Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://berkatayangeloksaja.blogspot.com
PERATURAN
- Bebas hendak menulis apa-apa. Misalnya, Cerpen / Fakta dan lain-lain lagi.
- Penyampaian penulisan hendaklah mengikut kreativiti anda sama ada menggunakan 'doodle' / lukisan anda / teknik penyampaian penulisan anda yang menarik minat pembaca.Bebas. Pendek kata penulisan yang pembaca terhibur.
- Panjang patah perkataan melebihi 100 patah perkataan.
- Anda hendaklah, MengeLIKE page saya di facebook http://www.facebook.com/pages/Berkata-yang-elok-sahaja/375538065809510
- kat sini, saya ingin menambah sikit syarat penyertaan, hendaklah ORIGINAL dan bukan ciplak! ^_^
Jom Ke Pantai
Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke pantai menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.
Pokok di sana dahannya patah
Pokok bernama si pokok petai
Keriangan anak-anak pelbagai telatah
Teruja sakan bermain di pantai.
Di atas pohon si sarang tempua
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Inilah aktiviti buat semua
Anak-anak dan ibubapa terlibat bersama.
Saat cuti sekolah merupakan satu saat yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anakku. Ketika ini mulalah mereka merencanakan pelbagai aktiviti yang akan dilakukan sepanjang cuti sekolah sampai kami sebagai ibu bapa pening untuk menapis dan meluluskan segala permintaan mereka.
Tatkala musim cuti sekolah tiba, inilah antara perkara wajib yang akan anak-anakku senaraikan iaitu mandi di pantai. Apabila sudah berada di pantai, pasti pelbagai macam aktiviti yang akan mereka lakukan. Lihat sahajalah gambar-gambar di bawah. Wajah-wajah ceria mereka sudah jelas menunjukkan kegembiraan dan keseronokan apabila dapat bermain di pantai sepuas-puasnya.
Kami |
Bila sudah berada di pantai, tidak sah kalau anak-anakku ini tidak bermain dengan pasir. Pelbagai bentuk istana yang akan dibina oleh mereka. Mereka tiga beradik akan bekerjasama antara satu sama lain dan kebiasaannya si kakak akan menjadi arkiteknya manakala si adik-adiknya pula akan mengutip kulit kerang, ranting kayu atau apa sahaja yang boleh dijadikan aksesori bagi binaan istana pasir mereka.
Ketika ini aku dan suami hanya melihat telatah mereka dengan senyuman dan membantu sekiranya perlu. Pelbagai aksi dan ragam yang kami saksikan, kadangkala bergaduh pun ada maklumlah si kakak nak bina bentuk begini manakala si adik pula nak bentuk begini, akhirnya masing-masing buat bentuk masing-masing...hehe.
♥♥Mereka saling bekerjasama♥♥ |
Akhirnya inilah hasilnya... Ultraman kata anakku..:) |
Apabila sudah puas bermain dan badan pun dah penuh dengan pasir, kini tibalah saat yang paling ditunggu-tunggu iaitu acara mandi manda. Anak-anakku ini kalau bab mandi pantai berjam-jam lamanya pun tak kisah, kadangkala puas aku memujuk mereka untuk naik ke darat. Bukan setakat si anak-anak sahaja yang liat nak naik ke darat malah si abahnya pun turut sama liat.
"Jom naik ke darat".. kata si abah. |
Setelah selesai mandi pantai, perut pasti lapar. Bekal yang dibawa sudah tersedia untuk dijamu. Anak-anak pun sudah mula menunjukkan kepenatan kerana terlalu puas bermain dan berhibur.
Alangkah seronoknya hati kami sebagai ibubapa apabila melihat anak-anak gembira. Inilah antara pengalaman yang paling bermakna buat mereka. Mereka sama-sama membina istana pasir dan ini secara tidak langsung mengasah daya imaginasi dan kreativiti mereka, mereka juga belajar untuk bekerjasama dalam satu pasukan. Selain daripada itu hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan lagi.
Anak ceria ibubapa pun gembira. Aktiviti di pantai yang menceriakan semua, menghilangkan tekanan buat seketika dan yang pasti ianya sangat menghiburkan terutama buat anak-anakku.
Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..
Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada
telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal
bicaramu mendamai perasaan yang hiba
Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.
Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
2 comments:
Assalamualaikum ya ukhti
Terima Kasih join contest saya ! ^_^
salam taaruf...
wow kreatif nyer..entri ni pun menarik..konfirm boley menang punya lah..(^_^)..rajin nida join contest..bgs2..teruskan usaha anda...usaha tangga kejayaan..
www.azrulin.blogspot.com
Post a Comment