AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 9 May 2012

1st GA:MairaDiana Nak Kasi Brooch

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan pertandingan anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap MairaDiana berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.
craftmairadiana.blogspot.com
1st GA:MairaDiana Nak Kasi Brooch
9 Jun 2012

Pelbagai barangan menjadi jualan
Pilih sahaja yang mana berkenan
Macam-macam ada sila-silakan..:)

Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Sunggul comel, kemas tidak terkira
Sungguh sedap membuka selera
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...
Andai anda sudah tergoda
Apalagi ayuh hubunginya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai pilihan pelbagai cara
Email sahaja pada tuannya
Insya Allah MairaDiana berlapang dada
Melayan pelanggan dengan hati terbuka
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya
Bisnes maju rakan pun bertambah adanya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera..
Di FB juga boleh hubunginya
Sambil melihat barangan yang ada
Zaman sekarang senang sahaja
Like sahaja "page" yang tersedia..:)
Ku sertakan info tentangnya
Serba sedikit latarbelakang perniagaannya
Buat bacaan untuk semua
Sekadar maklumat buat pembaca.
"Terma dan Syarat" turut ku sertakan
Buat semua untuk ambil tindakan 
Agar mudah segala urusan
Jual dan beli lebih menyenangkan.
Daku selitkan senarai harga
Buat pelanggan sebagai semakan
Kemas dan kreatif hasil tangannya
Harga berpatutan sungguh mengujakan



Sajak buatmu...
Adat berniaga punya hati yang kuat
Semangat yang cekal
Jiwa yang tabah
Dan niat yang ikhlas...

Jatuh bangkit menjadi asam garam perniagaan
Andai rebah melanda dirimu
jangan terus mengelabah
bangkit semula mencari arah
setiap keringat perlu diperah
setiap idea teruskan dikerah
jangan biarkan ianya terus berdarah
kelak menjadi luka dan nanah
yang akan membantutkan dirimu untuk terus melangkah..

Kiranya kini engkau dipuncak
jangan leka asyik berancak
teruskan berjuang mencari untung
berjimat cermat perlu dihitung
buat bekalan di hari hujung
semoga namamu tetap dijunjung.

Dari kami saudara mayamu
Pasti doa dititip tak jemu
Agar dirimu jaya selalu
Dari menapak ke angka satu
Hingga cecita pasti kau temu
Blogshopmu pasti meriah bertamu
Insya Allah kejayaan kan jadi milikmu...aminnnn

Sekian sahaja entriku ini
Andai ada tersalah bicara
Maaf ku pinta seikhlas hati
Ikatan ukhuwah bertaut mesra.. :)
TAG:
Fieda
Ina
Nur
Sha
Intan Berlian



3 comments:

MairaDiana said...

terima kasih kak, dan kalau akak tidak keberatan boleh saya copy paste sajak untuk saya tu.. nanti MD creditkan pada akak semula :)

Nida said...

Silakan Maira.... terima kasih kerana menghargai sajak Kak Nida :)

BANAFEVER said...

dari segmen sama :)
wah siap bersajak, markah lebih ni. heheheh

My Blog List