AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 4 October 2011

self titled blog : bloglist&giveaway


Syaratnya mudah tidak membebankan
Klik banner untuk lihat peraturan.




Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)


Ezral Ghazali empunya gerangan
Orangnya berwibawa dan juga berwawasan
Universiti Malaysia Sarawak tempat pengajian.





Hadiah menarik menjadi rebutan
Sungguh menarik buatku tertawan
Mudah-mudahan ada kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh mengujakan..:)



2 Best review pilihan @EzrlG akan dapat 1 Beadxels Note Pad siap customized dengan nama sendiri! 
Jangan risau boleh pilih design mana yang suka! 
Beadxels by Pixelotts [Facebook]




Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu hadiahnya buat semua teruja
Terlalu menarik menawan jiwa
Moga-moga ada rezekikulah hendaknya
Untuk miliki hadiah yang sungguh menggoda..:)









Ku selit madah entri ku gubah
Khas buat Ezral Ghazali tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.







Kak Nida selitkan juga mutiara kata
Buat Ezral untuk hayati
Dalam asyik mengejar cecita
Pasti banyak halangan menanti.


Kak Nida sertakan juga lagu buatmu
Moga membangkitkan semangat pejuang
Teruskan berjuang dalam laluan berliku
Piala kemenangan Insya Allah kau julang.















Blog Ezral Ghazali kemas susun atur gadgetnya.
Warna putih dan kelabu yang melatari blog sangat kemas dan sedap dipandang mata. 



Ditambah dengan blog Ezral punya header yang simple dan unik dengan terteranya nama empunya blog, secara tak langsung memikat pembaca untuk membaca blog Ezral dan mengenali Ezral  dengan lebih dekat. 





Namun, pendapat Kak Nida andai header tersebut dapat disertakan dengan wajah tuan punya blog pasti ia akan lebih menarik dan lagi bertambah unik.

Selain itu blog Ezral sangat kemas, simple, ringan dan memudahkan untuk "loading".



Ruangan follower yang diletakkan di bahagian atas juga sangat berkesan dalam menarik pengunjung untuk menjadi 'follower' blog "self titled blog".





Teruskan berjuang dalam mengumpul lebih ramai pengikut..:)





Kak Nida juga amat suka dan tertarik dengan cara Ezral meletakkan link-link seperti FB, Twitter dan lain-lain dalam blog Ezral, kerana ia memudahkan pembaca dan pengunjung untuk meng "add" Ezral atau mengenali Ezral dengan lebih rapat.


Namun cadangan Kak Nida andai ianya dapat diletakkan di ruangan tepi blog agar blog Ezral tampak lebih kemas.


Tahniah Kak Nida ucapkan kerana berjaya mewujudkan ruangan Fan Page Self Titled Blog, ianya amat membantu dalam memberi maklumat dan entri terbaru yang ada dalam blog Ezral melalui Facebook.


Namun cadangan Kak Nida andai ia dapat diletakkan di ruangan atas kerana memudahkan penglihatan pembaca untuk "like" fan page blog Ezral. Kak Nida pun pada mulanya tidak perasan kewujudan fan page ini kerana dilindungi oleh banner-banner lain, setelah puas menggodek blog Ezral akhirnya terjumpa juga ruangan ini.


Warna blog Ezral  sangat cantik dan padan dan ianya sangat sesuai dengan fitrah Ezral sebagai seorang lelaki [contohnya, kurang sesuai (namun tak menjadi kesalahan) kalau warna pink untuk blog lelaki..:) ], padanan warna juga sudah menunjukkan bahawa blog ini adalah milik seorang maskulin.




Pada pendapat Kak Nida, andai warna kelabu pada latar belakang blog Ezral dapat digelapkan sedikit warnanya, pasti ianya lebih menarik dan header tulisan ezralghazali pasti dapat dilihat dengan lebih nyata kerana kontrasnya warnanya lebih jelas.






Ruangan shoutbox yang disediakan juga memudahkan pengunjung untuk meninggalkan mesej dan pesanan atau mengiklankan apa-apa produk :). 





Namun pandangan Kak Nida andai ia dapat diletakkan di sidebar blog dan dibahagian atas (namun bukan paling atas sekali), kerana agak sukar menyedari kewujudan shoutbox ini andai ianya diletakkan dibahagian bawah blog.


Atau boleh juga menggunakan kaedah shoutbox yang tersembunyi seperti contoh di bawah, agar nampak lebih kemas...







Namun lain orang lain citarasanya, sekadar pandangan dan pendapat Kak Nida...:)


Sebelum Kak Nida berhenti di sini
Ku cipta puisi untuk dihayati
Khas buat Ezral Ghazali yang pasti
Harap sudi membaca coretanku ini.


Sekian sahaja entriku persembahkan
Pendapat dan pandangan Kak Nida berikan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Moga ukhuwah dibina berpanjangan..:)


Tag:



2 comments:

@EzrlG said...

Terima kasih kak Nida! I really appreciate it!

Nida n' Hanafi said...

sama-sama.. moga ada rezeki buat akak

My Blog List