (kalau terang sangat nanti sakit mata)...:)

LABEL


Cara ini memudahkan pembaca untuk membaca entri-entri yang berkaitan dengan label yang telah dibuat.

Tapi ianya terlalu panjang, mungkin boleh dibuat dalam bentuk tag clouds seperti contoh di bawah.
Klik sini untuk lihat tutorialnya.



RUANGAN FB


Membolehkan pembaca "add" Elly sebagai rakan, dan melalui cara ini dapat menambah lagi kenalan alam maya. Melalui Fb fanpage juga, pembaca dapat mengetahui perkembangan terkini dari blog Elly.

Cadangan Nida andai ianya diletakkan di tepi blog dan disembunyikan seperti contoh di bawah. Nida juga sediakan tutorial bagaimana untuk sembunyikan FB. Klik di sini.





Apa yang wajib ada di blog anda;

Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Penting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda. 

(sumber Kak Nida ambil dari sini)


Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Nida. Andai ada terkasar bahasa, Nida menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata.

Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubariku
Moga-moga memikat juri
Harap-harap ada rezekiku.

Tersalah bicara ampun ku pinta
Sekadar mencuba apa yang termampu
Ku edit entri, tutorial tak lupa
Moga ianya dapat membantu.

Akhir sekali salam perkenalan Nida hulurkan
Buat Elly moga ukhuwah berpanjangan
Menambah rakan dan juga kenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.


TAG:

1 comment:

eLLy said...

Salam sis,
Thanks coz sudi beri komen & share maklumat. good luck sis!!

My Blog List