Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://norfatiahyadz.blogspot.com
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan segmen anjuran kawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap juri berkenan
Moga impian menjadi kenyataan
Dapat hadiah yang terlalu menawan.
Sejak akhir-akhir aku kerap melayan cerita-cerita based on true story. Kebanyakan cerita yang aku layan berkisarkan dunia sukan seperti baseball, basketball dan football (Amerika). Kisah bagaimana mereka berjaya walaupun pada awalnya dianggap mustahil untuk berjaya, kisah bagaimana seorang jurulatih terpaksa melatih sebuah pasukan underdog yang tidak diberi harapan langsung untuk menang, kisah bagaimana jurulatih mengajar anak didiknya untuk berdisiplin dan bersedia menghadapi dunia luar dan banyak lagi kisah teladan yang boleh kita ambil dari cerita-cerita begini,tentang pentingnya 'we as a team'... bekerjasama dalam mengejar kejayaan walaupun telah dihidangkan dengan pelbagai rencam dugaan dan perkara yang menyentapkan.
Cerita yang ku tonton ini telah mengingatkan aku pada beberapa kisah yang menyentapkan naluri aku sebagai jurulatih pantun suatu masa dahulu dan juga kisah sentap bagaimana pengorbanan suami serta para anak didik softballnya. Walaupun ianya adalah sejarah, namun kisah sentap yang berakhir dengan berita gembira itu tetap aku ingat dan akan aku kenang sampai bila-bila.
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya pertolongan dan bantuan Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. “ Al-Ankabut : 69.
Maafkan aku andai entry ini agak berat dan panjang, tetapi ianya bukanlah untuk tujuan riak atau bangga diri, sekadar perkongsian pengalaman tentang kisah sentap yang pernah aku dan suami jalani dan kisah sebuah kejayaan yang amat manis untuk kami kenang, moga-moga kisah ini dapat dijadikan teladan buat semua pembaca.
Kadangkala kita sering melihat sesuatu perkara (terutama yang menyentapkan) pada sudut yang negatif tanpa kita fikirkan hikmat disebalik ujian yang melanda. Moga-moga cerita aku ini dapat dijadikan motivasi buat mereka di luar sana dan semoga aku akan terus bermuhasabah agar tidak mudah berputus asa.
” Jangan engkau berputus asa kerana kelambatan pemberian Allah kepadamu, padahal doamu bersungguh-sungguh. Allah telah menjamin menerima semua doasesuai dengan yang Dia kehendaki untukmu pada waktu yang telah Dia tentukan. Bukan menurut kehendakmu dan bukan pada waktu yang engkau tentukan. “ Hadith Riwayat Muslim
Aku telah dipostingkan disalah sebuah sekolah menengah yang agak terkenal di Kuantan, minatku pada dunia pantun telah mendorong aku untuk melatih pasukan pantun sekolah itu. Namun perkara yang menyentapkan perasaanku telah berlaku, setelah beberapa hari kami bertungkus lumus berlatih, malah seharian (dari pagi hingga lewat petang) kami menghabiskan masa di sekolah untuk berlatih pantun bersama namun nasib tidak menyebelahi kami kerana guru yang bertanggungjawab telah lambat menghantar borang penyertaan. Hanya kekecewaan yang dapat kami gambarkan ketika itu, naluriku tersentap kerana kesilapan orang lain menyebabkan kami dihukum.
Namun aku pasrah kerana ku tahu setiap apa yang berlaku datang bersamanya hikmah yang tersembunyi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya, dan aku yakin akan janjiNYA. Pada awalnya memang agak sukar anak buahku menerima kenyataan, namun aku sebagai guru perlulah tabah demi mereka, dan akhirnya mereka dapat menerima kenyataan bahawa tahun itu kami terpaksa untuk tidak bertanding.
“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar kami menguji hal ehwal kamu.”
(Muhammad: 31)
Setahun kemudian, aku dipindahkan ke sebuah sekolah yang tidak sehebat sekolah sebelumnya. Niatku untuk membentuk pasukan pantun tak pernah padam, namun tugasku bukan semudah yang disangka kerana sekolah berkenaan tidak pernah menghantar pasukan pantun ke mana-mana pertandingan, dalam ertikata lain aku akan melatih mereka bermula dengan langkah pertama, dan ini juga merupakan perkara yang agak menyentapkan azamku untuk terus melebarkan seni budaya bangsa (seni berpantun) lantaran aku terpaksa merintis segalanya.
Pengalamanku sebelum ini hanyalah sebagai pemantun dan tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai jurulatih. Oleh kerana itu, aku terpaksa bekerja keras siang dan malam melatih peserta-peserta yang tidak pernah langsung terdedah dalam pertandingan pantun. Setelah tamat sesi persekolahan urusan melatih mereka pun bermula. Berlatih dari pukul 3 sehingga pukul 6 petang di sekolah dan kemudian bersambung di rumahku sehingga larut malam. Aku sangat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami diriku.

