Klik banner untuk sertai.
Bismillah pembuka kata
Buat semua para pembaca
Entri kucipta kugubah jua
Demi memeriahkan pertandingan yang ada
Sudi kiralah rakan semua
Memeriahkan pertandingan bersama
http://mrsladysstylo.blogspot.com/ itulah penganjurnya
http://ibusayangcomel.blogspot.com/ pula blog peribadinya
13 November tarikh akhirnya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera!
Kalau semua nak mencuci mata
Di Mrs. Lady's Stylo Handbags tempat berbelanja!!!
Usahawan muda yang cekal dan berani
Juga pelajar yang berjuang kini
Kuatkan semangat dan juga hati
Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai beg yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan pilihlah sahaja
Andai anda sudah tergoda
Alamat email turut ku sedia
Untuk hubungi Azrina di sana
Insya Allah Azrina berlapang dada
Melayan pelanggan dengan hati terbuka
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera..
Di FB juga boleh hubunginya
Sambil melihat barangan yang ada
Zaman sekarang senang sahaja
Like sahaja "page" yang tersedia..:)
Ku sertakan juga bagaimana cara
Untuk tempahan dan pembelian juga
Moga ianya membantu hendaknya
Dalam mengembangkan perniagaan Azrina.
Suka duka menjadi catatannya
Pelbagai rentetan menjadi ceritanya
Inilah handbag yang banyak berjasa
Simple dan ranggi menjadi citarasa
Hasil dari gaji pertama
Penuh kenangan kami bersama.
Kemana-mana ku kelek ia
Tak kira waktu dan juga masa
Barangan tersayang antara ku ada
Sudah lama ia memberi khidmatnya.
Sekian sahaja entriku ini
Buat Azrina ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga Azrina dilimpahkan rezeki..
Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..
Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..
Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)
Tag:
No comments:
Post a Comment