AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 11 April 2012

Nak tudung Bawal Tone FREE tak??

Klik banner untuk sertainya.

Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Anie berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan

14 April 2012


Hadiah menarik menjadi buruan
Tudung Bawal Tone jadi taruhan
Moga Kak Nida beroleh kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh menawan.





Assalamualaikum pembuka kata
Salam perkenalan ikhlas bicara
Meramaikan kenalan dan juga saudara
Ku gubah entri buat Anie di sana..:)

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)


Sebab musabab mengapa Kak Nida ingin sangat memiliki dan memenangi hadiah Tudung Bawal Tone ini.....

Seorang guru itulah kerjayaku
Setiap fesyenku menjadi bualan anak muridku
Diriku perlulah bergaya selalu
Agar bersemangat anak murid nak masuk kelasku..:)


Tudung Bawal Tone fesyen terbaru
Menjadi kesukaan dan idaman kalbuku
Bila tudung ini dipakai di kepalaku
Rasa 'confident' dan buatku ceria selalu..:)



Begitu juga dengan suamiku
Pasti berkenan andai tudung ini menjadi milikku
"Nampak anggun" ayat yang bakal diucap padaku
Pemakaiannya juga mudah sudahlah tentu..:)


Lagipun ku punya tiga anak dara
Yang kini dah pandai melawa
Habis tudung bawalku menjadi mangsa 
Harap menanglah tudung yang menawan jiwa..:)




Bagi mereka yang mementingkan citarasa
Di  HS BARAKAH TRADING   ayuh semua
Gubahan hantaran, tudung dan manik pun jua
Semuanya bermutu buat pelanggan terpesona.

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Rambang mata hendak memilihkan.

Banyak lagi barang jualannya
Selain tudung, perkhidmatan gubahan pun ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata.



Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali contoh yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat tudung bawal aneka yang ada
Melihat gubahan yang indah dan kreatif jua
Sungguh menawan tidak terkata
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...


 
 
 
 
 

Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan di depan mata
Di HS BARAKAH TRADING tempat berbelanja!!!
Andai semua nak mencuci mata
Klik sahaja ruangan "like" FB miliknya
HS BARAKAH TRADING  pasti berlapang dada
Menerima pelanggan dengan hati terbuka.


Kusertakan juga info FBnya
Sebagai bacaan buat semua
Moga usaha ini membantu hendaknya
Mengembangkan perniagaan HS BARAKAH TRADING di sana.


Ku cipta madah ini khas buatmu...

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai

Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Moga ukhuwah dibina berpanjangan..:)
Tag:
Nisa' Azman
Syieda
Fazi



1 comment:

ashafanie said...

waaa.. sangat terharu dapat entry khas yang sangat sweettt..

Semoga K.Nida bertuah nanti yer..

Keputusan 14 April 2012 ni.. :-)

My Blog List