AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Saturday, 11 February 2012

Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN

1-buat satu entry dengan tajuk Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus
2-tempek banner yang tak berapa nak cun tu kat entry korang dan link kan terus ke entry contest ni
3-letak satu gambar tak kira korang sorang-sorang ataupun beramai-ramai yang ada HAPPY FACE/s kat    
   situ.
4-cerita sikit tentang gambar tu.jangan buat karangan macam dalam exam tu pulak.penat aku nak baca nanti.
5-tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen entry ni.
6-sila tag sekurang-kurangnya tiga rakan anda dan pastikan diorang tahu ye.
7-sebagai yuran contest, korang kena lah follow blog Capt Keon Alhan ni n Oh Dausjuga serta like page ini Peles!TcRewPC....bukan  apa,senang korang nak tahu kitorang update nnti...
8-contest ni akan berlangsung daripada 1 FEB 2012  hingga  29 FEB 2012 pd jam 2359





Inilah gambar keluarga tercinta
Wajah gembira kini terukir
Berlari kami seiring sekata
Kenangan tercipta di gigi air.

Seia sekata gembira sentiasa
Keluarga bahagia ceria berkekalan
Kepada Ilahi berdoa tak lupa
Moga keluarga dirahmati berpanjangan.

Anak ceria ibubapa gembira
Keseronokan mereka pengubat lara
Diwajah terpancar senyuman gembira
Satu hati ukhuwah dibina.


Alkisahnya, aku dan suami mengajak anak-anak kami untuk berlumba lari. Tapi sebelum itu kami berdua telah berbincang untuk bagi mereka menang..hehe. Aku kagum juga pada anak-anakku ini, mereka memang tak kenal erti penat, aku dan suami pula yang termengah-mengah nak menghabiskan larian, 

Bila nak hampir ke garisan penamat, aku dan suami terus tersenyum sakan kerana bukannya sebab kami kalah tapi sebab akhirnya berjaya juga kami menamatkan larian yang jaraknya hanya 50 meter. Maklumlah bila dah meningkat usia ni, mulalah cepat penat, hehe.

Si anak-anak pula, seronok bukan main ler sebab ibu dan abahnya kalah (kasi can je tu), tu yang muka masing-masing gembira tidak terkata. 

Kami memang sangat gembira pada hari itu kerana dapat bergurau senda dengan keluarga, lumba lari bersama-sama, dan yang paling seronok apabila dapat bahagiakan anak-anak. Senyuman mereka sudah cukup buat kami gembira.


Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke pantai menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.

Pokok di sana dahannya patah
Pokok bernama si pokok petai
Keriangan anak-anak pelbagai telatah 
Teruja sakan bermain di pantai.

Di atas pohon si sarang tempua
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Inilah aktiviti buat semua
Anak-anak dan ibubapa terlibat bersama.


Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..


Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada

telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal

bicaramu mendamai perasaan yang hiba

Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.

Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.


Inilah kisah buat tatapan
Kisah keluarga satu impian
Moga sentiasa dalam rahmat Tuhan
Bahagia berkekalan ceria berpanjangan.

Sekian sahaja entriku persembahkan
Gambar tersenyum daku paparkan
Moga buat juri tertawan
Harap-harap ada kemenangan..:)

TAG
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/
http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/
http://goldenrosegacontest.blogspot.com/

2 comments:

capt. keon alhan said...

hye akak...thnx for joining...en3 ni sgt best n pling pntg gambar itu sgt HAPPY!!!!!!gud luck eh akak.....

Fazi Isma said...

gud luck akak...

faz tag akak

http://anakadamsedangbercerita.blogspot.com/2012/02/contest-happy-faces-by-captkeon-alhan.html

My Blog List