AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 14 May 2012

BABY LILI DESIGN 2ND GIVEAWAY

Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Moga diriku beroleh kemenangan
Dapat hadiah yang menjadi idaman..:)
Assalamualaikum pembuka kata
Buat Hamizah yang manis wajahnya
Salam perkenalan ikhlas dari Kak Nida
Meramaikan kenalan dan juga saudara..:)

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)

Baby-Lili-Design nama blognya
Hamizah tuan empunya
Insan kreatif ciptaanNya
Bahagia bersama keluarga tercintanya..:)
PhotobucketPhotobucket


..U WILL WIN...
...U WILL WIN...
(1 WINNER FOR EACH CATEGORY)
1) 1 pcs plain bawal (random color)
2) 2 pcs inner bawal (random color)
3) 5 pcs M&M medium buttons
4) 5 pcs M&M small buttons
5) 4 pcs of fancy shape buttons
6) 10 pcs 4 hole buttons
7) 6 pcs novelty buttons (random color and shape)
8) 2 meter ribbons
9) 5 pcs round pins
10) 6 pcs acyclic felt (random color)


SO...that's it! BEST of LUCK all!

Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Ayuh semua bertindak segera
Sementara masih ada lagi masa..:)


Alkisahnya aku ada menghantar anak sulungku (Nur Hamizah) dan anak keduaku (Nur Hazirah) ke kelas jahitan kraf. Mereka memang berbakat dalam seni kraf ini, tapi malangnya ketidakcukupan bahan membataskan hasil seni mereka. Moga-moga usahaku ini berjaya, dan pasti kami akan gembira andai berjaya memperolehi hadiah yang ditawarkan.. ameeeeeennnnn.

Lihatlah contoh hasil tangan dari aku dan anak-anakku ini.... (baru belajar dan mencuba.. masih banyak kelemahan :))

Rambang mata apabila melihatkan
Pelbagai warna dan bentuk menjadi jualan
Semuanya cantik buat pelanggan tertawan
Kemas buatannya indah ciptaan
Sungguh kreatif empunya gerangan
Wanita gigih sebagai teladan
Bahan asas mentah juga pelbagai pilihan
Buat penggemar hasil kraftangan
Kualiti barangan buat pelanggan teruja
Harganya pasti menawan semua
Kalau tak percaya ayuhlah ke sana
Ku yakin pasti pelanggan tergoda
Melihat barangan yang menjadi jualannya
Boleh juga dibuat cenderamata
Dan juga kegunaan sendiri tentunya
Pasti penerima riang gembira
Dapat hadiah yang terpaut di mata
Di FB juga boleh hubunginya
Sambil melihat barangan yang ada
Zaman sekarang senang sahaja
Like sahaja "page" yang tersedia..:)
Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Pilih sahaja yang mana suka
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka
Ini pujian ikhlas di dada
Buat dirimu yang kreatif orangnya
Kagum diriku melihat bakatnya
Anugerah Ilahi yang tiada ternilai harganya
Tahniah buat Hamizah di sana
Atas usaha dan penat lelah tentunya..
Andai anda sudah tergoda
Apalagi ayuh hubunginya
Insya Allah Hamizah berlapang dada
Melayan pelanggan dengan hati terbuka
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya
Bisnes maju rakan pun bertambah adanya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera.
Kusertakan juga bagaimana cara
Untuk pelanggan membuat tempahan
Mudah-mudahan membantu hendaknya
Dalam melariskan produk jualan.
Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali contoh yang ada
Tapi banyak lagi pilihan di mata
Ini cuma sebahagian sahaja
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Sunggul comel, kemas tidak terkira
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...




Sudahkan kini anda tertawan
Melihat contoh pelbagai barangan
Ayuh ke sana sila-silakan
Sambil berbelanja boleh juga berkenalan

Terdapat juga blog peribadinya
Pelbagai kisah menjadi catatannya
Bersama keluarga dan teman tentunya
♥ Never End|ng Stor|es ♥
 

Kak Nida cipta madah ini khas buat Hamizah....
Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai
Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)
Fieda
Azatiesayang
Cik Rose Cute
Ina

No comments:

My Blog List