AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 20 February 2012

Kontes Hadiah Terindah & Dari Siapa ?

Klik banner untuk sertai.
 


Bersama hadiah terindah tema pilihan
Ayuh semua kita memeriahkan
Disamping boleh menambah kenalan 
Bertukar pendapat dan juga pandangan.

HADIAH
Hadiah~hadiah
1. 1st price adalah rahsia ~akan diberitahu kemudian yang pasti memang special & gempaq !
2. T-shirt (3 pemenang)
3. Pen
4. Key-chain
5. Jam tangan
6. Top up RM 10 (2 Pemenang) 




Kontes Hadiah Terindah & Dari Siapa ?


20 Mac 2012


Inilah antara hadiah-hadiah yang amat ku sayang. Ianya punya kisah dan nilai sentimental tersendiri, sudah hampir dua belas tahun mereka menemani hidupku. Mereka adalah hadiah dari suami tercinta (berwarna coklat) dan dari sahabat yang disayangi (berwarna krim).


Tahun 1999

Minggu pertama cuti semester, aku telah dikejutkan dengan kehadiran insan yang pernah aku sakiti hatinya dipintu rumahku. Tidak ku sangka, dikala musim tengkujuh ketika itu, dia sanggup menempuh dua jam perjalanan dari tempat kerjanya ke rumahku.  Selama dua jam itulah beliau sanggup menahan rintangan angin dan hujan kerana beliau hanya menunggang motosikal! Ketika itu, ku lihat ada bungkusan besar di bakul motornya.  Dia memberikan bungkusan itu kepadaku, oh Tuhan, dia memberikanku seekor patung teddy bear yang besar. 

Tahun 2000

Hari ini hari terakhir aku bergelar mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebak, sedih semuanya bersarang di jiwa. Kenangan suka duka yang dikutip di bumi UKM ini terlalu banyak. Kenangan indah bersama rakan-rakan dalam mengejar ilmu pasti tidak akan kulupakan selagi hayat dikandung badan. Tatkala airmata menitik di pipi lantaran perpisahan yang mengundang tiba, sahabat yang ku anggap umpama adik beradik sendiri, Fazlin, telah memberikan aku hadiah yang sehingga kini ku jaga rapi.. seekor patung teddy bear yang amat  ku sayangi..Bimbim. 


Inilah hadiah dari sahabat dan juga suami
Dahulu merekalah teman di sisi
Tidur malam kudakap pasti
Juga peneman setiap hari..:)

Bim Bim yang putih kunamakan ia
Bam Bam yang coklat sudah pastinya
Gebu dan sedap untuk memeluknya
Comel sekali tak puas menatapnya...:)

Bim Bim pemberian dari sahabat sejati
Rakan karib sentiasa di hati
Bam Bam hadiah dari suami
Di zaman bercinta kini menjadi memori..:)

Walau Bim Bim dan Bam Bam sudah lama berbakti
Tetap ku simpan ke mana pergi
Lantaran berjuta kenangan abadi
Bersama mereka penghibur hati..:)

Kini anak-anak mewarisi mereka
Kemana pergi sentiasa dikeleknya
Pasti tersenyum bilaku melihatnya
Teringat zaman mudaku tentunya...:)


Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap gambar mencuri hati
Moga kemenangan menjadi realiti..:)


TAG:
Syieda
Nisa'
Intan Berlian

1 comment:

precious cla said...

Thanks for joining :) tunggu resultnya ya..

My Blog List