AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 28 February 2012

Contest Ungkapan Romantis by Syira & Eiya

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh  syira & eiya
Madah ku susun dari lubuk hati
Airmata bergenang tatkala pena menari
Kisah percintaan diingatan lestari
Anif dan Nida kekasih sejati.


Kutitip doa dalam perhubungan ini
Moga kami dalam lindungan Ilahi
Diberkati jodoh ke akhir nanti
Bahagia bersama sentiasa abadi..


Inilah coretan dari isteri
Buat suami yang sangat kucintai
Dialah anugerah dari Ilahi
Ditakdirkan bersama jodoh terpateri...


21 Mei 2000 tarikh bersemi
Lafaz akad menjadi saksi
Kini aku bergelar isteri
Disamping suami sayang menyayangi..

21 Mei 2000, tarikh yang meninggalkan seribu makna buatku, tarikh yang mengikat jodoh kami, kini cinta kami bersatu. Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hambanya, syukur kerana aku telah dipertemukan dengan insan yang terbaik dalam hidupku, insan yang tidak kenal erti putus asa, insan yang terlalu banyak pengorbanannya dalam merebut cintaku, dan insan ini jugalah yang akan selalu berada dalam hatiku selagi hayat dikandung badan.


Kini aku bahagia di sampingnya. Kebahagiaan kami diserikan lagi dengan kehadiran tiga cahayamata yang menjadikan kehidupan kami lebih ceria. Amanah Allah yang akan kami jaga dan didik dengan penuh rasa tanggungawab. Sesungguhnya, dialah suamiku, tempat aku mencurahkan kasih sayang. Semoga Allah merahmati perjalanan kehidupan kami sekeluarga. Akan aku bajai cinta ini agar sentiasa subur mewangi..aminnn 

Keluarga Bahagia Kami
Nota - di waktu gambar ini diambil, suamiku cuma ada masa senggang selama sejam selepas menghadiri kuliah dan perlu bergegas ke tempat kerja sambilannya.  Namun, dia tetap mencuba sebaik mungkin untuk aku dan anak-anak.
Suamiku..ku tahu hati budimu...kau seorang pejuang yang hebat...ku tahu sejak aku mengenalimu.  Hari ini, aku tahu kau masih selalu menangis sendirian.  Bila kita berbicara tentangnya, kau sering merasakan kau tidak mampu memberi yang terbaik buat kami.  

Ketahuilah suamiku, kau telah berikan yang terbaik dengan kemampuan yang kau ada. Kau seorang suami yang penyayang, ayah yang sering menjadi kebanggaan buat anak-anakmu, kami menyayangi setulus hati kami. Terima kasih sayangku kerana melakarkan pelbagai memori dan pengalaman yang indah dalam hidup ini. Kaulah yang terbaik buatku.. buat anak-anakmu...

Dialah suami dan juga teman
Berkongsi pendapat dan juga pandangan
Rumahtangga dibina harap berkekalan
Selagi hayat dikandung badan..

♥♥♥Terima kasih sayang....♥♥♥

Ku tinta madah bernama puisi
Buat dia suami di sini
Terima kasih seikhlas hati
Lantaran memilihku sebagai isteri... 

..♥♥ Coretan Dari Hati ♥♥..
Inilah lagu ku tujukan buatmu
Penuh bermakna dalam hidupku
Mencintaimu setulus kalbu
Moga Ilahi memberi restu.




"Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku"


Sebelumku undur diri, ingin sekali kuluahkan apa yang tersirat dalam lubuk hatiku yang paling dalam.. bahawa dirimu suamiku terlalu istimewa dalam hidupku ini... you are my truly lover forever and ever, I love you so much. 

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga menawan juri
Ungkapan romantis dari lubuk hati
Tercipta khas buat insan bernama suami.



TAG:
Azatiesayang
Nisa'
Zaikulim






3 comments:

syira said...

hye kak...

kami sgt teruja akak join..tersangat sampai mesej akk tu dan terasa bahagia st bile baca..thanks kak join..goodluck=)

nur farahiya said...

thanks kak nida sudi join :)

wah..rasa macam nak punyai suami je bile baca coretan akk :)

ape2 goodluck ye kak :)

nur farahiya said...

anda salah seorang pemenang contest..tahniah :)

http://nurfarahiya.blogspot.com/2012/03/pemenang-contest-ungkapan-romantis.html

My Blog List