AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday, 3 May 2012

CONTEST : I LOVE MY FRIENDS

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Tema "sahabat" menjadi pilihan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Aqma berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.
PERATURAN

  • Follow blog Aqma
  • Letakkan banner di atas, dan link kn kepada contest ni
  • Buat satu entry yg bertajuk  CONTEST : I LOVE MY FRIENDS bersama gambar korang dengan kawan korang ( tak kesah la kawan korang sorang ataupun ramai)
  • Sertakan ‘KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?
  • Lastly, Letakkan link blog korang dekat kotak comment Aqma
  • Tag kan kepada sorg rakan blogger anda. (make sure dia tahu)
http://aqmadawilyz.blogspot.com
CONTEST : I LOVE MY FRIENDS 
10 Mei 2012



PUISI BUAT SAHABAT
(sajak ini ditulis olehku sendiri)
Sahabat
ku coret madah yang bernama puisi
menzahir apa yang tersirat
berbicara apa yang terpendam
dalam lubuk hati yang dalam
penuh makna yang bersulam.

Sahabat
Syukur kita pada Ilahi
atas anugerah persahabatan ini
yang menceriakan duniaku
mewarnai hidup
dengan seribu harapan.

Sahabat
doa kupanjat padaNya
agar jalan-jalan yang akan kita lalui
tiada hujung bernesan
tiada noktah penamat
tiada tembok pemisah.

Namun
andai ombak besar
menghempas bahtera pelayaran kita
dan tersadai kita terpisah jua
kan kucari bayangmu di mana
kan kudakap tulusnya persahabatan ini.

Sahabat
andai tiada kemesraan bersama
andai tersinggung terguris hati
dalam meniti ukhuwah terpateri
tunduk aku sesal sejuta di sini
dalam kerendahan hati
dalam kesal tak bertepi
maaf kupinta seikhlas hati
terimalah diriku menagih simpati
moga damai menjengah kembali.
Inilah sahabat yang sama kerjaya denganku.. merekalah sahabat sejati yang satu kepala denganku, dari kiri Miza, Azi, aku (Nida), Norzie, Atie dan satu-satunya teruna yang di depan iaitu Kamarul.
Gambar yang dirakam ketika majlis jamuan akhir tahun di sekolahku. Ketika ini kami sepakat mengenakan baju yang sama tema warnanya. Kami sekepala, kami saling memahami, kami kawan sejati dan kami sentiasa berkongsi suka dan duka.
Kenangan paling lucu ketika ini apabila salah seorang rakan kami membeli bulu ayam (yang tersangkut di leher tu), sebabnya nak menunjukkan yang kami ini adalah satu kumpulan... best friend forever. Kawan baik kami yang lelaki ketika itu ketawa berdekah-dekah kerana beliau pun dapat juga, tapi ketika nak bergambar beliau sempat berkata "Taknaklah pakai bulu tu sebab nanti orang kata aku auwwww"...hahahaha

KENAPA KORANG SUKA BERKAWAN DENGAN DIORANG ?

Kawan baik sentiasa disisi
Tak kira dimana dan juga situasi
Mengisi kekosongan hari yang dilalui
Memori bersama manis sekali.
Kami semua punya kerjaya yang sama
Umur juga tak jauh beza
Satu kepala berkongsi suka duka
Inilah duniaku bersama mereka.
Mereka kawan yang paling memahami
Andai ada masalah sama merasai
Tolong menolong antara kami
Ukhuwah terbina harum mewangi.
Kemana pergi sentiasa bersama
Ke kantin, ke kursus ke mana jua
Merekalah sahabat sejati selamanya
Ku sayang mereka setulus jiwa..

Sekian sahaja entriku ini
Puisi buat sahahat turut ku iringi
Ku coret khas setulus hati
Moga ukhuwah dirahmati Ilahi.


TAG:
Azatiesayang


3 comments:

❤ aQma_maNaF ❤ said...

thnx join :)

❤ aQma_maNaF ❤ said...
This comment has been removed by the author.
❤ aQma_maNaF ❤ said...

Congratz sebab anda dipih sebagai pemenang tempat ketiga ! :)

saya suka puisi awak.. sangat bermakna . tempat ketiga akan mendapat topup RM5.

BOLEH SAYE TAHU AWAK NAK TOPUP MXIS OR CELCOM OR DIGI ?
DAN FB AWAK ?UNTUK MEMUDAHKAN SAYA.
SILA COMMENT DI BLOG SAYE :)

My Blog List