AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 4 June 2012

1st SPECIAL GIVEAWAY CONTEST by Qaleshya Umairah

Klik banner untuk sertai.

Qaleshya Umairah empunya gerangan
Dunia Hati Ku blog kesayangan
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan.

HADIAH
SENARAI HADIAH :

* Pemenang Utama : Top Up bernilai RM 100 
* Tempat Kedua : Top Up bernilai RM 50
* Tempat Ketiga : Top Up bernilai RM 30

: : Pemenang Utama hingga ketiga juga akan di senaraikan dalam My Bloglist

* Lima Peserta Sagu Hati akan menerima Top Up bernilai RM 10 setiap seorang.


Madah ku susun dari lubuk hati
Airmata bergenang tatkala pena menari
Kisah percintaan diingatan lestari
Anif dan Nida kekasih sejati.

Secebis kisah menarik diawal percintaan kami, tentang pengorbanan dan ketabahannya yang membuatkan aku mengenali hati budi si dia...SUAMI ku




Apabila ku lihat gambar di atas... pasti ingatan kisah percintaan kami akan tersingkap semula. Gambar yang diambil ketika suria mula menutup tabirnya, malam kian menjengah, dan diketika itu juga kau bisikkan padaku "Terima kasih kerana masih sudi setia menjadi isteri abang". Ya Allah... sesungguhnya akulah yang sepatutnya mengungkapkan kata-kata itu lantaran pelbagai dugaan telah kau tempuh demi mencari cintamu. Gambar ini diabadikan demi kenangan pada suatu masa nanti, agar anak-anak dan generasi kita akan tahu bahawa betapa dalamnya perasaan cinta kita ini.. mudah-mudahan perkahwinan yang dibina ini akan kekal dan dirahmati olehNYA... ameeeeeennnn.

Di ruang ini juga ku coretkan kisah percintaan antara kita.. menyoroti laluan kehidupan suatu masa dahulu... hayatilah....

Jun 1997pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi UKM.  Selaku pelajar baru, aku dan rakan-rakan diwajibkan mengikuti minggu orentasi selama seminggu.  Sepanjang waktu itu, aku cukup terseksa, terseksa dengan pelbagai tugasan yang diberikan dan dalam masa yang sama kami tidak dibenarkan berhubung dengan keluarga.  Pada ketika itu, handphone hanya dimiliki mereka yang kaya.  Keseksaan ku ditambah lagi dengan ragging berterusan dari senior-senior yang menjadi fasilitator.

Deraan mereka membuat aku tidak suka pada senior-senior yang ada, termasuklah dia... SUAMI ku kini.  Kerana dia juga adalah salah seorang yang membuli kami selaku freshies ketika itu.   


Namun entah bagaimana sewaktu sesi meminta tandatangan daripada fasilitator termasuk dia, aku dapat rasakan sesuatu tarikan antara aku dan dia, seolah-olah kami telah lama kenal. Apabila kami mula berbicara, tidak ku sangka, rupanya kami dari kampung yang sama (ibuku berasal dari kampung yang sama dengannya) dan kebetulan abang sulungnya adalah guruku semasa aku bersekolah menengah dulu.  Bermula dari situ kami sering bertanya khabar, dan perhubungan kami semakin rapat hingga membibitkan rasa cinta dan hari-hari yang ku lalui terasa begitu indah sekali. Kemana-mana kami sering bersama, ibarat belangkas lagaknya.

Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari.  Di suatu malam aku telah dikhabarkan olehnya bahawa pembelajarannya di universiti akan tamat lagi dua bulan. Aku memang tidak menyangka berita itu kerana sepatutnya dia ada lagi dua semester termasuk semester tersebut.  Baru ku tahu, atas kecemerlangan akademiknya, beliau dapat menamatkan pengajian satu semester lebih awal dari rakan sekuliahnya yang lain.  Hatiku sedih... dikala cinta kami semakin mekar, kini dia terpaksa meninggalkanku. Aku hanya berdoa moga Allah berikan ketabahan kepadaku dan hubungan kami terus berkekalan. 

Dua bulan kemudian, kami mula berjauhan.  Aku meneruskan pengajian dan beliau telah mula bertugas di salah satu bank terkemuka di selatan tanah air.  Ketika itu, lagu kegemaran kami sering menjadi peneman setiaku. Setiap kali lagu ini berkumandang di corong radio, wajahmu pasti menjelma di depanku. 


