AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 6 June 2012

Berita Baik Buat Mereka Yang Berkenaan.. Sila Baca, Mana Tahu Anda Yang Bertuah..:)



Alhamdulillah, 21 Mei hari tu genap usia perkahwinanku yang ke-12 tahun. Syukur kerana dikurniakan keluarga bahagia. Moga Allah terus memberikan rahmat buat aku, suami dan anak-anak.. dan moga jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Jadi sempena anniversary aku.. maka aku nak bagi sedikit cenderahati buat mereka yang berkenaan. Kalau sebelum ni biasanya penganjur yang bagi peserta hadiah, kali ni terbalik pula..hehe.

Caranya begini... bagi penganjur yang pernah memberikan kemenangan sepanjang aku bergiat dalam kontes montes ni tak kiralah Giveaway ke, Lucky Draw ke, Segmen ke atau apa-apa jelah sepanjang dari tahun 2008-2012 sila bagi alamat anda ke email fuf323@gmail.com. Setakat ini bagi penganjur yang bagi 'saguhati' kepadaku tidak diambil kira, cuma utk mereka yg bagi aku menang (tak kira ler nombor berapa pun yg penting bukan saguhati) serta melalui cabutan bertuah atau random.org... namun sekiranya hanya sedikit alamat yang aku kumpul, Insya Allah aku akan buka kepada penganjur yang bagi aku menang 'saguhati' pula. 

Kalau boleh bagi tajuk kontes/ga/ dan lain-lain yang aku menang tu..Insya Allah souvenir dari New Zealand akan ku berikan....:).

Aku akan buka peluang ini bermula dari hari ini (24 Mei 2012) sehingga 20 Julai 2012, dan aku akan buat sticky post sehingga tarikh tamat. Seandainya aku menang dalam tempoh ini juga (24 Mei- 20 Julai), penganjur berkenaan turut akan dapat souvenir dari aku, jadi kalau nak sesuatu dari NZ kenalah bagi aku menang..hahaha. Gurau je ek, kalau boleh biarlah jujur.... kalau aku layak, sememangnya bertuah, Alhamdulillah.. tapi seandainya bukan rezekiku nak buat macam mana... rezeki tu Allah dah tentukan... betul tak?.

Oh ye.. ni bukan cabutan bertuah ye.. sesiapa (penganjur) yang aku nyatakan di atas memang automatik dapat souvenir dari aku.. Insya Allah. 

p/s: kalau sesiapa yg ada terbaca entri dari blog aku ni, bolehlah tolong sampai-sampaikan kepada penganjur yang berkenaan ye.. Thanks.

No comments:

My Blog List