AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday 29 September 2011

CONTEST I LOVE DOMOKUN


Klik banner untuk sertai.
dan


Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Moga Kak Nida beroleh kemenangan
Dapat hadiah yang terlalu menawan
Idea dan ilham Kak Nida nukilkan
Madah tertinta Kak Nida buatkan
Semata-mata hadiah yang ditawarkan
Buatku teruja mengigau semalaman..:)








Farah Izzaty empunya gerangan
http://farahpunyestorymory.blogspot.com/ blog kesayangan
Khalida Amira menjadi rakan
http://dalika-acalily.blogspot.com/ tempat luahan 
Di dalam blognya menjadi rentetan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Moga ukhuwah berkekalan berpanjangan
Semoga berjaya dalam segala tindakan
Padamu Farah  dan Khalida, Kak Nida doakan
Rajin berusaha tangga kejayaan
Doa juga perlu beriringan
Insya Allah kejayaan dalam genggaman
Namun andai tersurat kegagalan
Pasti ada hikmah disebalik kejadian
Reda dan pasrah segala ketentuan
Insya Allah berkat dalam kehidupan..:)





MySpace



HADIAH-HADIAH 

 TEMPAT PERTAMA
 RM 20 topup  + handsetcase domokun  + shawl bySHAWL'S GALLERY

TEMPAT KEDUA 
 RM 10 topup +   phonecase domokun + shawl


TEMPAT KETIGA 
RM 10 topup + phonecase  domokun + shawl

* 10 org pemenang lagy akan dipilih scara random utk dimasokkan ke dlam bloglist
MySpace





Peraturannya juga tidak membebankan
Ikut sahaja kehendak pertandingan
Berkisarkan Domokun tema pilihan
Ayuh semua jangan ketinggalan.



SYARAT2 PENYERTAAN
 Follow blog di bawah:
 LIKE page >> INI
  Buat entry bertajuk " CONTEST I LOVE DOMOKUN"  & tempek banner di atas di dalam entry n sidebar
 Dalam entry, korang tulis 2 sbb korang suke DOMOKUN 
 Tag 3 org kwn korang n make sure dorang tahu
 Hantar link entry korng kt bhgian komen neyh :) DONE !










Ku selitkan sedikit latarbelakangnya
Untuk tatapan para pembaca
Marilah kita berkenalan dengannya
Kisah si Domokun yang cute tentunya.





Ramai orang suka melihatnya
Tidak ketinggalan anak-anakku juga
Dari negara Jepun tempat asalnya
Maskot NHK, Jepun itulah karakternya.









Satu dunia kini mengenalinya
Berjuta manusia kini menggilainya
Tua, muda pelbagai lapisan yang ada
Pelbagai barangan menggunakan ikonnya.


Bersama teman-teman baiknya
Turut sama menghiburkan penontonnya
pelbagai aksi dan kisah ceritanya
Kini ditontoni di seluruh dunia.




Ayuh semua kita berimaginasi
Andai Domokun ada kekasih kati
Bersama Hello Kitty kita padankan kini
Pasti mereka couple bahagia sekali.



Ini cuma kisah dongeng sahaja
Untuk menambah cerita yang ada
Sekadar hiburan buat semua
Kisah mereka khayalan ku semata..:)


Pelbagai aksi pelbagai gaya
Semuanya comel walau apa jua dilakukan
Pelbagai video di Youtube juga tersedia
Untuk tatapan peminat setia.


















 



SEBAB PERTAMA



Lantaran wajahnya comel sekali
Ceritanya juga lucu untuk ditontoni
Karakter boleh mengubat hati
Jiwa tertekan menjadi senang hati..:)

SEBAB KEDUA



Walau karakternya sungguh santai sekali
Namun kisah kehidupannya boleh juga dipelajari
Unsur kecindan dan kasih sayang yang pasti
Aset utama dalam kehidupan duniawi.


Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga madahku buat juri tertawan
Lantaran hadiah terlalu menawan
Harap diriku beroleh kemenangan
Miliki hadiah yang jadi taruhan
Semuanya berbaloi menjadi pilihan
Geram dibuatnya untuk mendapatkan..:)


Tag:

2 comments:

~ FaRaH izzAtY ~ said...

tahniah ! menang tempat pertama :)

http://farahpunyestorymory.blogspot.com/2011/10/pemenang-contest-i-love-domokun.html

~ FaRaH izzAtY ~ said...

salam :)

kak, bley email 6ber fon tak ? email kan dekat farah ..

izzaty221 @yahoo.com


coz, frah tesalah 6ber pulak.. sorry

My Blog List