Semester baru kini bermula, dan ku mula rasakan hidupku kosong. Aku rindu saat aku dan dia ke perpustakaan bersama-sama, makan di kafe bersama-sama, segala-galanya aku rindu.  Pada tahun pengajian tersebut, aku memegang amanah sebagai salah seorang exco di kolej kediaman ku.  Ketika itu, aku telah berkenalan dengan seorang junior.  Dia mengisi kekosongan hidupku.  Ingatanku pada dia semakin lama semakin menghilang. Kalau sebelumnya hampir setiap hari aku menelefonnya, kini sebulan sekali pun payah untuk ku menghubunginya.  Pernah satu ketika, dia datang melawat ku di universiti, namun selepas sejam bertemu, aku meminta dia pulang dengan alasan aku sibuk dengan tugasan.  Sedangkan itu hanya alasan semata-mata, lantaran hatiku telah terisi dengan insan lain.

Akhirnya aku meminta agar perhubungan kami diputuskan kerana aku sudah ada pengganti. Namun, setiap minggu aku mendapat surat daripada dia agar aku kembali padanya, malah setiap bulan juga dia memberikan wang RM50 agar aku menelefonnya. Hakikatnya, ketika itu semuanya tidak mencairkan aku, egoku semakin menebal.  Walau pada realitinya  ketika itu, hatiku sering disakiti oleh kekasih baruku.  

Sudah kerap ku mendengar dia menangis pabila aku menelefonnya, malah beliau juga telah menelefon keluargaku tanpa pengetahuanku menyatakan bahawa beliau benar-benar ikhlas berkawan denganku. Bukan sahaja ibubapaku yang tahu mengenai perhubungan yang retak ini, malah ada juga sepupu-sepupuku yang menulis surat kepadaku agar aku kembali kepadanya. Bayangkanlah ibuku pernah menangis di depanku apabila memberitahuku dia ada membaca surat rayuan darinya kepadaku.  Aku masih ingat lagi kata-kata arwah ayahku kepadaku "Along!!!! Abah lebih makan garam dulu dan abah tahu dialah yang terbaik untuk Along" ayat itu masih terngiang-ngiang di telingaku sehingga sekarang. 

Tapi hatiku masih keras, aku memarahinya kerana menghebahkan kisah kami kepada saudara-saudaraku. Aku amat membencinya. Aku tahu dia terseksa, hatinya luluh dan semangatnya hilang. 

Dikala dia hampir mengalah, dia telah berjumpa dengan salah seorang ustaz dan meminta pandangan serta bimbingan kekuatan rohani dari ustaz tersebut.  Dia merakam perbualanya dengan ustaz tersebut dan membuat satu salinan kepada ku.  Pesananya ringkas..."jika sudi dengarkanlah, jika tidak buanglah sahaja..."


Seminggu lamanya kaset tersebut ku simpan. Sehinggalah hatiku terbuka untuk mendengar kandungannya.... dan aku terus menangis.  Jelas ku dengar sedunya ketika berbicara dengan ustaz berkenaan di dalam kaset tersebut. Ya Allah, mengapa sampai begini jadinya. Dia terlalu menyintaiku. Walau ku hamburkan kata nista padanya, tapi tidak secalit dendam yang terpalit di hatinya. Walau ku bentangkan hamparan yang berduri dia tetap melaluinya demi menuju ke arahku..Ya Allah apa yang telah ku lakukan padanya.

Sejak itu, tiada lagi berita darinya, dia menghilang dengan hati yang lara.

Aku cuba membenci dirinya... namun hakikatnya hati ini tetap menyintainya
Kini saat cuti semester bermula, disaat itu Allah telah tunjukkan jalan kepadaku. Ketika ku ingin bertolak pulang ke kampung, tiada siapa yang mahu menghantarku ke komuter. Sahabatku semua menjauhkan diri dariku.  Malah junior yang aku kasihi itu entah ke mana menghilangnya. Perjalananku diiringi airmata. Kenapa aku buta dalam mengenal intan dan permata. Hatiku begitu luka ketika itu...namun ku tahu, ianya tidak sedalam luka dihatinya. 

Aku terus menangis ketika di dalam bas menuju ke kampung halaman ku.  Sedih mengenangkan nasibku dan apa telah ku lakukan kepadanya.  Inilah balasan Allah buatku, menyakiti hati insan yang terlalu ikhlas menjadikan aku sebagai suri hatinya.

Minggu pertama cuti semester, aku telah dikejutkan dengan kehadirannya dipintu rumahku.  Rupa-rupanya, bapaku telah menghubungi dan memujuknya untuk datang ke rumah ku.  Tidak ku sangka, dikala musim tengkujuh ketika itu, dia sanggup menempuh dua jam perjalanan dari tempat kerjanya ke rumahku.  Selama dua jam itulah beliau sanggup menahan rintangan angin dan hujan kerana beliau hanya menunggang motosikal! Ketika itu, ku lihat ada bungkusan besar di bakul motornya.  Dia memberikan bungkusan itu kepadaku, oh Tuhan, dia memberikanku sehelai baju yang tertera tulisan "I Love You" dan seekor patung teddy bear. 

