AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 9 April 2012

HanaCraftyWorld 1st Giveaway

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap juri berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.

1) Mesti ade blog sendiri.
2) Jadi follower blog ini.
2) Buat satu entry ringkas "HanaCraftyWorld 1st Giveaway" dan copy banner dibawah ini dan linkkan ke entry ini.
3) Sila tinggalkan comment anda di entry ni beserta dengan link entry anda supaya senang saya nak tau sape yg join GA ini
4) Penyertaan terbuka untuk yang tinggal di Malayssia sahaja. (Termasuk Sabah Serawak ye)
5)GA ini akan berlangsung dari 19.03.2012 sehingga 10.04.2012 tepat jam 12.00 malam ye....


Doa bagi mendapatkan zuriat yang baik

Surah Al-Furqan : 74



Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.



Terimalah kek ini khas dari Auntie Nida.. 

dan juga hadiah ini buatmu...
Auntie Nida nukilkan sajak di bawah khas buatmu.... Semoga sajak ini akan menaikkan semangat dan semoga ianya juga dapat dijadikan sedikit bekalan agar dirimu membesar sebagai juara..Insya Allah...

Click here to get myspace Love Birthday comment code


Lahirmu umpama kanvas yang putih
Yang perlu dilakar dengan warna yang pelbagai
Atas pundak ibubapamu mencorak segala
Menyediakan landasan bagimu terus meniti kehidupan..
Dari alif, ba, ta kau belajar mengaji
Menapak ke depan 1,2,3 kau menghitung
Terus maju A,B, C kau menyebut
Dari bertatih kau belajar berjalan
Kini laju kau berlari walau adakala terjatuh jua
Bangkitlah jangan terus menangis
Kuatkan jiwamu terus berjuang.

Kelahiranmu...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak 
mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Bersajak sudah, kini giliran Auntie Nida mengarang syair buatmu pula..

♥♥♥♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Khas buatmu yang comel selalu

Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Ku doakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

Dakilah ke puncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha

Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Teruskan berjuang dengan hati yang gagah
Berjaya dirimu tiadakan sudah

Ini birthday party buatmu pula..
Birthday Party


Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini tiba giliran Auntie Nida berpantun pula ye....


Rajin belajar janganlah jemu
Ikutlah pesanan ibu dan bapa
Amalkan juga pesanan guru
Pasti kejayaan di depan mata

Adakala duka bertamu
Janganlah gelabah janganlah gundah
Kumpulkan semula semangat juangmu
Padukan cecita teruslah melangkah


Lagu Selamat Hari Lahir ini Auntie Nida  tujukan khas buatmu :)


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana

Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

 Akhir sekali, Auntie doakan semoga dirimu membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat, penyejuk hati ibu dan bapa serta menjadi insan yang mampu mengharumkan nama bangsa, agama dan negara.... ameeeeennnn



Sekian Dari Auntie Nida


1 comment:

Hana said...

wahhhh...panjang lebar entry kak nida..seronok baca.... :) terima kasih atas doa akak utk anak sy..ameen... :D terima kasih join ye..

My Blog List