AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 28 May 2012

Contest : Saya Sayang Awak

Klik banner untuk sertai.

CINTA

Quote 
Cinta ibarat alunan muzik
terhasil bersamanya alunan indah yang mengasyikkan
pelbagai nada bertaut menjadi satu irama
keharmonian sungguh mendamaikan.
Selingan

Tatkala aku mencari ilham membina "quote" di atas,  tergambar olehku tentang pengorbanan dan ketabahannya yang membuatkan aku tewas dalam cintanya. Suamiku terlalu banyak berkorban.. dan kejujurannya juga membuatkan aku menerima dirinya seadanya.

Moga alunan muzik yang terhasil dalam membina rukun rumahtangga sentiasa harmoni selamanya...ameeeeeennnn.

Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)




TAG:
Fieda

Intan Berlian
Syieda

Nama: Hasnidar Muhammadon
Ungkapan Cinta Ini Adalah Direka Oleh Kak Nida Sendiri.

1 comment:

Unknown said...

Hee.. Nice quotes kakak. :D Maya follow akak. Anyway, terima kasih sudi join contest Maya ;)

My Blog List