AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 6 May 2012

Happy 15th Birthday Zeeqa

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://koala-zeeqa.blogspot.com


PERATURAN


Follow Blog ini >> http://koala-zeeqa.blogspot.com 
Like page ini >> Syahirah Haziqah
Postkan satu Entry yang bertajuk :
"Happy 15th Birthday Zeeqa" dan dalam entry ini anda dikehendaki membuat satu ucapan untuk zeeqa , tak payah panjang-ll , pendek jea :) 
Letakkan banner di atas dalam entry korang dan linkkan penyertaan korang ke entry ini . Sila bagi link yang penuh oke :)
Pemilihan Pemenang akan diundi melalui cabutan . 
Sila Follow / Like / Add sponsor di sini . *wajib
Penambahan syarat : vote sini



Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan.


Kak Nida nukilkan puisi khas buatmu.... terimalah madahku yang terzahir atas apa yang dirasa dibenak hati sempena ulang tahun kelahiranmu........

(¯`•´¯)...............。☆。*。☆。
`•.,(¯`•´¯)..........★。\|/。★
(¯`•´¯).•´♥♥ Selamat Hari Lahir ! ♥♥
..` •.•´(¯`•´¯).....★。/|\。★
☺☺☺Selamat Ulang Tahun Kelahiran Diucapkan☺☺☺
Syahirah Haziqah


♥♥♥PANTUN DARIKU♥♥♥

Bismillah kata Kak Nida mulai
Selamat Hari Lahir Kak Nida ucapkan
Dipanjangkan umur oleh Ilahi
Dalam beribadat kepada Tuhan..:)

Andai dugaan datang menerpa
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Moga tercapai segala cecita
Terus melangkah janganlah jemu..:)

Doa Kak Nida agar dirimu berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Moga harimu sentiasa ceria
Berjaya dalam apa jua lapangan..:)

♥♥♥SAJAK DARIKU♥♥♥

Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.

Selamat ulangtahun ikhlas dariku,
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah,
moga kebahagiaan menjadi milikmu,
lestari berzaman kekal abadi..

♥♥♥SYAIR DARIKU♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Zeeqa moga ceria selalu

Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Kudoakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

Dakilah kepuncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha

Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Bayangan silam dikenang usah
Andai ianya mengundang gundah

♥♥♥LAGU BUATMU♥♥♥


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

(Artis: Saujana)

♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You ♪♫•*¨*•.¸¸☼ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday Dear Zeeqa ♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪ Happy Birthday to You!♪♫•*¨*•.¸¸☺ ¸¸.•*¨*•♫♪


 Akhir sekali ucapan dari Kak Nida selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Zeeqa, semoga berjaya hidup di dunia dan di akhirat, diberkati dan dipermudahkan segala urusanmu olehNYA serta senantiasa dalam lindungan Ilahi..ameeeeennn, Insya Allah.

p/s:Segala madah yang ternukil ini adalah dari ilham dan cetusan idea Kak Nida.. moga sudi membacanya ☺

1 comment:

zeeQa said...

special things that i have ,hihi . thx kak nida . akak menang GA http://koala-zeeqa.blogspot.com/2012/05/pemenang-giveaway-happy-15th-birthday.html
tuntut sebelum 15/5 tau

My Blog List