AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 28 August 2011

Giveaway Topup Raya !!


Klik banner untuk sertai.


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Pasti Sirah gembira sakan
Melihat ramai masuk pertandingan
Disamping itu boleh berkenalan
Bertukar pendapat dan juga pandangan.




Sirah namanya manis senyumannya
Wajahnya lembut memikat hati
'Chocolate addicted' itulah kegemarannya
Bahagia hidupnya bersama keluarganya ..:)

theLOVE





Mom!Dad!
Promise x noti2 lagi.
Sanggup potong kuku ibu jari
kaki if langgar janji.heee~









Posted Image




Kak Nida mulakan dengan ucapan ni dahulu...

______SELAMAT HARI R_______SELAMAT HARI RAY
____SELAMAT HARI RAYASE___SELAMAT HARI RAYASE
___SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RA_______SELA
__SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RA_________SELA
_SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASE_______SELA
_SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMA______S
SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HA__SEL
SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI _S
SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RA
SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RA
_SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI
__SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT HAR
____SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASELAMAT
______SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI RAYASEL
_________SELAMAT HARI RAYASELAMAT HARI R
____________SELAMAT HARI RAYASELAMAT
______________SELAMAT HARI RAYASEL
_________________SELAMAT HARI
___________________SELAMAT H
_____________________SELAMA
______________________SELA
_______________________SE






Di pagi Raya berkunjung-kunjungan
Merapatkan ukhuwah sesama taulan
Jemputlah ke rumah Kak Nida alu-alukan
Meramaikan kenalan dalam persahabatan..:)



Ku hidang jamuan khas buat Sirah
Ketupat, rendang semuanya ada
Sudi-sudilah untuk menjamah
Apa yang ada di depan mata...:)



Kuih muih turut tersedia
Beraneka jenis dan juga rasa
Moga Sirah gembira hendaknya
Melihat pelbagai aneka yang ada..:)


Duit raya diberi buat Sirah di sana
Menjadi lumrah dalam menyambut raya
Nilai wang bukanlah yang utama
Tanda ingatan itu yang pentingnya..:)


Kad raya Kak Nida tujukan khas buatmu
Sebagai tanda ingatan buat Sirah sudahlah tentu
Sudilah terima kad dariku
Tanda perkenalan sahabat baru..:)

[kad+raya.gif]

Lagu raya ku selit juga
Untuk memeriahkan lagi suasana
"Suasana Hari Raya" tajuk lagunya
Sudilah andai Sirah mendengarnya


Sebelum madah berhenti di sini
Ingin kuluahkan dari sudut hati
Ingin kuucapkan salam Aidilfitri
Moga bahagia bersama famili.

Wahai Sirah yang mudanya masih
Kuatkan semangat, rajin dan gigih
Jangan dikenang perkara yang sedih
Teruskan perjuangan cecita ditagih.

Doa Kak Nida agar Sirah berjaya
Dunia, akhirat sudah pastinya
Doa dan usaha sentiasa bersama
Moga impian menjadi nyata.

Dalam menyambut keriangan raya
Jangan dilupa pada yang tiada upaya
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
Nikmat dari kurniaan Tuhan pastinya.

Akhir sekali pesanku ini
Di jalan raya berhati-hati
Ingat juga nasihatku ini
Main mercun bahaya menanti.

Posted Image

Akhir sekali madahku ini
Moga-moga ku punya rezeki
Ucapan buat Sirah khas ku beri
Moga berjaya menawan juri..:)



SALAM KEMENANGAN DAN MOGA BARAKAH RAMADHAN DAPAT DIMILIKI, SERTA KEKALKAN ISTIQAMAH AMALAN RAMADHAN SEPANJANG HIDUP KITA..



3 comments:

Anonymous said...

Sis , thanks 4 join my GA..
check ur email :)

Nida said...

sama-sama..

Akak dah check.. tapi takde email dari Sirah...

Anonymous said...

sis..
ouh.. sirah x sure knp.
tpi dh send..
x pelah..
bole sis anta msg pd sirah, bgitahu sis gne cel,mxs or digi.
ni email sirah, asirah_123@yahoo.com :). thanks.

My Blog List