AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 11 April 2012

First Giveaway by Nurul's Blogshop

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN
  • wajib follow/like: (saya minta anda jujur pada diri sendiri ^^) 
  • buat satu entry mengenai giveaway ini dengan tajuk''First Giveaway by Nurul's Blogshop '' 
  • copy dan pastekan banner diatas dan linkkan ke entry ini 
 digalakkan tapi tidak wajib
  • digalakkan letak Nurul's Blogshop didalam bloglist anda
  • digalakkan letak banner giveaway di sidebar
  • digalakkan tag 2rakan dan pastikan mereka tahu

Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Klik di sini untuk lihat peraturan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Ezza berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan

First Giveaway by Nurul's Blogshop

12 April 2012

utama:
-voucher RM20.00 +1 Item dari Nurul's Blogshop x seorang

sampingan:
-2helai shawl x 2 orang
-topup RM5 x 2orang
-edit full blogskinwith header x 4orang
-animated header x 3 orang
-header x 2orang
-doodles x 2orang
-voucher RM5.00 x 3orang dari Nurul's Blogshop 

top refferal:
-voucher RM20.00 dari Nurul's Blogshop x seorang

semua penyertaan:
-Voucher RM2.00 dari Nurul's Blogshop


Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Ezza pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...










Nurul's Blogshop nama blogshopnya
Pelbagai barangan menjadi jualannya
Teruslah berusaha mencapai cecita
Moga menjadi usahawan berjaya.

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari.


Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di Nurul's Blogshop ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka.

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Rambang mata hendak memilihkan.

Banyak lagi barang jualannya
Selain busana pelbagai lagi yang ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)




Kalau semua nak mencuci mata
Ku sertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai barangan cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Namun banyak lagi pilihan yang ada
Di sini sebahagian sahaja
Kalau tak percaya ke Nurul's Blogshop ayuh segera.


Bagi mereka yang nak mencuci mata lagi
Klik sahaja label yang kulampirkan ini
Pelbagai aneka menawan hati
Apalagi kliklah di bawah ini

LABELS

(KLIK PADA PERKATAAN DI ATAS UNTUK MELIHAT BARANGANNYA)


Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan pilihlah sahaja
Di  Nurul's Blogshop tempat berbelanja!!!

Andai semua nak mencuci mata
Klik sahaja ruangan "like" FB miliknya
Nurul's Blogshop pasti berlapang dada
Menerima pelanggan dengan hati terbuka.


Ku sertakan sekali bagaimana cara
Untuk membuat tempahan dan pembelian
"Term & Condition" daku sertakan
Buat semua untuk ambil tindakan.


Bagi yang ingin menempah darinya
Zaman sekarang dimana jua
Pelbagai cara untuk hubunginya
Melalui emel atau "order form" diisikan sahaja.


 Bila sudah  cari yang berkenan
Pertanyaan juga sudah diusulkan
Langkah seterusnya membuat tempahan
Isi sahaja borang yang diberikan.


Setelah selesai membuat tempahan
Bayaran pula jangan dilupakan
Melalui Maybank atau CIMB cara pembayaran
Melalui internet atau mesin ATM boleh berurusan.






Kucipta madah ini khas buatmu...
Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai
Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar Ezza terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)


Tag:
Intan Berlian
Fieda
Syieda

2 comments:

Unknown said...

dear tq join and good luck (:
wow entry yang kreatif,doa banyak2 eh insyallah ada rezeki lebih saya bagi bagi yang buat entri kreatif (:

Nurul said...

Wah, kreatifnya. Patutlah anda menang entry paling kreatif. Tak percaya? Lihat disini :)

http://ezzathepolkadots.blogspot.com/2012/04/pemenang-first-giveaway-by-nuruls.html

My Blog List