AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 19 March 2012

Auni's 1st Birthday & 4th Anniversary Giveaway

Klik banner untuk sertai.

PENAJA



 Ya Allah...
Satukanlah hati mereka
di atas kecintaan mereka kepada Mu
Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh
saling menghibur di kala duka
saling mengingat di kala bahagia
saling menyempurnakan ibadat kepada Mu. 
Jadikanlah rumahtangga pasangan ini...
seindah Adam dan Hawa a.s
seindah Ibrahim dan Hajar a.s
sebahagia Yusof dan Zulaikha a.s
dan secuci Muhammad SAW dan Khadijah a.s.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah
serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat 
Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

ameeeennnnnn


Adat berumah tangga
pasti ada yang terguris rasa
dalam merencanakan sebuah kehidupan
bukan mudah yang disangka
perlu pengorbanan yang bertakhta
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
perlu sabar dalam meniti
perlu faham segenap segi
Insya Allah bahagia menjelma selamanya..

Ku iring doa buatmu di sana
agar mendapat rahmat yang Esa
agar saling cinta menyintai
agar direstui jalinan yang bersemi
agar tabah hadapi segala
agar bahagia ke hujung nyawa
Insya Allah berkat dunia dan akhirat..ameeeeen

 
Doa bagi mendapatkan zuriat yang baik

Surah Al-Furqan : 74





Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa. 


 

Buat Auni.. selamat menyambut hari ulang tahun.. terimalah persembahan Auntie Nida ini ye :)

Terimalah kek ini buat Auni khas dari Auntie Nida
Dan hadiah ini juga buat Auni..
 

Auntie Nida nukilkan sajak di bawah khas buat Auni.... Semoga sajak ini akan menaikkan semangat dan semoga ianya juga dapat dijadikan sedikit bekalan untuk Auni membesar sebagai juara..Insya Allah...

Click here to get myspace Love Birthday comment code

 

Lahirmu umpama kanvas yang putih
Yang perlu dilakar dengan warna yang pelbagai
Atas pundak ibubapamu mencorak segala
Menyediakan landasan bagimu terus meniti kehidupan..
Dari alif, ba, ta kau belajar mengaji
Menapak ke depan 1,2,3 kau menghitung
Terus maju A,B, C kau menyebut
Dari bertatih kau belajar berjalan
Kini laju kau berlari walau adakala terjatuh jua
Bangkitlah jangan terus menangis
Kuatkan jiwamu wahai Auni.

Kelahiranmu Auni...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak 
mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka wahai Auni,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Bersajak sudah, kini giliran Auntie Nida mengarang syair buat adik Auni pula..

♥♥♥  ♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Auni yang comel selalu

 

Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Ku doakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

 

Dakilah ke puncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha


Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Teruskan berjuang dengan hati yang gagah
Berjaya dirimu tiadakan sudah

Ini birthday party buat Auni pula..
Birthday Party


Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini tiba giliran Auntie Nida berpantun pula ye....


Selamat ulangtahun kelahiran ucapan ku beri
Meraikan Auni yang solehah dan bijaksana
Riang sentiasa senyum diberi
Penambah ceria keluarga tercinta

Rajin belajar janganlah jemu
Ikutlah pesanan ibu dan bapa
Amalkan juga pesanan guru
Pasti kejayaan di depan mata

Senyumanmu Auni manis dipandang
Pengubat lara ibu dan bapa
Janganlah lalai dimasa senang
Beramal padaNya itulah utama

Adakala duka bertamu
Janganlah gelabah janganlah gundah
Kumpulkan semula semangat juangmu
Padukan cecita teruslah melangkah


Lagu Selamat Hari Lahir ini Auntie Nida  tujukan khas buatmu, Auni :)


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana

Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan

Pohon Melambai

Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
 Akhir sekali, Auntie doakan semoga Auni membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat, penyejuk hati ibu dan bapa serta menjadi insan yang mampu mengharumkan nama bangsa, agama dan negara.... ameeeeennnn



Sekian Dari Auntie Nida

 
Tag buat:

Syieda
Nad
Joel


No comments:

My Blog List