AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 26 April 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa

Klik banner untuk sertai.

Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Yusz berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan
Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa
9 Mei 2012

1st prize: Telekung Q2 bernilai RM 80 ( mengikut size muka anda)
2nd prize: Telekung Travel Satin bernilai RM 29 -kaler mengikut stock yg ada eh..
3rd prize: Kain batik solat Cap Padimas bernilai RM 17

Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Telekungnajwa pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...




Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari.



Telekungnajwa nama blogshopnya
Pelbagai barangan menjadi jualannya
Teruslah berusaha mencapai cecita
Moga menjadi usahawan berjaya.
Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di Telekungnajwa ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka.

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Rambang mata hendak memilihkan.

Banyak lagi barang jualannya
Selain telekung pelbagai lagi yang ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)


Kalau semua nak mencuci mata
Ku sertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai barangan cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta.
(Klik play untuk menyaksikan slide show ini)

Ini sekadar sebahagian sahaja
Banyak lagi di depan mata
Kalau tak percaya jom semua
Ke  Telekungnajwa  ayuh segera.

ITEMS Di Telekungnajwa

(Klik pada perkataan di atas untuk melihat barangannya)

Bagi mereka yang ingin melihatnya
Klik sahaja pada perkataan tertera
Pelbagai koleksi di depan mata 
Semuanya cantik buat pelanggan teruja..:)


Andai semua nak mencuci mata
Silalah datang ke FBnya
Klik sahaja ruangan FB di blognya
Yusz pasti berlapang dada
Menerima pelanggan dengan hati terbuka.

Ku sertakan info tentangnya
Buat bacaan untuk semua
Moga-moga membantu hendaknya
Mengembangkan sayap perniagaannya.


Bagi mereka yang ingin bertanya
Atau ingin menempah darinya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai cara untuk hubunginya
Melalui emel dan sms juga
Tiga langkah mudah ikutlah sahaja
Melalui Maybank atau CIMB untuk bayar padanya
Selasa dan Khamis pengeposan dilakukannya.

Ku sertakan sekali bagaimana cara
Untuk membuat tempahan dan pembelian
Mudah-mudahan membantu hendaknya
Dalam mengiklankan produk barangan..:)

Ku sisipkan juga  contoh borang tempahan 
Buat pelanggan untuk diisikan
Di ruang "order form" perlu diklikkan
Ke Telekungnajwa sila-silakan.

"Term & Condition" daku selitkan
Buat semua untuk ambil tindakan
Agar mudah segala urusan
Jual beli lancar diharapkan.

"Check Your Size" paling utama
Moga pembelian tepat hendaknya
Agar selesa bila memakainya
Penjual senang hati pelanggan gembira.






1. Promosi melalui blog.
Alhamdulillah, rasanya tindakan ini telah pun Yusz lakukan.
Untuk penambahbaikan, Yusz boleh menjelajah ke setiap blog (blogwalking) bagi mempromosikan blogshop  http://telekungnajwa.blogspot.com lagi.

2. Testimoni dari pelanggan-pelanggan.
Sediakan ruang dalam blog Yusz khusus feedback dari pelanggan-pelanggan Yusz, mungkin Insya Allah dengan cara ini akan menarik minat pembaca untuk mencuba produk yang dihasilkan oleh Yusz.

3. Jualan di mana-mana.
Contoh Yusz boleh jual di booth-booth pasaraya, karnival-karnival atau boleh juga melalui kenalan bagi mempromosikan barangan dari Yusz.. (melalui pengalaman Kak Nida sebagai guru yang pernah mempromosikan barangan seorang rakan pada rakan guru dan anak murid)

4. Adakan diskaun dan tawaran istimewa.
Ini sangat sesuai apabila ada musim-musim tertentu, seperti Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Raya dan sebagainya, mungkin diberikan diskaun harga atau pakej yang istimewa... namun di sini Yusz perlulah berkorban sedikit masa untuk mempromosikan tawaran yang telah dibuat seperti menghebahkannya kepada blog-blog lain, dan sebagainya.

5. Blog yang menarik dan bersesuaian dengan tema.
Cadangan Kak Nida, mungkin header blog Yuszboleh dimasukkan antara barang-barang yang Yusz jual, agar mungkin dapat menarik first impression pelanggan atau pembaca. Kalau boleh, background blog juga yang berkaitan dengan perniagaan yang diceburi.

6. Lebarkan column ruangan entry.
 Width entry boleh dilebarkan sedikit agar gambar barangan yang cantik-cantik itu dapat diperbesarkan lagi dan adalah lebih baik sekiranya kualiti gambar yang dipertontonkan itu bermutu agar dapat menarik minat para pelanggan melalui first impression mereka. 

6. Kad keahlian
Yusz juga mungkin boleh membuat kad keahlian pada mereka yang berminat, ini demi menjaga pelanggan yang ada disamping menarik pelanggan baru. Boleh juga diberi sedikit diskaun atau email tentang perkembangan atau produk terbaru dari Yusz buat mereka yg menjadi ahli.

7.Giveaway atau contest.
Terus terang Kak Nida katakan bahawa Kak Nida mengenali blog dan FB Yusz ini dengan cara ini, dan sesungguhnya Kak Nida amat-amat mengagumi dan tertarik dengan barangan yang menjadi jualan Yusz.Tidak dinafikan dengan cara ini juga, Yusz dapat mempromosikan blog dan FB Yusz.

8. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dari rakan sealiran.
Melalui cara ini, pengetahuan dan ilmu yang sedia ada dapat dikongsi bersama rakan-rakan dalam bidang yang sama.

9. Seminar dan kursus.
Menghadiri seminar atau kursus yang berkaitan agar kemahiran dan pengetahuan dalam dunia perniagaan dapat ditingkatkan lagi... Insya Allah.

10. Mesra Pelanggan
Setiap tempahan dan juga pertanyaan dapat ditangani dan dilayani dengan baik, dan Insya Allah pelanggan akan tetap setia bersama Telekungnajwa.


Kucipta madah ini khas buatmu...
Kini kau terus mengorak langkah
 terus mendaki hingga ke puncak
dugaan dan cabaran kau tempuh jua
demi merealisasikan sebuah cecita
selok belok perniagaan terus kau selongkari
perjuangan dalam mengejar ilmu terus kau cari...

Majulah..
 teruslah melangkah ke depan
dengan semangat sebagai pembakar
dengan sokongan sebagai penguat
dengan usaha sebagai pemula
dengan yakin untuk terus melangkah
dengan doa mencari barakah
moga impian tidak selamanya mimpi
moga realiti itu yang pasti...

Kami sahabatmu ini
terus berdoa pada Ilahi
moga perniagaanmu maju sentiasa
moga cecitamu menjadi nyata
moga usaha tiada padamnya
moga keringat sianya tiada
namun andai sesekali ombak melanda
jangan terus berpatah semula
rancang strategi kumpulkan kudrat
idea dijana semangat diiring
bangkit kembali mencari arah
untuk terus melangkah ke depan...
Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)

Tag:
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/
http://all-contest-ga.blogspot.com/
http://greennnpanda88contest.blogspot.com/



No comments:

My Blog List