Alhamdulillah kami berjaya menjadi johan peringkat daerah dan ketiga peringkat negeri. Aku masih ingat kata-kata yang diluahkan oleh penyampai hadiah ketika aku turut sama naik ke pentas untuk menerima hadiah sebagai jurulatih, perkataan yang sungguh menyentapkan bagi sesiapa yang mendengarnya, dan kata-kata itu masih ku ingat dengan jelas "Hebat juga sekolah awak ye dapat kalahkan sekolah asrama penuh, ingatkan sekolah awak tu lekeh sentiasa". Ya, memang sekolah aku dari segi akademik tidaklah sebagus sekolah elit mahupun sekolah berasrama penuh, namun bagiku anak-anak buah pantunku adalah permata bagi sekolah kami. Aku yakin suatu hari nanti, melalui dunia 'pantun', sekolah aku ini akan digeruni dan dipandang tinggi oleh sekolah-sekolah hebat yang lain.
Dari Abdullah Bin Mas’ud radhiayallahu’anhu dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:
وعن عبداللّه بن مسعودرضى اللّه عنه عن النّبىّ صلّى اللّه عليه وسلّم قال : لايدخل الجنّةمن كان فى قلبه مثقال ذرّةمن كبر ، فقال رجل : انّ الرّجل يحبّ ان يكون ثوبه حسناونعله حسنة ، قال : انّ اللّه جميل يحبّ الجمال . الكبر : بطرالحقّ وغمط النّاس (رواه مسلم)٠
“Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya ada sebesar dzarrah dari kesombongan.” Salah seorang shahabat lantas bertanya: “Sesungguhnya seseorang senang jika bajunya bagus dan sandalnya baik?” Maka beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah Dzat yang Maha Indah dan senang dengan keindahan, Al-Kibru (sombong) adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”(HR Muslim)
Alhamdulillah, selama 4 tahun aku menjadi jurulatih pantun disekolahku, 4 tahun (2004,2005,2007 dan 2008) kami menjadi johan daerah, naib johan pada 2006. Pada peringkat negeri pula, tiga kali tempat ketiga, sekali ke separuh akhir dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum aku bercuti tanpa gaji mengikut suamiku melanjutkan pelajaran, aku telah berjaya membawa pasukan pantunku ke pertandingan akhir. Walaupun sekadar meraih naib johan, namun aku puas, puas kerana titik peluh dan pengorbananku telah terbayar.
Dua tahun terakhir sebelum aku bercuti tanpa gaji, aku telah menjadikan rumahku seperti asrama, tidur, belajar, berlatih, makan, minum dan segalanya di rumahku dan segalanya telah ku sediakan dengan ikhlas tanpa apa-apa bantuan dari pihak sekolah. Aku sedar, bukan mudah untuk melatih sebuah pasukan pantun yang bagus kerana aku pernah terlibat sebagai peserta pantun dahulu.. masa berlatih dan ketekunan itulah yang akan menjadi faktor kejayaan.
Biarlah telah beberapa kali aku melalui pengalaman yang menyentapkan dan adakala juga melemahkan semangatku, namun aku tidak boleh terus berundur, aku jadikan kata-kata sindiran dan kisah sentap yang lalu sebagai penguat semangat bagiku.. moga Allah terus memberikan kekuatan kepadaku..amin.

