AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 19 March 2012

Giveaway Kenanganku & Blog

Klik banner untuk sertai.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)



  
Zaman sekarang ramai manusia yang sudah mempunyai blog mahupun domain sendiri. Malah pelajar sekolah rendah juga sudah mampu untuk mempunyai blog sendiri. Kenapa dan mengapa insan-insan ini termasuk saya suka berblogging........????? 

Pelbagai kenangan dan maklumat yang telah saya kutip sepanjang tempoh melibatkan diri sebagai blogger.. antaranya:


Selain dari itu saya juga dapat mengenali ramai kenalan alam maya dari segenap lapisan. Dari sini, kita dapat bertukar pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu.

Diantara rakan alam maya yang saya amat suka dan senang dengan tulisannya adalah:

Al-Lavendari @ Pak Ngah Hamzah

My Photo
Saya mengenalinya sudah hampir dua tahun. Kami tak pernah bersua muka, hanya alam maya pengikat ukhuwah. Walau hanya dua tahun baru mengenali diri beliau namun saya rasakan seolah-olah sudah lama mengenali dirinya.

Beliau merupakan seorang yang sangat berpengaruh namun sikap peramah dan merendah diri dalam dirinya menyebabkan kami blogger picisan ini tidak berasa kekok untuk memberi komen kepadanya dan mengenali beliau dengan lebih rapat.


Kami memanggil beliau dengan nama Pak Ngah Hamzah, malah ada juga yang memanggil beliau dengan nama Tuan Haji, kekanda Al-Lavendari dan pelbagai gelaran lagi. 

Pak Ngah mempunyai dua blog di bawah kelolaannya. Blog utamanya ialah http://al-lavendari.blogspot.com/, manakala blog keduanya pula ialah http://puecorgxret.blogspot.com/.

Pak Ngah bersama keluarganya.

Sebagai orang lama berpengalaman sudah tentu pelbagai cerita dan maklumat dapat dikongsikan buat pembaca. Gaya penulisannya yang bersahaja sempoi dan mempunyai unsur-unsur kecindan menarik hati pembaca untuk terus berkunjung ke blognya. Tidak keterlaluan andai saya nyatakan bahawa diblognya punya 1001 cerita yang menarik yang mana ianya sesuai dibaca oleh semua peringkat lapisan masyarakat.

Header blog utamanya, KomenSen.

Di sini pelbagai himpunan cerita yang ada. Ada kritikan yang sinis, ada kisah pengalaman kehidupannya, ada renungan buat semua, ada cerita yang berbaur semangat patriotik dan ada puisi untuk dihayati bersama.

Blog keduanya yang lebih menjurus kepada seni berpantun, pu.e.c orang x re.t.
 Saya amat mengagumi dirinya dalam memartabatkan semula seni bahasa pusaka. Di blog ini, pelbagai jenis pantun menjadi koleksinya, ada pantun kasih sayang, sindiran, keluarga dan macam-macam lagi yang disajikan buat pembaca setianya. 


Pak Ngah Hamzah juga merupakan seorang yang amat cintakan Bahasa Melayu. Contoh lihat contoh entri di bawah...


Kadang-kadang apabila membaca entrinya juga membuatkan saya tersenyum sendiri, namun disebalik kisah lucu yang dipaparkan terselit juga maksud tersirat yang perlu direnungkan...



Terdapat juga entri yang amat ringkas namun punya pelbagai maksud tersembunyi. Sindirannya halus, namun penuh makna...




Beliau merupakan seorang yang amat luas pengalaman dan ilmu yang dimiliki. Pengembaraannya ke dunia luar banyak dikongsi buat pembaca. Pelbagai negara telah dilawatinya atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga. Gambar-gambar yang menarik turut dipaparkan khas buat pembacanya. Contoh entri tentang pengembaraannya ke dunia luar...


Pak Ngah juga suka menulis puisi. Puisinya amat menarik dan jelas untuk difahami. Banyak unsur-unsur pengajaran dan kritikan membina yang ada dalam setiap penulisannya itu.

 

Tidak rugi untuk mengenalinya dan membaca setiap tulisannya. Kadangkala apabila saya rasa sunyi tension, saya pasti akan jengah ke blognya untuk membaca setiap tulisannya, kerana tulisannya walaupun berunsur humor namun sarat dengan pengajaran buat semua. Saya pasti akan tersenyum membaca setiap entrinya, Pak Ngah pandai bermain kata. Ideanya sentiasa segar dan relevan dengan masa.


Paling saya kagum tentang dirinya.. walaupun beliau pernah berjawatan besar sekarang dah pencen, tapi tidak sedikitpun riak dan bangga pada dirinya. Setiap komen yang diberi akan dibalas dengan seikhlasnya, dan beliau juga rajin membuat lawatan balas ke blog-blog kerdil seperti saya.

Pak Ngah bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Pak Ngah bersama Tan Sri Aziz.

Pak Ngah bersama rakan-rakan sekerjanya suatu masa dahulu.

Sebenarnya ramai lagi blogger yang menjadi idola saya, dan yang paling manis sekali, mengenali mereka semua umpama mengenali mereka di alam realiti walaupun hanya di alam maya menjadi wadah pertemuan. Tak rugi mempunyai ramai rakan, dan saya amat bersyukur kerana dengan terciptanya blog ini, ramai kenalan di serata pelusok dunia dapat kita kenali dan baca tulisan mereka. Dunia ibarat tanpa sepadan, dimana sahaja, tak kira masa blog menjadi jurnal kehidupan setiap insan.


Inilah kenangan inilah coretan
Bersama blog memori berzaman
Ilmu dan kenalan serta pengalaman
Pelbagai info melalui blog boleh didapatkan.


Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap-harap menawan juri
Moga kemenangan menjadi realiti.

Tag:
http://greennnpandacontest.blogspot.com
http://sukahati-fieda.blogspot.com/
http://keyphochee.blogspot.com/


No comments:

My Blog List