AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 9 May 2012

My 22nd Birthday Giveaway


Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://solehahshamsuddin.blogspot.com.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Solehah berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.
Ku tinta madah yang bernama puisi ikhlas dariku  sempena ulang tahun kelahiranmu, sudi-sudikanlah.........
Doa Kak Nida agar dirimu berbahagia
Bersama tersayang dan juga teman
Moga bahagia ke hujung nyawa
Dipermudah olehNYA segala urusan.


(¯`•´¯)...............。☆。*。☆。
`•.,(¯`•´¯)..........★。\|/。★
(¯`•´¯).•´♥♥ Selamat Hari Lahir ! ♥♥
..` •.•´(¯`•´¯).....★。/|\。★
☺☺☺Selamat Ulang Tahun Kelahiran Diucapkan☺☺☺

Terimalah juga kad ini khas dari Kak Nida..
Daripada Ibnu Abas sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 
" Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah selepas
perkara fardu (wajib) ialah membawa kegembiraan
kepada seseorang Muslim." Hadis riwayat at-Thabroni.

Berdasarkan hadis di atas, jelas sekali Islam menyuruh umatnya 
supaya mendatangkan kegembiraan kepada orang lain termasuk 
sambutan hari lahir...



Kak Nida nukilkan sajak khas buatmu.... terimalah madahku yang terzahir atas apa yang dirasa dibenak hati sempena ulang tahun kelahiranmu........

Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.

Selamat ulangtahun ikhlas dariku,
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah,
moga kebahagiaan menjadi milikmu,
lestari berzaman kekal abadi..

(sajak di atas dikarang dan ditulis sendiri oleh Kak Nida..)



Bersajak sudah kini giliran Kak Nida mengarang syair buat mu..
Photo of Pink Dolls
Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Solehah yang ceria selalu


Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Kudoakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat

Dakilah kepuncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha

Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Bayangan silam dikenang usah
Andai ianya mengundang gundah
Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini kukarangkan pantun pula buatmu....




Pada Ilahi doa dipanjat
Dari keluarga restu dipinta
Moga berkat dunia akhirat
Tabah dan sabar hadapi segala.


Usiamu masih muda belia
Jangan mengalah menggapai impian
Insya Allah Tuhan di sisiMU sentiasa
Kuatkan semangat hadapi cabaran.


Teruskan mencoret di dalam blogmu
Berkongsi cerita dan juga pendapat
Agar pembaca sentiasa bertamu
Menjalin persahabatan ukhuwah terikat.

Lagu Selamat Hari Lahir ini Kak Nida tujukan Khas buatmu, dengarkan ye Solehah:

Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Sekian sahaja entriku ini

Moga-moga ada rezeki

Dapat hadiah menawan hati

Harap impian menjadi realiti...


ameeeennnn

Tag:
Intan Berlian
Fieda
Syieda



4 comments:

Solehah Shamsuddin said...

hehe.akak,trima ksih join GA Solehah.Alahai Solehah dah malu2 kucing ni,byk btl pic Solehah dlm ni.xtau nak ckp cmne,Solehah truja sgt2.hehe anyways goodluck akak.smoga berjaya

Solehah Shamsuddin said...

Akak,sila check keputusan GA ye. :)

Solehah Shamsuddin said...

Akak,sila check keputusan GA ye. :)

IntaNBerliaN said...

tahniah kak nida...

http://solehahshamsuddin.blogspot.com/search?updated-max=2012-08-01T23:59:00%2B08:00&max-results=1

My Blog List