AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 3 April 2012

Kongsikan Cerita Sedih Anda Bersama Uncha

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://untablog.blogspot.com


PERATURAN
 Copy Banner Buruk di atas..
 Buat satu entry tentang Tajuk "Kongsikan Cerita Sedih Anda Bersama Uncha"
 hee Korang buat Entry tentang tajuk di atas ok..Panjang melebihi 100 patah perkataan..dan tak lebih daripada 200 patah perkataan 
 Tag nama rakan blogger anda selama 2 orang.. *pastikan mereka TAHU ok
 Then,Sent Link entry korang..di Ruang Komen Di bawak ok..


Abah duduk di tengah
21 Ramadan 1425H (4 November 2004)
8.00 malam (Khamis)

Entah kenapa gerak hatiku terlalu ingin mendengar suara abah, sedangkan baru kelmarin aku menghubunginya. Abah sempat bergurau dengan bercakap ala-ala telo Cina. Abah memberitahuku bahawa beliau tak sabar menanti kepulangan kami terutama cucu-cucunya.

22 Ramadan (5 November 2004)
2.00 pagi (Jumaat)

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adikku menyatakan abah pengsan, aku terus menelefon emak, ketika itu abah dah sedar. Abah meninggalkan pesan pada emak agar tidak memberi kami balik kerana beliau sudah semakin pulih, "taknak menyusahkan anak-anak katanya"

4.00 pagi, hatiku mula rasa risau, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Kami ke Muadzam Shah untuk mengambil adikku yang belajar di MRSM sana. Entah kenapa hatiku dapat rasakan sesuatu kerana ketika mengemas pakaian untuk dibawa pulang, aku telah tercapai baju kurung, dalam kepalaku bahawa akan berlaku sesuatu perkara.

6.30 pagi, kami memulakan perjalanan. Pak Jang ku yang berada di kampung acapkali menefon aku bertanyakan dimana aku berada. Hatiku mula tak tenang, apabila ku bertanya tentang keadaan abah pasti Pak Jang akan kata "ok".

Namun telah tertulis takdir bahawa insan yang aku amat sayang ini, akan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Perginya mengejut, meninggalkan emak yang hidupnya banyak bergantung pada abah, meninggalkan sepuluh orang anak dan tujuh yang masih bersekolah, meninggalkan seorang anak istimewa (Aishah), meninggalkan anak-anak yang masih belum puas bermanja dengannya, ketika abah pergi adik bongsuku baru berumur 6 tahun.

Sejak umur 6 tahun kau sudah
digelar anak yatim..:'(


Mak, kesatlah airmatamu.. kami anak-anakmu akan
membahagiakan dirimu. 

Kaulah adik yang teristimewa, 
dirimu belum puas bermanja dengan abah..:(



Sekian sahaja entriku ini
Kisah benar yang aku paparkan
Moga ketabahan mengiringi kami
Tabah dan sabar hadapi ujian.

Tag:

2 comments:

uncHa said...

^_^ nice wak..terima kasih kerana sudi join ga saya..bersabar ye wak..

❖ Syaa ❖ said...

Datang dari sagmen yang sama :) SAlam kenal .

http://bloghasbeenremove.blogspot.com/2012/04/kongsikan-cerita-sedih-anda-bersama.html

My Blog List