AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 19 April 2012

Salam Jumaat

DARI Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: “Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah tunjukkan kepada kita iaitu hari Jumaat. Maka Jumaat adalah untuk kita. Sabtu untuk kaum Yahudi dan Ahad untuk kaum Nasrani. (al-Bukhari)
Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama lain supaya umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah kiblat, kitab suci, hari raya dan hari kebesaran.
Islam menetapkan bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan Sabtu dan Kristian yang membesarkan Ahad.
Perbezaan ditetapkan Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap Muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk musuh Islam.
Kegagalan umat Islam mempromosikan Islam kepada bukan Islam mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut adat dan budaya orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya akidah.

No comments:

My Blog List