Aku dan pasukan pantunku
Untuk pengetahuan semua, aku juga telah mengheret suamiku terlibat sebagai jurulatih di sekolahku walaupun beliau bukanlah seorang guru. Tapi bukan sebagai jurulatih pantun sebaliknya sebagai jurulatih softball. Memandangkan suamiku pernah mewakili Malaysia ke Thailand ketika di universiti dahulu maka aku tidak mahu bakat yang ada pada suamiku dipendam begitu sahaja.
Setiap petang aku sekeluarga berjemur di padang. Andai aku melatih pantun di tepi padang, suamiku pula melatih softball di tengah padang dan anak-anak turut sama memberikan sokongan kepada kami (walaupun ketika itu mereka terlalu kecil untuk memahami pengorbanan kami). Walaupun suamiku tidak mendapat apa-apa bayaran ketika itu, namun semangatnya untuk melatih pasukan softballku telah menyentuh hatiku.
Bayangkan sejurus pulang dari tempat kerja (5.30p.m), setelah selesai solat suamiku terus bergegas ke padang sekolahku, dengan pakaian kerja itulah beliau terus ke padang semata-mata untuk mencurah jasa dan bakti secara ikhlas tanpa meminta apa-apa ganjaran.

Ini juga merupakan sejarah pertama sekolahku menghantar pasukan softball ke perlawanan kerana sebelum ini tiada langsung istilah bermain softball di sekolahku (pada tahun itu juga peralatan bermain softball baru dibeli).
Satu kisah yang menyentapkan kami juga telah berlaku, peristiwa yang melemahkan semangat semua insan yang terlibat pada masa itu. Pada awalnya kami hanya ingin menghantar pasukan perempuan bawah 15 tahun, setelah berlatih hampir sebulan dan muka para pemain pun sudah hitam legam dimamah terikan mentari, saat-saat terakhir lagi berapa hari berlangsungnya perlawanan kami diberitahu tidak ada kategori bawah 15 tahun bertanding dan yang ada hanya bawah 19 tahun.
Airmata ketika itu tidak dapat ditahan lagi oleh pemain-pemainku yang rata-ratanya baru berusia 14 tahun! Mampukah pasukan softball dibawah kelolaan suamiku untuk melawan mereka yang jauh berpengalaman sedangkan mereka ini terlalu mentah dan baru berjinak-jinak dengan dunia softball. Tubuh mereka juga mungkin jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan bawah 19 tahun yang lain.

Akhirnya kami tekad untuk tetap menghantar pasukan kerana kasihan melihat para pemain yang sudah sebulan berlatih dengan penuh semangat. Walaupun agak sukar untuk kami menerima berita disaat akhir ini, namun kami pasrah bahawa andai sudah tertulis rezeki kami untuk menang, maka kami terima dengan kesyukuran.. namun andai sebaliknya yang berlaku, anggaplah ini sebagai latihan bagi memantapkan lagi kemahiran pemain untuk perlawanan akan datang.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar doa-doa hambaNYA, Alhamdulillah pada kali pertama menghantar pasukan dan walaupun saiz badan mereka jauh lebih kecil dari pasukan sekolah-sekolan lain, kami berjaya meraih tempat ketiga daerah. Pasukan-pasukan yang bertanding amat terkejut dan kagum pada usaha kami, dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum suamiku menyambung pelajarannya, sekolahku telah berjaya menjadi Johan daerah Kuantan!!!!
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula. (Riwayat Tabrani)

Aku bangga pada diriku, pada suamiku, pada anak-anak pantunku, pada pasukan softball sekolahku dan pada anak-anakku yang banyak berkorban untuk kami. Kami bermula dengan tangan kosong, dengan peralatan yang amat terhad (bayangkan sekolah kekurangan peralatan untuk sebuah pasukan softball), dengan pakaian pantun yang tidak secantik pasukan lain pada awalnya, dengan beberapa kenangan yang menyentapkan sebagai ujian pada perjalanan kami, tapi hari ini kami mampu tersenyum kerana kami telah menitipkan sesuatu buat mereka ingat.
Aku sentiasa mengingati diriku, usaha adalah tangga kejayaan, namun andai kita telah berusaha tapi masih gagal, percayalah Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita...Insya Allah.
"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."
Terima kasih sayang... terima kasih atas pengorbananmu demi menaikkan nama sekolahku.. moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupmu dalam mengejar cecita..aminnnn
TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU
TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU
TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU
TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU
Sekian sahaja entriku ini
Perkongsian pengalaman dari kisah lama
Kisah sentap yang kami lalui
Tentang usaha dan kesabaran di jiwa.
Kisah benar untuk tatapan semua
Rahmat Ilahi sentiasa mengiringi
Setiap yang berlaku hikmah disampingnya
Usaha dan doa perlu diiringi.
TAG:
Azatiesayang
Cik Rose Cute
Cempaka Kuning
Syieda
No comments:
Post a Comment