AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 23 November 2011

GA-Berwajah Baru

Klik banner untuk sertai. 
Dianjurkan oleh http://keyphochee.blogspot.com/



Ayat Bismillah pembuka kata
Entri ku gubah buat Keyphochee di sana
Madah ku selit idea ku jana
Buat Keyphochee yang ceria sentiasa
Salam perkenalan mengikat saudara
Meramaikan kenalan sesama kita
Moga ukhuwah berpanjangan hendaknya
Bertukar fikiran dan pendapat juga..:)



Blog Keyphochee bertukar wajah
Hasil tangan dari Whitey Mommy tentunya
Tampak menarik dan juga indah
Ceria dan kemas menarik pembaca.

Warna latarnya lembut mempesona
Headernya pula punya tarikan tersendiri
Syabas buat Whitey Mommy pastinya
Atas kekreatifan dan hasil tersendiri.













Blog ini menjadi diarinya
Pelbagai cerita luahan jiwa
Pelbagai kisah untuk dibaca
Pelbagai info turut diserta
Pelbagai ragam menjadi cerita
Pelbagai sahabat kini dijumpa...

Kini setahun sudah masa berlalu
blog ini tetap setia mendengar kisahnya
blog ini tetap sudi menerima coretannya
blog ini terus ditatap oleh pembaca setianya...



Blog Corat Coret Keyphochee setahun kini
Berkongsi cerita luahan hati
Agar pembaca dapat rasai
Suka duka yang menjadi memori
Bersama keluarga dan mutiara hati
Juga teman yang sentiasa di sisi
Pelbagai maklumat dan juga informasi
Buat pembaca kini disaji.


Inilah jurnal kehidupan dirinya
Tinggalan kisah yang bakal menjadi sejarah
Kerana masa terus beredar
Coretan ini bukti segala
Tentang sebuah perjalanan yang panjang
Tentang suka duka yang dilalui
Tentang perasaan yang terluah kini
Kini dizahir padamu wahai blog
Lantaran suatu masa nanti
Diari ini lantas dibuka kembali
Dibaca oleh generasi berbeza
Inilah wasiat tinggalan jiwa
Buat tatapan keluarga tentunya
Juga buat sahabat di luar sana
Inilah duniaku, inilah kisahku
Seorang insan yang bergelar Keyphochee...


Aneka topik menjadi pilihan
Kemas tersusun ia diletakkan
Memudahkan pembaca untuk mencari bahan
Kliklah sahaja pada tajuk yang disertakan.

My story, little, info, conway dan bisnes juga
Di dalamnya terselit pelbagai cerita
Kini setahun blog tempat luahan rasa
Kenalan bertambah di alam maya.


Lihatlah sahaja coretan tertinta
Pelbagai peringkat usia boleh membacanya
Pengalaman Keyphochee kini dikongsinya
Bermacam-macam giveaway juga telah dianjurnya.




Dunia 'shopping' tidak ketinggalan juga
Buat ibu dan anak khasnya
Klik sahaja di link tersedia
Pelbagai barangan di depan mata.





Sudah setahun karangan ini dinukilkan
Di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan
Berkongsi petua dan juga panduan
Misi perjuangan dalam penyusuan.




Dialah kasih penghibur jiwa
Peneman dikala tawa dan duka
Lambang cinta mekar berbunga
Tanda bahagia dalam berumahtangga..




Sekian sahaja entriku persembahkan
Tahniah di atas setahun blog diwujudkan
Teruskan menulis dan juga perjuangan
Berkongsi pendapat dan juga pandangan.

Akhir sekali maaf ku hulurkan
Andai ada khilaf dan kesilapan
Moga diriku beroleh kemenangan
Moga impian menjadi kenyataan..:)


2 comments:

Unknown said...

thanx kak nida..serius..terharu sesangat..

Nida said...

sama-sama.. Kak Nida sekadar mencuba yang terbaik untuk dipersembahkan... :)

My Blog List