AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Saturday, 21 April 2012

Hannah Husna's 3rd B'day GA


Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://greennnpanda88.blogspot.com
Tarikh Tutup:22 April 2012


Kami berkenalan melalui alam maya, namun walaupun mediumnya hanyalah melalui alam maya, hakikatnya kami seolah-olah telah lama berkenalan dan amat serasi. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan ummi Hannah (@Nisa) secara nyata. Terus terang Kak Nida nyatakan bahawa akak sangat kagum dengan kecekalan dan semangatmu. Walaupun sudah berkeluarga namun niat untuk belajar tidak pernah padam, dan satu lagi Kak Nida kagum pada Nisa' ialah dirimu yang sangat kreatif (jeles ni tau..hehe).


Semoga ukhuwah yang telah terbina ini akan terus berkekalan selagi nadi masih berdenyut..Insya Allah, dan buat Hannah yang comel, auntie Nida doakan moga terus dipanjangkan usia dalam beribadat kepada Tuhan, dan dilimpahkan rezeki yang halal buatmu sekeluarga.. jadilah anak yang berjaya dunia dan akhirat..ameeeeeennn.






Doa bagi mendapatkan zuriat yang baik

Surah Al-Furqan : 74






Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.



Buat Hannah.. selamat menyambut hari ulang tahun.. terimalah persembahan Auntie Nida ini ye :)








Dan hadiah ini juga buat Hannah..


 Barbie Magic Pegasus Princess Annika Doll
Auntie Nida nukilkan sajak di bawah khas buat Hannah.... Semoga sajak ini akan menaikkan semangat dan semoga ianya juga dapat dijadikan sedikit bekalan untuk Hannah membesar sebagai juara..Insya Allah...

Click here to get myspace Love Birthday comment code







Lahirmu umpama kanvas yang putih
Yang perlu dilakar dengan warna yang pelbagai
Atas pundak ibubapamu mencorak segala
Menyediakan landasan bagimu terus meniti kehidupan..
Dari alif, ba, ta kau belajar mengaji
Menapak ke depan 1,2,3 kau menghitung
Terus maju A,B, C kau menyebut
Dari bertatih kau belajar berjalan
Kini laju kau berlari walau adakala terjatuh jua
Bangkitlah jangan terus menangis
Kuatkan jiwamu wahai Hannah

Kelahiranmu Hannah...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka wahai Hannah,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Bersajak sudah, kini giliran Auntie Nida mengarang syair buat adik Hannah pula..











Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Hannah yang comel selalu
Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Kudoakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat
Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Teruskan berjuang dengan hati yang gagah
Berjaya dirimu tiadakan sudah

Ini birthday party buat Hannah pula..
Birthday Party

Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini tiba giliran Auntie Nida berpantun pula ye....




Hannah Husna's 3rd B'day GA tajuk diberi
Meraikan Hannah yang solehah dan bijaksana
Riang sentiasa senyum diberi
Penambah ceria keluarga tercinta


Rajin belajar janganlah jemu
Ikutlah pesanan ibu dan bapa
Amalkan juga pesanan guru
Pasti kejayaan di depan mata

Senyumanmu Hannah manis dipandang
Pengubat lara ibu dan bapa
Janganlah lalai dimasa senang
Beramal padaNya itulah utama

Adakala duka bertamu
Janganlah gelabah janganlah gundah
Kumpulkan semula semangat juangmu
Padukan cecita teruslah melangkah

Lagu Selamat Hari Lahir ini Auntie Nida  tujukan khas buatmu, Hannah.. :)


Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Awan Berarak Ceria

Tiada Titisan Hujan

Pohon Melambai

Tanda Sokongan



Kususuri Perjalanan

Bertemankan Senyuman

Di Hari Lahirmu

Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
 Akhir sekali, Auntie Nida doakan semoga Hannah membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat, penyejuk hati ibu dan bapa serta menjadi insan yang mampu mengharumkan nama bangsa, agama dan negara.... ameeeeennnn


Sekian Dari Auntie Nida:
 Buat Hannah:

Tag buat:


Zaikulim
Intan Berlian
Fieda



1 comment:

Nisa Greennnpanda said...

Salam n hye Kak Nida~!!

Wahhhh... bestnye entry akak nie..mcm2 wish akak bg utk Hannah.. t'haru sy, sob3.. :')

Kak Nida, sy pun kagum n jealous ngan akak, coz akak ade talent bab photography, hehe.. insyaAllah, jika ade rezeki, kite dpt jmpe ye.. ^_^

Thanks tau kak coz slalu support & join contest/GA sy..

Gud luck & all the best my dear~!! >_<

My Blog List