AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 17 April 2012

First Photo Contest BY Dayah

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN




1-copy and paste banner buruk kat atas nie kat blog korang

2-buat satu entry tentang contest nie

3-lepastu letak gambar yang telah korang edit 

4-wajib follow & like sponser

5-limit 4 gambar shj

6-tinggalkan link di kotak comment dayah saya

7-kepada sesiapa yang blog dia tak boleh right click sila sertakan sekali URL gambar ye

kalau ada nak sponser bagitau dayah kat fb


GAMBAR PERTAMA:

Sebelum


Selepas


Gambar wajah-wajah kesayanganku, Anis si kecil kami dan suamiku. Antara gambar yang aku paling suka kerana aku berjaya "freeze the moment", lihatlah pada kaki mereka, kedua-duanya tidak jejak ke bumi. Setelah diedit, gambar mereka seolah-olah kelihatan terbang dibawa sang angin yang lalu. Mereka berdua memang sangat akrab, ketika gambar ini diambil mereka saling berlumba lari ditepi pantai dan pemenangnya ialah siapa yang sampai kepadaku dahulu.

GAMBAR KEDUA

Sebelum


Selepas


Wajah anak sulungku Nur Hamizah, beliau memang seorang kakak yang tegas, anak yang bertanggungjawab dan agak serius orangnya. Lihatnya pada wajahnya sudah cukup jelas menceritakan peribadinya. Kehidupannya penuh berwarna-warni lantaran tatkala aku mengandungkannya dahulu, kehidupan kami agak susah kerana aku tidak bekerja dan duit gaji suami hanya cukup-cukup untuk perbelanjaan kami sekeluarga (malah kadangkala terpaksa juga kami meminjam duit dari ibu mertua) . Jadi aku edit gambarnya dengan warna yang pelbagai menceritakan tentang kehidupannya yang penuh dengan warna.

GAMBAR KETIGA
Sebelum


Selepas


Melalui gambar, kita bebas melakukan apa sahaja. Contohnya seperti gambar di atas, seolah-olah dunia fantasiku yang kini berada di dunia Hollywood, menjadi photograher pada artis-artis terkenal. Gambar yang asli ialah ketika aku berada di atas kapal di Milford Sound, NZ dan setelah diedit maka inilah hasilnya. Segalanya tidak mustahil untuk berada dimana sahaja, menjadi apa sahaja hanya dengan gambar kerana melalui gambar sejuta tafsiran boleh dilakukan. 

GAMBAR KEEMPAT

Sebelum


Selepas


Gambar diriku bersama si dia yang ku gelar kekasih, teman dan suami. Dialah tempat segala-galanya bagiku, dan moga Allah berkati perkahwinan kami ini sehingga ke akhir hayat kami dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami bersama anak-anak tersayang.. ameeeeennn.  Gambar yang diedit adalah untuk menceritakan bahawa dialah suamiku yang ku cintai selagi nadi masih berdenyut... you are my truly lover forever and ever..  ameeeeeennnn.

(Semua gambar-gambar di atas adalah dari koleksi peribadiku sendiri.)
Tag:
Nisa'
Syieda
Azateisayang
Cik Rose
Joel



No comments:

My Blog List