AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Saturday 14 April 2012

Share and Win Jubah Hoodie

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://cintatulip.blogspot.com bersempena dengan pre-launch QyaShop.com.

Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Naqiah berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.



Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Naqiah pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...



Jubah Hoodie Satin buatku tertawan
Moga-moga berjaya ku dapatkan
Cantik, indah andai dapat digayakan
Buatannya berkualiti sungguh mengujakan.



Sebab musabab mengapa Kak Nida ingin sangat memiliki dan memenangi hadiah  Jubah Hoodie Satin  ini.....
Seorang guru itulah kerjayaku
Setiap fesyenku menjadi bualan anak muridku
Diriku perlulah bergaya selalu
Agar bersemangat anak murid nak masuk kelasku..:)
 
Jubah Hoodie Satin  fesyen terbaru
Menjadi kesukaan dan idaman kalbuku
Pasti selesa andai dipakai olehku
Rasa 'confident' dan buatku ayu selalu..:)


Begitu juga dengan suamiku
Pasti berkenan andai jubah ini menjadi milikku
"Nampak anggun" ayat yang bakal diucap padaku
Pemakaiannya mudah dan selesa sudahlah tentu..:)



Inilah antara sebab dan alasan
Mengapa jubah ini jadi idaman
Tuntutan kerja, keluarga jadi rangkuman
Selesa, cantik dan juga menawan.




 QyaShop.com nama blogshopnya
Pelbagai barangan menjadi jualannya
Teruslah berusaha mencapai cecita
Moga menjadi usahawan berjaya.

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari.


Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di QyaShop.com ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka.

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Rambang mata hendak memilihkan.

Banyak lagi barang jualannya
Selain tudung pelbagai lagi yang ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)
Kalau semua nak mencuci mata
Ku sertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai barangan cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Namun banyak lagi pilihan yang ada
Ini sekadar contoh sahaja
Kalau tak percaya ke QyaShop.com segera
Kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya.


Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan pilihlah sahaja
Di QyaShop.com tempat berbelanja!!!

Andai semua nak mencuci mata
Klik sahaja ruangan "like" FB miliknya
QyaShop.com pasti berlapang dada
Menerima pelanggan dengan hati terbuka.


Ku sertakan juga info tentangnya
Buat bacaan untuk semua
Moga-moga membantu hendaknya
Mengembangkan sayap perniagaannya.


Ku sertakan sekali bagaimana cara
Untuk membuat tempahan dan pembelian
"Terma & Syarat" daku sertakan
Buat semua untuk ambil tindakan.


Bagi mereka yang ingin bertanya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai cara untuk hubunginya
Melalui emel atau terus sms padanya.


 Bila sudah  cari yang berkenan
Pertanyaan juga sudah diusulkan
Langkah seterusnya membuat tempahan
Isi sahaja borang yang diberikan.


Tips dan tutorial juga ada diselitkan
Bagi kecantikan dan juga kesihatan
Maklumat berguna sebagai panduan
Buat mereka yang pentingkan penampilan.


Bukan setakat busana yang ada
Perkhidmatan lain terdapat juga
"Design" dan "Beauty Product" juga tersedia
Harga berpatutan buat semua teruja.




Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai


Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)
Tag:
Syieda

Ummi Iman

Noen

Abazilah

Cik Rose Cute


3 comments:

naqiah said...

okay... thanks lagi skali for joining.. nanti tngok keputusan contest pada 6/5/2012 okay :) jasa korang join sangat2 lah di hargai

panjangnye entry akak.. fening

feeza macho said...

terbaikk

miss ct said...

Assalamualaikum...
tahniah cikgu... entry terbaik ^^

My Blog List