AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 30 November 2011

SAAT INDAH BERSAMAMU BY TIRA !

Klik banner untuk sertai.
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)


Syarat-Syarat penyertaan:
  1. mestilah warganegara malaysia ye  (yg ade ic biru ajee)
  2. umur ? ta kesa.. had limit tidak diberikan ponn..
  3. jantina : lelaki dan perempuan..
  4. like page blog sy !
  5. be my follower , of course laa !
  6. tag seramai mungkin rakan anda untuk sme join ! pertandingan ini secara sehat ye..tiada unsur tarik2 rmbut or belasah bagai .
  7. tulis entry bertajuk "SAAT INDAH BERSAMAMU BY TIRA !" n letak banner contest nie ya ! banner contest ade kt ats tuh !
  8. contest akan dibtalkan sekiranya tidak melebihi 20 penyertaan !
  9. link entry pnyertaan anda kenelaa post kt ruangan comment pde entry ini ya !
  10. sekiranya anda tidak mnepati ciri2 diatas, pnyertaan anda akan DIBATALKAN SERTA MERTA !



Tercipta antara adam dan hawa
untuk saling sayang menyayangi
bertaut dua hati menjadi satu
melayarkan bahtera perkahwinan
lalu lahirlah zuriat mutiara hati
untuk dijaga dan disayangi

Dalam adat berumahtangga
pasti sesekali badai melanda
hadapi dengan tabah dan reda
agar kehidupan terus bahagia
antara hati-hati yang ada
lantaran telah tertulis
tercipta dirinya untukku sampai bila-bila..
(madah yang ditulis olehku sendiri buat insan yang tersayang.. suamiku)

 Sebelum itu suamiku meminta anak sulung kami mengambil kamera untuk merakan gambar yang bakal menjadi bukti ikatan cinta antara kami.. aku yang terpinga-pinga tidak tahu apakah aksi yang bakal dilakukan oleh suami amat terkejut apabila suamiku melutut di hadapanku. Inilah antara saat-saat paling indah dalam hidupku, bersaksikan tasik yang luas.. dan bukit bukau dan indah, suami tersayang melafazkan ucapan " I love you dear.. forever and ever".Mulutku terkunci rapat, hanya senyuman terharu yang hanya mampu ku simpulkan, kerana kata-kata tidak mampu menggambarkan bahawa betapa aku menyayangimu sayang.♥♥♥

Ketika ini juga suamiku sempat mengusikku "haaa... malu depan anak ye", kami sama-sama ketawa. Inilah saat terindah dan detik yang paling romantik buatku dan suami, ketika ini aku terasa seolah-olah berada pada 12 tahun yang lalu, di saat suamiku ingin melamarku sebagai suri hatinya...♥♥♥

Suamiku...terlalu banyak telah ku sakiti hatimu, namun kau membalasnya dengan cinta yang marak di hatimu. Terima kasih sayang atas kasih yang diberi, atas cinta yang disirami, atas sayang yang menyelubungi dan atas setiamu disisiku sentiasa. ...♥♥♥


Tag:



1 comment:

tira+syahmie said...

4 da contest saat indah bersamamu by tira ! ade syarat tambahan. http://tirasyahmie.blogspot.com/2011/11/contest-saat-indah-bersamamu-by-tira.

My Blog List