AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 24 October 2011

Giveaway Yanmieonline.com

Giveaway Yanmieonline.com
Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://yanmieonline.com/



Syarat-syarat penyertaan :-
  • Buat 1 entry – Tajuk entry adalah bebas
  • Jangan lupa linkkan Entry ini didalam entry penyertaan anda.
  • Lain-lain takde, itu je,  tak perlu nak LIKE/Follow, terpulang pada anda, saya tak nak rumitkan lagi Giveaway ini, yang penting anda happy join Giveaway ini.
Hadiah
  • Ada 7 orang pemenang (Terima kasih Designer saya sebab beliau turut memberikan sponser 2 header, so 7 kesemuanya header untuk 7 orang pemenang).
  • Setiap pemenang akan menerima 1 design Header blog berbentuk format png yang di designkan oleh designer saya mengikut citarasa anda, yang bernilai RM40.00 setiap satunya, pemenang kemudian boleh berurusan terus dengan designer saya untuk langkah seterusnya.
Pemilihan Pemenang
  • Pemenang akan dipilih menggunakan random.org so jangan risau, sesiapa pun boleh menang.
  • Keputusan adalah muktamad, hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit ataupun makanan hehehe.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)









Header blog yang digunakan sangat cantik dan menunjukkan keceriaan sebuah keluarga.



Font tulisan yang digunakan juga kemas dan mudah untuk dibaca.


Pendapat Kak Nida mungkin kelebaran ruangan entri boleh diperlebarkan sedikit agar gambar yang bakal di'upload' dapat diperbesarkan secara maksimum.


Kadang-kadang shoubox ini penting dalam membantu pengunjung meninggalkan pesanan dengan mudah, andai Yan ingin blog Yan kelihatan lebih kemas.. mungkin Yan boleh menggunakan sistem shoutbox yang tersembunyi seperti contoh di bawah ini..



Di sini Kak Nida sertakan sekali bagaimana sembunyikan shoutbox blog. Klik sini untuk melihat tutorialnya.


Kak Nida juga cadangkan andai Yan dapat letakkan ruangan blog archive bg memudahkan pengunjung membaca entri-entri lama dari blog Yan.

Bagi ruangan blog archive, Kak Nida rasa ia akan nampak lebih kemas andai Yan dapat buat dalam bentuk skrol. Contoh seperti di bawah...


Andai Yan nak lihat tutorialnya, sila klik di sini ye.

FB Fan Page


Yan juga boleh letak FB Fan Page bagi mengumpul lebih ramai lagi pengikut Yan, dan melalui ini juga pengikut Yan dapat mengetahui perkembangan dan entri terbaru dalam blog Yan.

Cloud Tag


Seperkara lagi, setiap entri adalah perlu untuk ditag. Ini bagi memudahkan pencarian entri suatu masa nanti oleh Yan. Jadi Kak Nida cadangkan andai Yan boleh buat tag cloud seperti contoh di atas.
Klik sini untuk lihat tutorialnya.

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida.

Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubari
Hadiah header buruanku kini
Moga berjaya daku miliki.

Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

1 comment:

Yanmie said...

Salam,

terima kasih sudi join, good luck ye.


www.yanmieonline.com

My Blog List