Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://www.azri.my
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Pasti Azri gembira sakan
Melihat GAnya mendapat sambutan
Disamping boleh juga berkenalan
Cepat bertindak jangan ketinggalan
Hadiah wang ringgit yang cukup lumayan
Moga diriku beroleh kemenangan
Harap impian menjadi kenyataan
Dapat membahagiakan insan kesayangan♥♥♥
Entri ku gubah kelainan ku cipta
Untuk tatapan Azri di sana
Idea ku perah ilham ku jana
Moga dirimu fahami hendaknya
Kisah sebenar luahan jiwa
Inilah impian andai ku milikinya
RM100 perlu diagihkannya
Bagi mereka yang lebih memerlukannya
Inilah harapan dan juga doa
Dari diriku yang tidak bekerja
Inilah sumber inilah usaha
Yang mampu ku lakukan buat mereka
Bukan simpati yang ingin ku reka
Namun kebenaran semua cerita
Moga impian menjadi nyata
RM100 buat mereka...
Ibu..
andai segunung intan dibentang dihadapanku
dimataku hanya ada kamu
andai selonggok emas ditabur dihadapanku
dimataku tetap jua ada kamu
andai jutaan ringgit diberikan kepadaku
dimataku tetap tidak akan berubah
hanya dirimu yang terlukis sentiasa dimataku..
Ibu...
Siang malam tak putus doamu buat Tuhan
agar anakmu ini terus diberi perlindungan
agar rezeki sentiasa dilimpahkan
biar dirimu susah namun anak-anakmu ceria berpanjangan..
itulah hatimu yang sentiasa tulus berpanjangan...
Ibu...
sudah lapan tahun dirimu bergelar balu
ku masih ingat ketika arwah meninggalkanmu
tujuh anak yang masih bersekolah menjadi tanggunganmu
puas ku lihat airmata mengalir dipipimu
masalah wang menjadi kekanganmu
surirumah sepenuhmasa itulah pekerjaanmu..
Ibu..
RM40 bukanlah cukup untuk membalas jasa dan budi
namun ku ikhlas memberi andai ianya ku miliki
tiada apa yang dapat menggembirakan hati ini
selain melihat senyuman terukir dibibirmu setiap hari..
Ibu..
ku tahu dirimu
wang ringgit bukanlah ukuran kasih sayang buat anakmu
namun ingatan dari kami itu yang buat dirimu terharu
walau kecil nilai yang kami berikan padamu
tapi ia seolah terlalu besar pada pandanganmu
kerana kita bukan dilahir senang selalu
ajaran syukur telah kau terapkan buat kami anak-anakmu..
Adikku sayang...
setiap kali ku terpandang layang-layang
ingatan padamu pasti melayang
ku tahu itulah permainan kesukaanmu diwaktu senggang
kemana pergi kau kelek malam dan siang
Adikku sayang..
layang-layang kecil buatmu yang dulu ku belikan
kerana dulu dirimu tak pandai untuk bermain lelayang bersama kawan
tapi kini ku lihat dirimu ada kemajuan
layang-layangmu terbang tinggi di langit kebiruan
andai RM30 dalam genggaman
akan ku belikan layang-layang permainan kesukaan
pasti dirimu gembira berpanjangan
layang-layang besar dalam pelukan
Adikku sayang..
kau dilahirkan dengan sejuta hikmah bersama
membawa rezeki buat kami semua
namun berat mata melihat, berat lagi bahu memikulnya
peparumu lemah dan sakit mudah menyerangmu setiap masa
berbulan-bulan kau batuk dan selsema
amat payah untuk kau sembuh segera..
berdoalah sayang adikku yang teristimewa
moga ada rezeki lebih buat kita semua
Insya Allah akan ku cari penawar dimana jua
lantaran ku ingin lihat kau ketawa
dan bahagia seperti insan yang sempurna...
Datukku sudah tua
gigi pun hanya tinggal dua
kudratnya tidak segagah masa mudanya
kulit juga penuh kedut dimana-mana
Datukku sudah tua
sudah lama tidak bekerja
dia tak pernah meminta-minta
semangat padanya terus menjadi idola
Datukku sudah tua
sudah bukan masanya untuk jalan-jalan berbelanja
dirimu hanya menunggu anak dan cucu tiba
itulah yang paling berharga buatnya
ingatan kasih dan sayang tak pernah lupa
buat datuk yang semakin lanjut usia
Datukku sudah tua
namun dialah pengganti arwah bapaku
dialah tempat kumengadu selalu
meminta nasihat dan pendapat sudahlah tentu
dia suka berjenaka tanpa jemu
buat kami tak kering gusi bersamamu selalu
Datukku sudah tua
RM30 sudah cukup buatnya terharu
atas ikhlasnya pemberian cucu
walau sesen yang diberi namun ia pasti terharu
kerana ingatan padanya itulah yang perlu
dialah atukku yang terbaik buatku
moga Allah memberikan kesihatan buatmu..
Macam pelik bunyinya
namun inilah kebenarannya
rezeki ini bukan untukku
namun buat mereka yang lebih perlu..
Mengapa perlu bagiku menang
namun hadiah bukan milikku
kerana aku masih punya suami
untuk ku bergantung bila perlu
andai kewangan menjadi masalahku
walau kami bukanlah sesenang mana
malah aku juga tidak bekerja
makan dan minum juga berpada
namun mereka lebih memerlukannya
kerana mereka tak punya kerja
tiada sumber pendapatan yang tetap
duit sumbangan itulah rezeki buat mereka..
Apa yang aku perlu
hanya doa-doa mereka
buat perjalanan kami yang masih berliku
moga doa dan restu mereka di dengar Tuhan
dimakbulkan olehNya..
agar laluan kami dipandu rahmat Tuhan
dipermudahkan urusan dalam kehidupan..
Rezeki itu
ingin kuhadiahkan buat mereka
hanya kebahagiaan mereka
yang ingin kupinta
ku ingin melihat mereka terus tersenyum
ku ingin melihat mereka terus bersyukur
atas rezeki walau secupak cuma
namun bagi mereka ia ibarat selautan harta
kesyukuran mereka tidak bertepi..
Sekian sahaja entriku ini
Inilah impian di dalam hati
Buat insan-insan ku sayangi
Andai RM100 berjaya kumiliki
Kerana itulah azam ku ini
Untuk mereka yang aku kasihi...
Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)
TAG:
Fieda
Nad
Ina
Ummi Iman
1 comment:
thanks join and buat entri ni ye;D
semoga berjaya :)
Post a Comment