AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 28 February 2012

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Klik di sini untuk lihat peraturan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan.



29 Februari 2012


♥♥♥PANTUN DARIKU♥♥♥

Bismillah kata Kak Nida mulai
Selamat Hari Lahir Kak Nida ucapkan
Dipanjangkan umur oleh Ilahi
Dalam beribadat kepada Tuhan..:)

Andai dugaan datang menerpa
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Moga tercapai segala cecita
Terus melangkah janganlah jemu..:)

Doa Kak Nida agar dirimu berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Moga harimu sentiasa ceria
Berjaya dalam apa jua lapangan..:)



Inilah impianku... 
aku ingin mengurangkan penghantaran anak-anakku ke kelas tuisyen swasta dan impianku untuk cuba meluangkan masa mengajar mereka sendiri di rumah secara intensif dan sistematik.


-S : smart (baik/elok)
Inilah impianku yang terbaik yang ingin aku berikan buat anak-anak selaku aku sebagai ibu. Aku ingin meluangkan masa melihat kelemahan mereka dalam bidang pelajaran dan aku tidak mahu menyerahkan tugas mengajar sepenuhnya pada pusat tuisyen. Namun aku tidaklah pakar dalam kesemua subjek. Insya Allah mana subjek yang boleh aku ajar akan aku ajar buat mereka. Jika sebelum ini, kami suami isteri banyak bergantung kepada pusat tuisyen untuk membantu anak-anak kami menguasai sesuatu subjek, kini impianku agar aku sendiri dapat membantu mengajar mereka dan secara tidak langsung mengambil berat tentang pelajaran mereka. Ini juga dapat mengurangkan kos upah tuisyen yang perlu dibayar, dan duit lebihan yang ada akan aku gunakan untuk membeli buku-buku latihan buat mereka.


-M : measureable (boleh diukur)
Jika sebelum ini aku menghantar mereka ke kelas tuisyen untuk empat subjek (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu), dan impianku kini, aku ingin kurangkan kepada hanya dua subjek iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disebabkan aku bukanlah pakar dalam bidang tersebut, dan Insya Allah bagi subjek Matematik dan Sains aku akan cuba mengajar mereka sendiri memandangkan aku juga seorang guru Sains (di sekolah menengah).


-A : attainable (boleh dicapai)
Insya Allah impian aku ini boleh dicapai kerana pelbagai persiapan telah pun dilakukan untuk mengajar mereka seperti aku telah membeli whiteboard, buku-buku latihan terutamanya bagi subjek yang ingin aku tumpukan buat mereka dan kami suami isteri juga tidak lagi menyambung pendaftaran untuk belajar subjek Matematik dan Sains di pusat tuisyen bagi kemasukan pada tahun depan. Aku juga yakin anak-anak akan lebih selesa untuk belajar di rumah dan dipantau oleh ibu mereka sendiri secara intensif.


-R : realistic (logik/masuk akal)
Tidak ada yang mustahil untuk dilakukan andai ianya adalah sesuatu yang eksplisit dan bukannya implisit. Insya Allah dengan ilmu yang aku ada dan sokongan dari suami serta anak-anak, akan akan cuba mengubah tradisi dan cuba melakukan perubahan. Sebelum ini kami banyak bergantung pada kelas tuisyen untuk menolong anak-anakku menguasai subjek yang tidak difahami dan dirasakan sukar, dan kini aku akan cuba untuk menolong mereka secara serius, berjadual, intensif dan teratur..Insya Allah.


-T : timely (mengikut masa/tempoh)
Aku bersama-sama keluarga akan duduk berbincang dan membina jadual yang teratur untuk mereka. Masa dan hari yang diperuntukkan akan dibuat secara sistematik dan berterusan selama mereka bersekolah. Hasil daripada azam  dan impian yang ingin aku laksanakan ini akan dapat dilihat melalui keputusan peperiksaan mereka sama ada meningkat atau menurun. Sekiranya keputusan peperiksaan mereka menurun, "post mortem" perlu dilakukan dan penambahbaikan perlu dilaksanakan terhadap impian dan cara pengajaran aku terhadap mereka.

 
Demi merealisaikan impianku itu, maka aku perlulah:
  • Pantau terhadap usaha yang telah dilakukan
  • Yakin terhadap kebolehan diri sendiri
  • Keinginan yang bersungguh-sungguh
  • Kekalkan fokus
  • Berserah dan Berdoa

Moga-moga impianku ini tercapai...ameeeennnn
Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)



TAG:

Syieda
Nisa' Azman

No comments:

My Blog List