AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 16 April 2012

Contest ke-2 by aien story - Contest Senyuman Menawan Hati ♥

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN
1. Buat satu entry bertajuk - Contest ke-2 by aien story - Contest Senyuman Menawan Hati ♥
2. Copy banner diatas dan paste di dalam entry tersebut serta link kan ke entry ini.
3. Wajib FOLLOW blog aien story dan FOLLOW blog sini dan FOLLOW blog sini .
4. Wajib LIKE fan page aien story.
5. Bagi sesiapa yang ada twitter, sila FOLLOW twitter aien story.
6. Wajib CLICK sinisinisinisinisini, dan sini. \wajib click supaya hadiah bertambah/
7. Di dalam entry tersebut, korang semua WAJIB letak DUA gambar senyuman korang
yang menawan hati ain. Tak kisah kalau itu gambar kawan, adik atau sesiapa pun.
8. Tag sekurang-kurangnya EMPAT orang blogger.
9. Wajib letak banner di bawah di sidebar korang sehingga tamat contest
10. Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah. Sesiapa yang memberi
link macam ni : http://aienstory-aien.blogspot.com. Serta merta ditolak.
11. Tarikh Contest Senyuman Menawan Hati pada :
 14 April 2012 sehingga 13 May 2012.

GAMBAR PERTAMA


Inilah gambar keluarga tercinta
Senyuman manis kini terukir
Berlari kami seiring sekata
Kenangan tercipta di gigi air.

Seia sekata gembira sentiasa
Keluarga bahagia ceria berkekalan
Kepada Ilahi berdoa tak lupa
Moga keluarga dirahmati berpanjangan.

Anak ceria ibubapa gembira
Keseronokan mereka pengubat lara
Diwajah terpancar senyuman gembira
Satu hati ukhuwah dibina.

GAMBAR KEDUA


Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke taman menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.

Pokok di sana dahannya patah
Tempat hinggap si rama-rama
Senyuman anak-anak pelbagai telatah 
Teruja sakan bermain bersama.

Di atas pohon sarang Merpati
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Anak-anak mutiara hati
Senyuman manis tanda gembira.


Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..


Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada

telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal

bicaramu mendamai perasaan yang hiba

Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.

Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.


Sekian sahaja entriku persembahkan
Gambar tersenyum daku paparkan
Moga buat juri tertawan
Harap-harap ada kemenangan..:)
ameeeennn

TAG
Azatiesayang
Cik Rose Cute
Abazilah
Nisa'
Intan Berlian
Fieda

2 comments:

Ayen said...

http://aienstory-aien.blogspot.com/2012/05/contest-ke-2-by-aien-story-contest.html SILA RUJUK ;)

lyaidma said...

salam kak nida. boleh sy dapatkan alamat utk pos kan salah satu hadiah yg kak nida dapat utk tempt pertama contest senyuman menawan hati iaitu kemeja purple :D

EMAILKAN KAT SINI lyaidma@yahoo.com

My Blog List