Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://livinglifesoul.blogspot.com
PERATURAN
1. Mesti Follow 3 Blog ini :
- Falsya (mine mmg haruslah kan..hehehe)
2. Mesti TAG 3 orang rakan...ajak la mereka join jugak ye...
3. Copy Banner diatas dan back link kan ke entry kat sini ye...disebabkan i'm very close with my gurlfriends, Buat 1 entry bergambar mengenai BFF korang..tak kisah la saat manis ke..kelakar ke..bergaduh ke..hehe..xpayah cerita pon xpe..just letak gambar dan biar kan gambar berbicara..hehe..
4. Mesti TAG 3 orang rakan...ajak la mereka join jugak ye...
5. Tinggalkan link entry korang dekat comment box..
PUISI BUAT SAHABAT
(sajak ini ditulis olehku sendiri)
(sajak ini ditulis olehku sendiri)
Sahabatku coret madah yang bernama puisimenzahir apa yang tersiratberbicara apa yang terpendamdalam lubuk hati yang dalampenuh makna yang bersulam.
SahabatSyukur kita pada Ilahiatas anugerah persahabatan iniyang menceriakan duniakumewarnai hidupdengan seribu harapan.
Sahabatdoa kupanjat padaNyaagar jalan-jalan yang akan kita laluitiada hujung bernesantiada noktah penamattiada tembok pemisah.
Namunandai ombak besarmenghempas bahtera pelayaran kitadan tersadai kita terpisah juakan kucari bayangmu di manakan kudakap tulusnya persahabatan ini.
Sahabatandai tiada kemesraan bersamaandai tersinggung terguris hatidalam meniti ukhuwah terpateritunduk aku sesal sejuta di sinidalam kerendahan hatidalam kesal tak bertepimaaf kupinta seikhlas hatiterimalah diriku menagih simpatimoga damai menjengah kembali.
Kenangan yang sangat manis buatku kerana berpeluang berada disamping keluarga dan rakan-rakan tercinta. Kebiruan langit yang mendamaikan disamping kehijauan alam yang menyejukkan hati memukau mata yang melihat. Ketika ini, aku bersama keluarga dan rakan-rakan riang sakan kerana dapat bergambar dalam keadaan yang amat santai, dan ianya dirakam di dalam ladang kambing! Pemandangan yang berlatarbelakangkan bukit bukau yang menghijau disamping pandangan pantai yang sungguh indah menyebabkan gambar ini sangat unik, dan yang paling seronok dapat berkejar-kejaran dengan kambing... satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. :)
Cantik pemandangan memukau mata
Hijau mendamaikan perasaan nan hiba
Riang dan tawa gembira terasa
Bersama taulan bercuti bersama.
Cantik dipandang tak jemu dilihat
Ciptaan Tuhan yang maha hebat
Indahnya alam penuh makna tersirat
Saujana nan luas hati terpikat.
Berlarian sikecil sukanya pasti
Teruja sungguh di dalam hati
Ekosistem seimbang terpelihara kini
Khazanah bumi sama dihayati.
'Sporting' semua, satu kepala
Usik mengusik penggamat suasana
Hubungan akrab abadi selamanya
Lambang persahabatan yang kukuh terbina.
TAG:
Atie
Syieda
Zaikulim
Kawan baik sentiasa disisi
Tak kira dimana dan juga situasi
Mengisi kekosongan hari yang dilalui
Memori bersama manis sekali.
Mereka kawan yang paling memahami
Andai ada masalah sama merasai
Tolong menolong antara kami
Ukhuwah terbina harum mewangi.
TAG:
Atie
Syieda
Zaikulim
1 comment:
hehe...terbaek kak nida..
Post a Comment