Teddy Bear yang berwarna coklat itu adalah patung pemberiannya kepadaku, sudah lebih 11 tahun usianya.  Kini ianya menjadi patung kesayangan Mizah, anak sulung kami.

Bajunya basah kerana menempuh hujan sepanjang perjalanan, mukanya menampakkan keletihan yang amat sangat kerana sejurus waktu kerja tamat beliau terus menuju ke rumahku.  Aku terduduk di sofa, tidak terkata...sesungguhnya dia tetap menyintaiku dari dulu, kini dan selamanya... Ternyata, kesungguhannya menawan hatiku kembali membuatkan aku tewas, egoku kini telah runtuh.

Ya Allah, aku tak mahu melihat dia menangis lagi, aku tidak mahu kehilangannya lagi. Tatkala karangan ini ku nukilkan, airmata turut menitis mengenangkan kisah percintaan kami, tentang keikhlasan dan kesungguhan dia. Terlalu puas dia menjerut rasa, terlalu puas dia merana kerana egoku.. maafkan aku sayang, kerana pernah melukakan hatimu.


21 Mei 2000, tarikh yang meninggalkan seribu makna buatku, tarikh yang mengikat jodoh kami, kini cinta kami bersatu. Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hambanya, syukur kerana aku telah dipertemukan dengan insan yang terbaik dalam hidupku, insan yang tidak kenal erti putus asa, insan yang terlalu banyak pengorbanannya dalam merebut cintaku, dan insan ini jugalah yang akan selalu berada dalam hatiku selagi hayat dikandung badan.


Kini aku bahagia di sampingnya. Kebahagiaan kami diserikan lagi dengan kehadiran tiga cahayamata yang menjadikan kehidupan kami lebih ceria. Amanah Allah yang akan kami jaga dan didik dengan penuh rasa tanggungawab. Sesungguhnya, dialah suamiku, tempat aku mencurahkan kasih sayang. Semoga Allah merahmati perjalanan kehidupan kami sekeluarga... sesungguhnya kenangan indah percintaan kami terlalu unik dan Insya Allah akan ku bajainya agar sentiasa subur mewangi..aminnn 


HARI INI, suamiku..ku tahu hati budimu...kau seorang pejuang yang hebat...ku tahu sejak aku mengenalimu.  Hari ini, aku tahu kau masih selalu menangis sendirian.  Bila kita berbicara tentangnya, kau sering merasakan kau tidak mampu memberi yang terbaik buat kami.  

Ketahuilah suamiku, kau telah berikan yang terbaik dengan kemampuan yang kau ada. Kau seorang suami yang penyayang, ayah yang sering menjadi kebanggaan buat anak-anakmu, pekerja yang dedikasi dan pelajar yang hebat. 

♥♥♥Terima kasih sayang....♥♥♥


Khas buat suami ku... dilewat dinihari ini, ku karangkan sajak ini buat mu... sudilah kau membacanya...

..♥♥ Coretan Dari Hati ♥♥..

Sebelum ku undur diri, ingin sekali ku luahkan apa yang tersirat dalam lubuk hatiku yang paling dalam.. bahawa dirimu suamiku terlalu istimewa dalam hidupku ini... you are my truly lover forever and ever, I love you so much. 


~ Moga Percintaan Ini Kekal Abadi ~

Sekian sahaja entriku persembahkan
Buat Qaleshya Umairah sebagai tatapan
Moga Kak Nida beroleh kemenangan
Gambar kusertakan madah ku nukilkan.


Nisa'
Syieda
Fieda


5 comments:

hana said...

sweet :') and tahniah !

krtcacarbaru@hotmail.com said...

Sweet la cerita Kak Nida ney...Sedih plak bila baca...Semoga akak dngn suami berbahagia hingga ke akhir hayat...

Tahniah kak, ada 3 puteri yang cantik sngt...

Fieza Sani said...

Menariknye kisah cinta nida n husband..ptt ler menang..hihi..congrats nida..

Leeya Lee said...

rasa sedih bc entri di atas..btw alhamdulillah berakhir dgn happy ending..moga hubungan anda dan suami kekal sampai ke syurga :)

Cik Syiera said...

semoga berbahagia yew akak..
mengalir air mata membaca cite akak..
sweet..:)

My Blog List