AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 11 April 2012

Alya Turns Two Giveaway

Klik banner di atas untuk sertai.

Sedang meronda-ronda di blog rakan-rakan maya, tiba-tiba diriku terlihat ada satu giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang rakan mayaku iaitu Noen sempena ulangtahun kelahiran Alya yang kedua tahun.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan.

once you put a comment at this entry, you are entitle to this GA...dan komen2 itu mestilah ucapan birthday untuk anakandaku yang tercinta itu
don't forget to put your name & email address ya lovelies semua ^_^
kalau rajin (tiada paksaan ye): ~ each will get extra 1 point
- follow this blog
- follow mamAlya boutique  and like mamAlya boutique PAGE 
-follow kawaiicottonstation and like kawaiicottonstation PAGE
- blog this GA at your blog, and link it back to us
**please state what you do in your comment ~ untuk memudahkan sy check what you have done :)

nursing cover sebagai simbolik bahawa mama alya telah berjaya menyusukan alya selama 2tahun..(walaupn mama alya tak pernah pakai benda alah ni...hehe)

dan

2 lagi hadiah misteri....muahaha misteri sebab tak decide lg nak bg ape...tapi yang pasti hadiah2 tu mama jahit sendiri ok ;)



Doa bagi mendapatkan zuriat yang baik

Surah Al-Furqan : 74




Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.


Buat Alya.. selamat menyambut hari ulang tahun.. terimalah persembahan Auntie Nida ini ye :)



Terimalah kek ini buat Alya khas dari Auntie Nida






Dan hadiah ini juga buat Alya..

type=text
Auntie Nida nukilkan sajak di bawah khas buat Alya.... Semoga sajak ini akan menaikkan semangat Alya suatu masa nanti dan semoga ianya juga dapat dijadikan sedikit bekalan untuk Alya membesar sebagai juara..Insya Allah...

Click here to get myspace Love Birthday comment code







Lahirmu umpama kanvas yang putih
Yang perlu dilakar dengan warna yang pelbagai
Atas pundak ibubapamu mencorak segala
Menyediakan landasan bagimu terus meniti kehidupan..
Dari alif, ba, ta kau belajar mengaji
Menapak ke depan 1,2,3 kau menghitung
Terus maju A,B, C kau menyebut
Dari bertatih kau belajar berjalan
Kini laju kau berlari walau adakala terjatuh jua
Bangkitlah jangan terus menangis
Kuatkan jiwamu wahai Alya.

Kelahiranmu Alya...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka wahai Alya,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Bersajak sudah, kini giliran Auntie Nida mengarang syair buat adik Alya pula..



♥♥♥
♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Alya yang comel selalu.

Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Ku doakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat


Dakilah ke puncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha


Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Teruskan berjuang dengan hati yang gagah
Berjaya dirimu tiadakan sudah
Ini birthday party buat Alya pula..
Birthday Party

Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini tiba giliran Auntie Nida berpantun pula ye....




Kini usiamu terus meniti
Dirimulah penawar duka segala
Riang sentiasa senyuman diberi
Penambah ceria keluarga tercinta


Rajin belajar janganlah jemu
Ikutlah pesanan ibu dan bapa
Amalkan juga pesanan guru
Pasti kejayaan di depan mata

Senyumanmu Alya manis dipandang
Pengubat lara ibu dan bapa
Janganlah lalai dimasa senang
Beramal padaNya itulah utama

Adakala duka bertamu
Janganlah gelabah janganlah gundah
Kumpulkan semula semangat juangmu
Padukan cecita teruslah melangkah.


Lagu Selamat Hari Lahir ini Auntie Nida  tujukan khas buatmu, Alya :)


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana

Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan

Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Akhir sekali madahku ini
Nasihat dan doa sentiasa mengiringi
Moga Alya dalam lindungan Ilahi
Bahagia sentiasa dalam kehidupan dilalui...




Sekian Dari Auntie Nida khas buat Alya.



No comments:

My Blog List