AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 11 April 2012

Ariana's story suka-suka giveaway

Klik banner untuk sertai.

Inilah gambar kenangan terindah kami sekeluarga ketika bercuti...
Nama:
Nama ahli keluargaku dari kiri: Anak sulungku Kakak Mizah, anak keduaku Akak Azi, suami tercinta Mohd Hanafiah, si kecilku adik Anis dan tentulah diriku yang terakhir sekali.. Nida.

Tarikh:
25 Disember 2009

Tempat Percutian:
 Shakespear Regional Park, Auckland, NZ

Peristiwa:
Pelbagai gaya pelbagai aksi
Dari kami keluarga bahagia
Shakespear Regional Park menjadi saksi
Kisah percutian kami kongsi bersama..

Bercuti bersama keluarga tercinta
Begitu indah begitu ceria
Kenangan manis dikenang sentiasa
Shakespear Regional Park syurga dunia.

Percutian tanpa gambar ibarat lagu tanpa irama. Jadi sempena percutian kami ke Shakespear Regional Park, maka sudah tentulah kami tidak akan melepaskan peluang bergambar dan berposing, ditambah pula pemandangan persekitaran yang sungguh cantik dan indah.. Subhanallah, Maha Besar Allah, langit yang membiru, alam yang menghijau dan lautan yang terbentang luas sungguh menyejukkan mata yang melihat dan menenangkan jiwa yang menghayati.

Dahulu semasa kecil, aku selalu melihat kapal terbang di atas sana, setiap kali itu juga aku selalu berdoa agar aku bisa menaikinya, terbang di atas langit yang biru, melihat dunia luar yang cantik, Alhamdulillah doaku dimakbulkan oleh Allah, dan yang paling indah sekali kerana aku dapat bercuti bersama keluarga tersayang.. bersama anak-anak dan suami tercinta.

New Zealand, sebuah negara yang sangat bersih, keindahan alam yang mempesona tidak terusik dek kerakusan tangan-tangan manusia, kehijauan alamnya, kebiruan langitnya dan kejernihan airnya membuatkan kita seoalah-olah berada di syurga dunia milikNya.

Jika dilihat gambar di atas pelbagai gaya dan cara dapat disaksikan dan pelbagai memek muka boleh dilihat. Apabila aku melihat gambar ini kembali, pasti senyuman akan menguntum dibibirku. Setiap satu punya cerita yang berbeza, Kakak Mizah memang suka menonton America's Next Top Model, tu yang bila bergambar gaya pun dah macam supermodel. Anak keduaku pula ni sebenarnya takut jatuh, tu yang peluk sakan si abahnya, yang paling lucu suamiku le, ada ke bergambar kaki tersangkut ke bawah..hehe, alkisahnya suamiku ini gayat orangnya, tu yang bergambar tak berdiri dan kaki memang sengaja dijuntaikan ke bawah.. ala-ala penakut juga macam Akak Azi, kemudian gambar Anis, ni menurun dari genetik suamiku, jenis gayat.. tu yang menangis bila kena berdiri atas palang... "nak turun... nak turun.. Anis takut.uwaaa." begitulah ayatnya ketika itu, dan yang terakhir ialah aku, gaya top supermodel yang dah pencen. Jika diamati betul-betul, hanya anak pertama yang menurun bakaku, selebihnya ikut baka si abah..hehe.. :)

Cantik pemandangan memukau mata
Hijau mendamaikan perasaan nan hiba
Riang dan tawa gembira terasa
Bersama keluarga bercuti bersama.

Cantik dipandang tak jemu dilihat
Ciptaan Tuhan yang maha hebat
Indahnya alam penuh makna tersirat
Saujana nan luas hati terpikat.

Berlarian sikecil sukanya pasti
Teruja sungguh di dalam hati
Ekosistem seimbang terpelihara kini
Khazanah bumi sama dihayati.

Keluarga bahagia sehati sejiwa
Usik mengusik penggamat suasana
Hubungan akrab abadi selamanya
Kasih sayang yang kukuh terbina.




Mereka berlari gembira di hati
Teruja sungguh melihat bebiri
Semuanya jinak comel terperi
Rasa nak peluk dan bawa balik sekali.

'Sporting' semua, satu kepala
Berbaring di rumput langit bumbungnya
Persahabatan ini lestari harapnya
Kenangan indah dikongsi bersama.




Syieda
Nisa'
Intan Berlian

1 comment:

ariana said...

Asmkm Nida..sukanya akak baca kisah Nida dan mencuci mata tengok gambar kenangan..Alhamdulillah, dapat bercuti ke negara yg indah..bkn semua org yg bertuah mcm Nida ni..Comeynya 3 org puteri.., mcm akak jg..3 org puteri..:)Berpantun pun pandai..:) T.ksh sudi join ye..dan Good LUCK!!

My Blog List