AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 8 February 2012

“BEST PHOTO CONTEST” by AkinAmar

Klik banner di atas.
Dianjurkan oleh http://akinamar.blogspot.com



Hadiahnya adalah :
No 1 : Underwater LOMO Style Film Camera (Flower)



Underwater LOMO Style Film Camera is an ultra compact 35mm waterproof outdoor camera. It captures the motions underwater up to a maximum depth of 10 feet. With a 28mm, f / 9.0 lens and its underwater shoot capability, this LOMO style 35mm film camera qualifies as the ultimate gadget for casual, snapshot photography.



Specification:

Material : Plastic
Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
Max Depth : 10 feet (3 meters)
Best distance : 4 feet
Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
Focus : Free
Film to be used : any 135 (35mm) film
Lens : 28mm, f/9
Battery : No battery needed


5 hadiah saguhati : Topup RM10 setiap seorang.


Saya rasa gambar saya best kerana……..


Inilah gambar keluarga tercinta
Wajah gembira kini terukir
Berlari kami seiring sekata
Kenangan tercipta di gigi air.

Seia sekata gembira sentiasa
Keluarga bahagia ceria berkekalan
Kepada Ilahi berdoa tak lupa
Moga keluarga dirahmati berpanjangan.

Anak ceria ibubapa gembira
Keseronokan mereka pengubat lara
Diwajah terpancar senyuman gembira
Satu hati ukhuwah dibina.


Alkisahnya, aku dan suami mengajak anak-anak kami untuk berlumba lari. Tapi sebelum itu kami berdua telah berbincang untuk bagi mereka menang..hehe. Aku kagum juga pada anak-anakku ini, mereka memang tak kenal erti penat, aku dan suami pula yang termengah-mengah nak menghabiskan larian, 

Bila nak hampir ke garisan penamat, aku dan suami terus tersenyum sakan kerana bukannya sebab kami kalah tapi sebab akhirnya berjaya juga kami menamatkan larian yang jaraknya hanya 50 meter. Maklumlah bila dah meningkat usia ni, mulalah cepat penat, hehe.

Si anak-anak pula, seronok bukan main ler sebab ibu dan abahnya kalah (kasi can je tu), tu yang muka masing-masing gembira tidak terkata. 

Kami memang sangat gembira pada hari itu kerana dapat bergurau senda dengan keluarga, lumba lari bersama-sama, dan yang paling seronok apabila dapat bahagiakan anak-anak. Senyuman mereka sudah cukup buat kami gembira.


Jangan dipetik si bunga merpati
Tempat hinggap si rama-rama
Kita ke pantai menghibur hati
Satu keluarga aktiviti bersama.

Pokok di sana dahannya patah
Pokok bernama si pokok petai
Keriangan anak-anak pelbagai telatah 
Teruja sakan bermain di pantai.

Di atas pohon si sarang tempua
Di bawa pemburu ke Kota Lama
Inilah aktiviti buat semua
Anak-anak dan ibubapa terlibat bersama.


Sajak ku nukilkan buat permata hatiku..


Senyumanmu merawat luka di jiwa
tawamu penghilang gelora resah di dada

telatahmu mencuit hati yang rawan
kenakalanmu menguji ketebalan iman diamal

bicaramu mendamai perasaan yang hiba

Kelahiranmu puteri-puteriku
menggendong bersama amanah yang pasti
anugerah bermakna dari yang Esa.
Tatkala lahirmu melihat alam
itulah tanda kebesaran Ilahi
ku sujud padaMu
lantaran doa diperkenan
benih kasih sayang mula bercambah.

Kiranya sudah lama aku bertapak
puteri-puteriku terus menongkah tahun
kita bersama-sama menghidu usia
puteri-puteriku terus membesar
dan ku yakin dirimu
kelak kau bisa mengenal
'yang mana permata, yang mana kaca'
lantas pabila masanya tiba
kau kan ku lepaskan pergi
mengharung dunia yang penuh pancaroba.


Inilah kisah buat tatapan
Kisah keluarga satu impian
Moga sentiasa dalam rahmat Tuhan
Bahagia berkekalan ceria berpanjangan.

Sekian sahaja entriku persembahkan
Gambar tersenyum daku paparkan
Moga buat juri tertawan
Harap-harap ada kemenangan..:)

TAG
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/
http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/
http://goldenrosegacontest.blogspot.com/

No comments:

My Blog List