AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 14 May 2012

Contest " Selamat Hari Guru"




5% discount at D'Closset x 5 winners
Inginkan hadiah menarik seperti di atas.. kalau anda mahu jom sertai kontes yang dianjurkan oleh http://nurjamal83.blogspot.com. Klik sini untuk lihat peraturannya.


Inilah gambar yang meninggalkan seribu nostalgia buat diriku.. suka dan duka di alam persekolahan bersama cikgu tersayang..


(Aku duduk dua dari kanan [sebelah Cikgu Hikmah], selaku penolong kelas ketika itu)

Puan Hikmah nama diberi
Cikgu kesayangan kami semua
Di MRSM Jasin kenangan terpateri
Tahun 1994 bergambar bersama.

Bersama rakan sekelas menjadi memori
Bergambar bersama riang sekali
Di tingkatan 4 sejarah diabadi
Tetap segar menjadi lestari.

Terdapat banyak sebab mengapa Cikgu Hikmah (guru Bahasa Melayu) disayangi ramai. Ada tanggapan menyatakan bahawa bukannya mudah untuk menanam perasaan cinta dan minat terhadap matapelajaran Bahasa Melayu dalam jiwa pelajar-pelajar yang beraliran Sains Tulen. Kebiasaannya pelajar-pelajar ini lebih cenderung untuk minat belajar matapelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik. Namun Cikgu Hikmah telah membuktikan bahawa andaian ini salah.

Sifat keibuan yang tinggi yang dipamerkan olehnya menyebabkan aku dan rakan-rakan sekelasku terlalu menyayangi dan menghormati dirinya. Beliau yang kami panggil Mama merupakan seorang insan yang terlalu luhur budinya. Kami diibaratkan seperti anak kandungnya sendiri. Malah aku sangat bertuah kerana mempunyai cikgu homeroom yang sangat baik hati . Beliau terlalu mengambil berat tentang pelajaran dan keadaan kami di sini, malah tidak keterlaluan andai aku mengatakan bahawa Cikgu Hikmah umpama pengganti ibu kandung kami semasa kami di sekolah dan di asrama.

Aku masih ingat pada satu kejadian semasa aku di tingkatan empat pada tahun 1994. Walaupun ianya telah lama berlalu namun peristiwa ini masih segar dalam ingatanku. Ketika itu cuti semester pertama akan bermula, dan pada masa itu juga buat kali pertama aku akan pulang ke kampung sendirian tanpa dijemput oleh keluargaku. Dalam sejarah hidupku ketika itu, aku tidak pernah membeli tiket bas ekpress apatah lagi menaikinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Kerana terlalu takut maka aku telah berjumpa dengan Cikgu Hikmah dan yang paling lucu aku telah menangis di depannya. Aku menyatakan padanya bahawa aku tidak tahu bagaimana untuk membeli tiket bas ekspress dan bagaimamana untuk berurusan di kaunter tiket. Walaupun kisah ini seolah-olah remeh, namun sikap aku yang seperti katak di bawah tempurung dan hanya bergantung kepada kedua ibu bapaku menyebabkan aku terlalu takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Alhamdulillah, Cikgu Hikmah memahami perasaan aku ketika itu, kemudian diusapnya belakang badanku dengan lembut dan seterusnya memberi tunjuk ajar kepadaku. Sejak dari hari itu aku telah pandai ke kaunter tiket bas ekspress sendirian dan aku tidak takut lagi. Terima kasih cikgu kerana memberikan tunjuk ajar, semangat dan kekuatan ketika ketakutan menyelubungi hidupku.

Sebenarnya banyak lagi kenangan-kenangan indah antara aku dan Cikgu Hikmah. Salah satu darinya ialah ketika aku di tingkatan lima pada tahun 1995. Ketika itu aku telah jatuh sakit dan aku dibawa ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki ambulans. Doktor yang merawat aku mengesahkan bahawa aku telah mengidap penyakit appendiks pada peringkat yang serius. Lebih malang lagi aku terpaksa dibedah seawal subuh keesokan harinya. Selepas beberapa jam aku telah selamat dibedah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara memberi salam dan ianya adalah daripada Cikgu Hikmah!. Gembiranya aku ketika itu kerana Cikgu Hikmah sudi melawat dan membawa buah tangan buatku ketika itu. Jasamu cikgu terlalu besar, sudah terlalu banyak kau berkorban demi anak bangsamu. Kerana dirimu jualah menyebabkan aku telah jatuh cita dalam dunia puisi. Cara kau mengajar telah menarik minatku untuk mendalami bidang bahasa, kau tidak pernah memegang rotan apatah lagi menghukum pelajar-pelajarmu, namun disebabkan sifatmu yang terlalu menghargai anak muridmu menyebabkan dengan secara sendirinya kami menghormatimu wahai guruku. Tutur katamu penuh kelembutan, dan sikapmu yang terlalu berbudi bahasa menyebabkan kau menjadi idola buat kami semua. Kesabaran dirimu dalam mendidik dan mengajar aku akan aku kenang sehingga ke nafas terakhirku... Terima kasih cikgu..

Hayatilah sajak yang tertinta olehku buat guru yang tersayang..


Cekal hatimu terus melangkah
dalam kepayahan menuju puncak
walau dibentang hamparan berduri
kau tetap tabah harungi segala
walau banyak mana airmata yang tumpah
kau tetap bangkit berjuang rela
kagum kami pada semangatmu
tidak goyah dek ujian mendatang
tidak luntur dek masalah menimpa
teguh berdiri atas nama cecita
kaulah bunga bangsa
pejuang untuk kami teladani..
Guru yang sanggup berkorban rasa
Guru yang sanggup menelan derita
Guru ibarat pencetus idea
Umpama dian membakar diri
demi menerangi dunia yang kegelapan
menyuluh arah berlandas iman...
Terima kasih guruku..



Sekian sahaja entriku ini
Bersama guru gambar diiringi
Moga-moga ada rezeki 
Dapat hadiah menawan hati.



TAG:
Syieda
Nisa
Joel.


1 comment:

Unknown said...

wahhh
good luck

My Blog List