Klik gambar di atas untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://noorulaisikin.blogspot.com/
Kenangan Pagi Syawal Pada Tahun 2004
Inilah gambar yang paling bermakna dalam hidupku, kali pertama raya disambut tanpa abah di sini... dan gambar tangisan dari seorang isteri atas pemergian suaminya... raya yang penuh hiba dan sendu.
Inilah gambar yang paling bermakna dalam hidupku, kali pertama raya disambut tanpa abah di sini... dan gambar tangisan dari seorang isteri atas pemergian suaminya... raya yang penuh hiba dan sendu.
Gambar ini menyentuh perasaanku, meruntun hatiku. Setiap pagi raya, ketika sayup takbir bergema pasti kenangan silam bersama arwah abah bermain di fikiran, dan setiap kali itu jugalah airmata jernih deras membasahi pipimu.. dan inilah bukti betapa agungnya cintamu kepada suami yang telah lama bersemadi di 'sana' . Gambar ini dirakamkan pada pagi Hari Raya pertama pada tahun 2004. Setiap kali aku melihat gambar ini, pasti airmata bergenang...
Ketika ini aku terpaksa kuatkan hati, menceriakan suasana walau pada hakikatnya hatiku luluh melihat keadaanmu wahai ibuku...
Ketika ini aku terpaksa kuatkan hati, menceriakan suasana walau pada hakikatnya hatiku luluh melihat keadaanmu wahai ibuku...
Kali pertama kita berpeluk erat
Melihat airmata deras mengalir
Kenangan yang kukuh terpahat
Di pagi raya tanpa abah di sisi..
Di pagi raya memori terlakar
Suasana hiba menggamit rasa
Amat payah dan terlalu sukar
Menerima kenyataan suami hilang di mata..
Namun kugagahkan semangat
Menceriakan hidupmu membahagiakan dirimu
Walau hatiku perit yang amat
Melihat dirimu sayu hatiku..
1 Syawal 1425H (14 November 2004)
Hari Raya pada tahun ini tidak sama seperti hari raya sebelumnya, tanah kubur abah masih merah lagi kerana tak sampai dua minggu abah meninggalkan kami (22 Ramadan 1425 H), perginya hanya lagi beberapa hari sebelum umat Islam meraikan Aidilfitri, kesedihan dan tangisan ini masih berterusan membasahi pipi kami sekeluarga. Perginya abah tiada tanda sakit pada dirinya, perginya secara tiba-tiba kerana serangan jantung.
Kalau sebelum ini abahlah insan pertama yang akan bangun seawal subuh lagi dan mengejutkan kami semua, dan abahlah yang akan memacakkan buluh di tanah untuk menggantung pelita, membeli bunga api untuk adik-adikku dan cucu-cucunya bermain, kini malam Raya kami tidak seceria dahulu lagi, tiada lagi senda gurau dari atuk buat cucu-cucunya.
Pagi itu kami bangun seperti biasa, kanak-kanak yang masih belum mengerti apa-apa tertawa riang menggayakan baju baru mereka. Emak sugul duduk di sofa, matanya merenung jauh, pasti dia terbayangkan abah yang telah tiada. Mukanya menampakkan keletihan kerana terlalu banyak menangis. Adikku Aisyah anak istimewa kurniaan Allah (down syndrome) yang ketika itu baru berumur 9 tahun tidak putus-putus bertanya tentang abah “mak, abah ane (mana)”, emak hanya diam membisu. Kami adik beradik terus menangis kerana tak sanggup mendengar soalan dari Aisyah, insan yang dijanjikan syurga untuknya.
Satu peristiwa yang aku masih ingat sampai saat ini, iaitu ketika aku membuka almari untuk mengambil baju suamiku, aku telah tercapai baju Melayu abah yang sepatutnya abah pakai pada pagi itu, aku terus terduduk di katil, airmata semakin lebat turun, emak terpandang baju itu dan terus esak tangisnya menjadi semakin kuat, sepatutnya emak dan abah memakai baju berwarna biru sedondon pada pagi Hari Raya itu.
Aku sedar aku tidak boleh melayan perasaan, aku perlu kuat demi adik-adik dan demi emak yang masih tidak dapat menerima keadaan, ku kesat airmata ini, ku cuba ukirkan senyuman walau pada hakikatnya hatiku sangat pilu, aku kasihan melihat Aisyah, adik bongsuku Fikhrie, anak-anakku dan anak-anak saudaraku yang tidak mengerti apa-apa dan sepatutnya Hari Raya ini disambut meriah oleh mereka. Ku panggil semua adik-adik, dan kami memulakan acara bersalaman dan bermaafan seperti mana setiap tahun.

Selepas kami bersalaman dan bermaafan di pagi raya, kami terus menuju ke kubur abah. Adik keempatku mengetuai bacaan Yasin, suasana pilu terus menyelubungi. Adikku Aisyah tidak putus-putus mencium batu nesan abah, “mak abah ane(mana)” diulangnya lagi soalan yang sama, "abah pergi jauh" balasku agar ia tahu bahawa abah tidak akan pulang kembali.
Hari Raya yang dilalui kini tidak sama seperti dahulu, walaupun sudah tujuh tahun peristiwa berlalu dan setiap kali lebaran tiba, mak pasti teringat pada abah “Kalau abah ada mesti meriah” ayat yang kerap mak luahkan pada kami.
No comments:
Post a Comment