AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 22 April 2012

2st GA : SHAWLY RANDOMLY GIVEN



Klik banner untuk sertai.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)

HADIAH



Shawl cantik idaman hati
Moga berjaya Kak Nida miliki
Harap-harap ada rezeki
Moga impian menjadi realiti.
ameeeeeennnnn


Ku selit madah entri ku gubah
Khas buat Ryna tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.



Ryna@Fitryna empunya gerangan
Moga bahagia sentiasa berpanjangan
Bersama tersayang dan juga teman.


Blog Ryna berwarna lembut
Kemas teratur dan tidak serabut
Headernya cantik dan juga kiut
Tetamu melihat terus terpaut.


Namun tulisan di sidebar sukar dibaca
Saiznya kecil untuk dilihat di mata
Mungkin Ryna boleh perbesarkan sahaja
Agar memudahkan pembaca semua.


Ruangan follower di tempat yang tepat
Nak jadi follower pun mudah dan cepat
Tak perlu tercari dan menyebabkan lambat
Keselesaan pengunjung menjadi matlamat.


Teruskan menulis jangan berhenti
Setiap blog ada peminatnya sendiri
Berkongsi idea dan cerita yang pasti
http://onlinediaryfitryna.blogspot.com menjadi diari.  



Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.
(sajak di atas ditulis sendiri oleh Kak Nida..)

Lagu ini Kak Nida sertakan
Moga membangkitkan semangat motivasi
Sudilah kiranya Ryna dengarkan
Sebagai halwa telinga untuk didengari.


Akhir sekali Kak Nida doakan Ryna bahagia bersama tersayang, selamat mendirikan rumahtangga dan moga jodoh berkekalan sehingga nyawa dikandung badan.. ameeeeennnn

Tag:
Nisa'
Fieda
Intan Berlian
Zaikulim
Nad



No comments:

My Blog List