AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 16 April 2012

MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)


jom join mini giveaway. boleh pilih hadiah. tak percaya jom terjah
Klik banner untuk sertai.
Sesiapa yang mengenali aku pasti keliru kerana aku mengajar subjek Biologi dan Sains serta punya latarbelakang pendidikan Sains Tulen sepenuhnya,bagaimana aku boleh terjebak dalam dunia sastera pula. Aku pun tiada jawapan, cuma boleh aku katakan aku memang punya minat yang mendalam dari dulu.

Dulu masa sekolah, sebaik sahaja habis exam pasti penuh kertas soalan tu aku conteng buat sajak, cerpen atau pantun..hehe. Aku masih ingat ketika aku berada di tingkatan dua, ketua panitia Bahasa Melayu ketika itu (Cikgu Mohamad) paksa aku masuk pertandingan pantun (beliau adalah kawan baik kepada arwah ayahku) kemudian dengan hati yang berat aku pun melibatkan diri secara paksarela. Nak dijadikan cerita aku pun layanlah pantun ni dari sekolah bawa ke universiti sehinggalah sekarang, jadi jurulatih pelajar-pelajar sekolah dan kadangkala aku mewakili jabatan untuk pertandingan berbalas pantun. Aku juga pernah menjadi jurulatih pantun Negeri Pahang (sekolah menengah) ke peringkat kebangsaan pada tahun 2007 dan 2008 serta beberapa kali menjadi hakim pantun peringkat Negeri Pahang dan ketua hakim pantun bagi peringkat daerah Kuantan. Tatkala itu semua berasa pelik kerana akulah satu-satunya guru yang bukan dari bidang bahasa yang terlibat dalam dunia Sastera.

Masa ni aku jadi jurulatih


Masa ni aku jadi peserta..

Aku juga suka berimaginasi dan setiap imaginasi aku tu akan aku tulis dalam bentuk cerpen. Biasanya aku suka menulis tentang perkara akan datang (Sains Fiksyen), mungkin pendidikan aku berlatarkan Sains menyebabkan aku tak dapat lari dari memikirkan perkara yang berkisarkan dunia Sains dan Teknologi. Alhamdulillah, ada juga insan yang prihatin tentang kebolehan aku dalam bidang ini, dan akhirnya antara kenangan yang paling manis sejak aku berkecimpung dalam dunia penulisan ini ialah aku terpilih menjadi salah seorang penceramah dalam Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan di Cherating pada tahun 2008 dahulu.

Di situ aku telah berjumpa dengan ramai penulis-penulis yang hebat dan syukur kerana aku berkesempatan menimba ilmu dari mereka yang jauh berpengalaman.


Bersama Sasterawan Rahman Shaari, belajar cara-cara penulisan sajak



Sempat menimba ilmu dengan Sasterawan Pok Pin (Ariffin Said), pejuang tradisi Melayu..


Ketika berguru dengan Sasterawan Lim Swee Tin


Bersama dengan insan yang memperjuangkan lagu-lagu rakyat Roslan Madun


Menimba ilmu bersama Novelis Samsiah Mohd. Nor di Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2008

Kini aku punya hobi yang baru dan sebenarnya walaupun dianggap masih baru namun aku berpuashati dengan hobi aku yang terkini walaupun masih banyak yang perlu aku pelajari.

Aku tak pernah ikuti mana-mana kelas fotografi, namun disebabkan minat yang menggunung tinggi, melalui "youtube" sumber rujukanku yang utama disamping buku-buku dan bahan bacaan yang lain. Bersama suami tercinta kami bergandingan untuk merakamkan keindahan ciptaan Allah. 

Inilah dunia baruku... dunia melalui lensa kamera, antara hasil-hasil yang telah kami rakam ada dikumpulkan di sini... jemputlah jengah.

Antara hasil kami..

 

Akhir sekali, walau di mana jua aku berada, jasa guru-guruku yang mengajar aku seni bersastera dan semua guru-guru yang pernah mengajarku baik di sekolah rendah (tadika tak pergi..pergi sehari cabut balik rumah menangis..hehe), agama, menengah, mrsm, matrikulasi, universiti, maktab perguruan dan lain-lain (secara formal atau tak formal) ni tetap akan ku kenang, terima kasih atas ajaranmu, semoga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan buat guru-guru semua..aminnnn




1pc  x maxi dress 

Sponsored by  kedaikl.com

Sponsored by Creativity In Me

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah tatapanmu kini
Moga hadiah dalam dakapan.
ameeeennn


Tag:
Syieda
Nad
Intan Berlian
Zaikulim
Cik Rose

1 comment:

Gadis Chubby said...

complete. gud luck sis :)

My Blog List