AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Friday 20 April 2012

Contest haiwan kesayangan hamba

Kontes ini dianjurkan oleh Ibundo@Kak Pah. Hadiahnya amat-amat menarik tau, terbang dari Korea. Moga-moga adalah rezekiku untuk mendapatkan souvenir dari korea ni.. nak pergi ke sana entah bila..hehe.
Bagi mereka yang ingin sertainya, silalah klik di sini.
HADIAH
2 nail clippers
1 keychain
1 fridge magnet
Fridge magnet yang paling bawah adalah hasil tempatan. Ia merupakan hadiah tambahan.










Hadiahnya pasti buat semua teruja
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Gambar binatang kesayangan syarat utama
Pasti Kak Pah genbira teruja
Melihat ramai yang sertai kontesnya
Kenalan juga bertambah hendaknya...






Manja nama gelarannya
Kucing yang manja dan jinak juga
Kesayangan anakku dan juga keluarga
Berwarna "oren" gebu bulunya.


Kalau ke mana nak ikut sahaja
Ke taman, ke pantai di mana jua
Anakku pula suka melayan karenahnya
Kadang-kadang pening kepalaku dibuatnya.


Sentiasa dibelai. dimanja juga
Kalau anakku tiada di mata
Mulalah si Manja "meow" sentiasa
Lantaran rindu pada tuannya.

My grandson


Doa bagi mendapatkan zuriat yang baik

Surah Al-Furqan : 74

Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.


Buat Faris.. selamat menyambut hari ulang tahun.. terimalah persembahan Auntie Nida ini ye :)

Terimalah kek ini buat Faris khas dari Auntie Nida

Dan hadiah ini juga buat Faris..


Auntie Nida nukilkan sajak di bawah khas buat Faris.... Semoga sajak ini akan menaikkan semangat dan semoga ianya juga dapat dijadikan sedikit bekalan untuk Faris membesar sebagai juara..Insya Allah...

Click here to get myspace Love Birthday comment code



Lahirmu umpama kanvas yang putih
Yang perlu dilakar dengan warna yang pelbagai
Atas pundak ibubapamu mencorak segala
Menyediakan landasan bagimu terus meniti kehidupan..
Dari alif, ba, ta kau belajar mengaji
Menapak ke depan 1,2,3 kau menghitung
Terus maju A,B, C kau menyebut
Dari bertatih kau belajar berjalan
Kini laju kau berlari walau adakala terjatuh jua
Bangkitlah jangan terus menangis
Kuatkan jiwamu wahai Faris.

Kelahiranmu Faris...
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan
kenangan yang tercipta lewat musim lalu
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
yang kelak mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya
setinggi langit yang terhampar di atas
setinggi bangunan yang yang mencecah awan
lantaran masa terus menghambatmu
janganlah leka wahai Faris,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan
jiwa mudamu yang penuh cecita..


Bersajak sudah, kini giliran Auntie Nida mengarang syair buat adik Faris pula..

♥♥♥  ♥♥♥

Syairku karang dihari bahagiamu
Usia bertambah mematangkan dirimu
Dengarlah nasihatku janganlah jemu
Padamu Faris yang comel selalu



Keluarga tersayang pemangkin semangat
Rakan taulan ukhuwah terikat
Ku doakan dirimu mendapat berkat
Moga berjaya dunia akhirat


Dakilah ke puncak capailah cecita
Andai jatuh bangkit semula
Segala keinginan tercapai jua
Kuatkan semangat gigih berusaha



Cekalkan hati teruslah melangkah
Jangan berundur jangan mengalah
Teruskan berjuang dengan hati yang gagah
Berjaya dirimu tiadakan sudah

Ini birthday party buat Faris pula..
Birthday Party


Bersajak sudah, bersyair sudah.. kini tiba giliran Auntie Nida berpantun pula ye....


Ulangtahunmu disambut   penuh berseri
Meraikan Faris yang soleh dan bijaksana
Riang sentiasa senyum diberi
Penambah ceria keluarga bahagia

Rajin belajar janganlah jemu
Ikutlah pesanan keluarga tercinta
Amalkan juga pesanan guru
Pasti kejayaan di depan mata

Senyumanmu Faris manis dipandang
Pengubat lara ibu dan bapa
Janganlah lalai dimasa senang
Beramal padaNya itulah utama

Adakala duka bertamu
Janganlah gelabah janganlah gundah
Kumpulkan semula semangat juangmu
Padukan cecita teruslah melangkah


Lagu Selamat Hari Lahir ini Auntie Nida  tujukan khas buatmu, Faris :)



Selamat Hari Lahir

Artist: Saujana
Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi



Sekian Dari Auntie Nida



1 comment:

ibundo said...

assalamualaikum nida. Terkedu membaca rangkaian puisi buat faris. Terima kasih tidak terhingga di atas ingatan nida itu. Sehingga terlupa yang tajuk utamanya adalah mengenai si manja yang comel. Terharu. Sungguh.
Nida hantarkan alamat pada email ni: teepahanim@gmail.com.

My Blog List