AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 28 February 2012

1st Giveaway by PrudentialForLife - Zura Baharudin

Bismillah kata pembuka bicara
Buat semua para pembaca
Entri kucipta ku gubah jua
Demi memeriahkan pertandingan yang ada
Sudi kiralah rakan semua
Memeriahkan pertandingan bersama.




Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)


HADIAH


Most Referral Program will win Limited Edition Prudential Golf Umbrella x 1 (as pic below)


+ PruMyChild game board (as pic below) x1


Note: to refer people on the PrudentialForLife blog and winner will be count from the most referral.

***********************************************************************

Most Creative Posting will win Limited Edition Prudential Golf Umbrella x 1 (as pic below)

+ Complimentary GSC Movie Tickets x2


Hadiah menarik menjadi rebutan
Sungguh menarik buatku tertawan
Mudah-mudahan ada kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh mengujakan.



Zura nama empunya gerangan
Orangnya manis semangatnya tinggi
Seorang isteri buat suami kesayangan
Juga ibu buat permata hati.

Ku selit madah entri ku gubah
Khas buatmu Zura tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.


Daku sertakan sedikit tentangnya
Mudah-mudahan membantu mengenali dirinya
Moga ukhuwah berpanjangan hendaknya
Ikatan persahabatan terjalin mesra.

Profile Picture
http://zura-baharudin.blogspot.com ruang catatannya
 Blog ini menjadi diarinya
Pelbagai cerita luahan jiwa
Pelbagai kisah untuk dibaca
Pelbagai info turut diserta
Pelbagai ragam menjadi cerita
Pelbagai sahabat kini dijumpa...


Inilah jurnal kehidupan dirinya
Tinggalan kisah yang bakal menjadi sejarah
Kerana masa terus beredar
Coretan ini bukti segala
Tentang sebuah perjalanan yang panjang
Tentang suka duka yang dilalui
Tentang perasaan yang terluah kini
Kini dizahir padamu wahai blog
Lantaran suatu masa nanti
Diari ini lantas dibuka kembali
Dibaca oleh generasi berbeza
Inilah wasiat tinggalan jiwa
Buat tatapan keluarga tentunya
Juga buat sahabat di luar sana
Inilah duniaku, inilah kisahku
Seorang insan yang bernama Zura Baharudin... 





“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana...”
Surah Al baqarah : Ayat 240
Aku merupakan seorang ibu dan isteri kepada keluarga tercinta. Sebagai wanita pasti aku berisiko dengan pelbagai penyakit, sebagai ibu aku juga sering memikirkan masa depan anak-anak, tentang pelajaran mereka dan apatah lagi sekiranya ajal menjemputku terlebih dahulu.

Aku sering mengimpikan agar aku mampu menyediakan yang terbaik untuk keluargaku dikala senang mahupun susah, namun sebagai insan yang sederhana aku tidak mampu menyediakan simpanan yang banyak sekiranya sesuatu yang diluar jangkaan berlaku padaku. 

Akhirnya kami bersetuju melihat keperluan yang ada dan kemampuan kami yang terbatas, perlindungan insurans adalah salah satu pilihan yang terbaik.


Pelbagai penyakit sedia menanti
Jaga makanan dan juga gaya kehidupan
Insurans juga penting sekali
Buat jaminan dimasa depan.

Di Prudential For Life pelbagai maklumat tersedia
Tentang insurans dan juga informasi
Ayuhlah semua kita ke sana
Sambil mencari maklumat yang pasti.


Usahlah risau rawan di hati
Prudential ada sedia membantu
Pelbagai plan buat pelanggan disayangi
Banyak untungnya sudahlah tentu.



Andai anda ada pertanyaan di jiwa
Janganlah malu untuk hubungi Zura
Zaman sekarang senang sahaja
Melalui telefon dan email juga.


Testimonial juga turut tersedia 
Dari pelanggan sudah pastinya
Ayuh semua kita membacanya
Dari pengalaman para pengguna


(klik sini untuk ke link Testimonials)






Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi insan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.


Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap entri menawan juri
Moga kemenangan menjadi realiti...
ameeeeennnn
Tag:
Syieda
Nisa'
Azatiesayang

No comments:

My Blog List