AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 6 June 2012

1st Contest by Cik13Februari




Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)

Saya suka blog Cik13Februari kerana

Simple, kemas, mudah loading pun jua
Penulisannya santai dan mesra pembaca
Pelbagai genre turut dimuatkannya
Info, diari kehidupan dan cerita lucu dikongsi sama.

SOALAN
Soalan minggu ke 3. (untuk peserta dari tarikh 18.03.2012)

1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? 
3. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? 
4. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
5. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? 
6. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
7. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup? 
8. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
9. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?          
10. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
11. Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
12. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
13. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

JAWAPAN

1. Penguin
2. Semua stokin menjadi basah
3. Telur
4. Kuih Donut
5. Buah Keranji dalam perahu
Buah Pisang Emas dibawa belayar
Buah Cempedak di luar pagar
6. Jatuh pokok kelapa: Naik pokok dulu kemudian baru jatuh
Jatuh perigi: Jatuh dulu kemudian baru naik
7. Kalau mata doktor yang ditutup, pasti beliau tidak dapat melihat untuk membedah pesakitnya.
8. Ayam jadi banyak jumlahnya.
9. Ini kerana Guru Sejarah memikirkan kisah sejarah serta masa lampau dan profesor memikirkan masa depan.
10. Nampak pembohong, sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
11. Gasing yang ada tali (sebab ada gasing yang tiada tali sekarang ni)
12. Buang tebiat
13. Bahrain


TAG:
Azatiesayang
Fiq'Ra
Joel
Nur Za


No comments:

My Blog List